Loading

Al Quran dan Kimia

| Posted in , ,

Sesunggunya hubungan al quran dengan sains memang tidak boleh dipisahkan lagi.Bukan kerana Al Quran itu ialah buku sains,tetapi Al Quran ialah mukjizat Allah s.w.t yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk kegunaan manusia sejagat.Malah Al Quran juga mempunyai kaitan yang rapat dengan salah satu cabang dari ilmu sains iaitu kimia.Hubungan Al Quran dengan kimia dapat dilihat dengan penemuan besi di dalam Al Quran iaitu pada surah Al Hadid (Besi) .Malah maksud surah tersebut sudah jelas bermaksud besi.Surah al Hadid ialah surah yang ke 57 yang berada di pertengahan Al Quran.
Menurut para ahli besi,besi ialah unsur yang tidak boleh diciptakan melalui proses semulajadi di bumi ini.Mungkin inilah mengapa besi mempunyai erti khusus sampai dijadikan nama surah.

"Dan kami telah menurunkan besi ,padanya ada kekuatan yang hebat serta berfungsi berbagai manfaat untuk manusia."
( surah al Hadid ayat 25)

Ada satu surah dalam al Quran dalam Al Quran yang memakai nama logam,iaitu Surah al Hadid yang bermaksud besi.dalam nama Latin,besi dikenal sebagai Ferum,Fe.

Ainul Mardhiah Untuk Jejaka Pilihan

| Posted in ,

Namanya sudah cukup untuk menjadi halwa telinga.Ainul Mardhiah,gambaran seorang wanita selembut lidah melafazkannya.Kerana itu dia cukup istimewa.Lebih-lebih lagi di kalangan para jejaka,menyebut namanya,sudah cukup untuk membakar semangat kental dalam dalam diri.Sekalipun itu bukan yang dikejar,namau itulah ganjaran yang dijanjikan buat jejaka yang sanggup mengorbankan nyawa demi agama.


         Kisah tentangnya bermula dalam satu peristiwa taktala Rasulullah s.a.w pada suatu pagi di bulan Ramadhan mengumpulkan para pejuangnya untuk memberikan kata-kata semangat(targhib).Taktala Nabi s.a.w menyebut nama Ainul Mardhiah,para sahabat bertanya-tanya ,siapakah wanita istimewa yang menjadi sebutan Rasulullah s.a.w.

         Ternyata nama itu bukan milik orang  sembarangan .Sebaliknya ia dipunyai oleh bidadari yang diciptakan oleh Allah untuk para syuhada'.Ainul Mardhiah,bidadari syurga yang tercantik di kalangan bidadari syurga yang ada di dalam syurga dan dia dipilih untuk menjadi 'peneman' mereka yang berjuang di jalan Allah dan ditakdirkan syahid dalam perjuangan.

SALAM ALLAH BUAT SAIDITINA KHADIJAH

| Posted in ,

Kisah ini bermula ketika di saat -saat akhir taktala sudah sampai masa Saiditina Khadijah ,isteri pertama Rasulullah s.s.w menghadap Allah,tiada lain yang diungkapkan oleh Saiditina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai rasul utusan Allah ,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku ,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham ,maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini."

Ternyata ,kata-kata terakhir Saiditina Khadijah ini menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit betemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saiditina

BULAN RABIUL AWAL

| Posted in

Maulidur Rasul
Maulidur Rasul  yang jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wa ta’ala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh. Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

BULAN BULAN ISLAM

| Posted in

Saya mulakan dengan ucapan Alhamdulillah kerana Allah telah memberi saya peluang untuk bernafas pada hari ini.Sekarang tanpa kita sedari,kita pun sudah memasuki Bulan Rabiul Awal iaitu bulan ketiga  dalam Tahun Hijrah.Banyak peristiwa yang besar yang berlaku pada Bulan Rabiul Awal ini.
Mula-mula kita tahui dahulu asal usul Kalendar Hijrah yang digunapakai oleh orang Islam kini.
  
Permulaan penggunaan Kalendar Hijrah ialah bermula pada era pemerintahan kerajaan Khulafa Ar Rashidin yang kedua iaitu Saidina Umar al-Khattab .Pada ketika ini beliau telah mengumpul beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadil Akhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam.Hal ini berlaku kerana sebelumnya Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengutus surat kepada Saidina Umar r.a. meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat atau arahan Umar yang telah dihantar kepadanya .Maka dengan itu Saidina Umar mahukan satu kalendar atau taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa Arab dan bangsa-bangsa yang lain.

KIAMAT 2012:AGENDA ZIONIS YAHUDI

| Posted in , , ,

Sekarang sudah heboh bahawa kiamat akan berlaku pada tahun ini dengan peristiwa akan berlakunya rempuhan komet atau Planet Nibiru yang akan menyebabkan kemusnahan yang besar pada Bumi.Adakah dakwaan ini benar??Sebenarnya dakwaan ini hanyalah rekaan semata-mata oleh Zionis Yahudi yang ingin menghancurkan umat Islam..Bukankan Hari Kiamat itu ialah rahsia daripada Allah s.w.t??Jadi,macam mana rahsia Allah ini boleh diketahui oleh manusia dengan meramalkan kiamat berlaku pada tahun ini??Padahal Nabi Muhammad s.a.w,Malaikat Jibril juga tidak mengetahui bila datangnya kiamat ini.Malah Malaikat Israfil yang diperintahkan oleh Allah s.w.t pun tidak tahu bila datangnya kiamat ini,dia hanya menunggu perintah Allah s.w.t sahaja untuk meniup sangkakala yang menyerupai trompet itu.

  Malah ada hadis sohih yang menguatkan lagi kenyataan bahawa Nabi s.a.w dan Malaikat Jibril tidak mengetahui bila datangnya kiamat ini iaitu pada hadis Iman,Islam dan Ihsan ini yang diriwayatkan oleh Imam Muslim iaitu ketika peristiwa Saidina Umar dan para sahabat yang lain sedang berada dalam sebuah majlis bersama Rasulullah s.a.w lalu datang Malaikat Jibril yang menyerupai seorang lelaki yang berpakaian sangat putuh,berambut sangat hitam,tidak terlihat olehnya tanda-tanda perjalanan yang panjang dan mereka sendiri tidak mengenalinya.Hadis ini amat panjang tetapi saya hanya fokuskan mengenai Kiamat ini.


"........Orang itu berkata lagi : Beritahukan kepadaku tentang kiamat.Nabi s.a.w menjawab : Orang yang bertanya tentang itu lebih tahu daripada orang yang ditanya. ......."
                                                                                                                  (Riwayat Muslim)


Siapa yang meramalkan kiamat terjadi  pada tahun 2012 dan apa yang kita tahu tentang ramalan tersebut.?

BERSUGI

| Posted in , ,

Bersugi ialah perbuatan menggosok gigi dengan kayu meswak.Berdasarkan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah,hukum bersugi ialah sunat dan makruh apabila orang yang berpuasa tidak kira sama ada puasa fardhu di Ramadhan atau puasa sunat selepas gelincir matahari,iaitu selepas masuk waktu Zuhur.
    "Kalau tidaklah menyusahkan umatku jika  aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk"(Riwayat Imam Ahmad)
Terdapat juga hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Saiditina Aisyah.

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda :Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya." 
Waktu yang paling dituntut untuk bersugi ialah selepas bangun tidur (terutama pada waktu pagi ),ketika hendak membaca Al-Quran dan ketika mulut kita berubah bau.

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran

| Posted in , ,

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :
"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)
"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)
"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)
"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)

Beriman Dengan Hari Kiamat 1

| Posted in , ,



Pengertian Hari Kiamat

Hari Kiamat atau hari Akhirat ialah hari dibangkitkan semula semua manusia dan makhuk yang lain Allah s.w.t di alam baharu iaitu alam akhirat setelah alam ini dimusnahkan dan semua manusia serta makhluk dimatikan.Masa berlakunya kiamat ialah bermula dari ditiupkan sangkakala yang pertama oleh malaikat Israfil sebagai petanda barakhir dan musnah dunia ini dan seluruh makhluk di dalamnya dimatikan,kemudian ditiupkan sangkakala yang kedua lalu dibangkitkan semua yang telah mati dan semua makhluk di alam yang baru iaitu Alam Akhirat.Semuanya bangkit dalam kedaan yang gempar dan kelam-kabut,masing-masing dengan dirinya dan tidak menghiraukan orang lain sekalipun anak,ayah,ibu,suami atau isteri,masing-masing bergerak menuju ke padang mahsyar untuk dihisap segala amalan mereka dan ditentukan nasib mereka sama ada syurga atau neraka.Peristiwa ini ada digambarkan dalam Firman Allah s.w.t:

Dajjal Muncul Di Khurasan

| Posted in , , ,



Inilah sebahagian dari tanda-tanda akhir zaman. Bahawa telah muncul "Dajjal" bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tempatnya India Selatan. Merujuk pada riwayat hadis dari Jamiu at Tirmidzi,
"Rasulullah SAW bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini di bahagian timur bernama Khurasan"
Maka boleh jadi yang dimaksudkan Rasulullah SAW tersebut ialah benar . Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda: "Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajjal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "
Dan Sai Baba ini boleh jadi ialah salah satu daripada 30 dajjal-dajjal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masih al-Dajjal (Dajjal nantinya akan berperang dengan Imam Mahdi dan dibunuh oleh nabi Isa bin Maryam).

SIAPA SAI BABA ITU DAN BAGAIMANA CIRI-CIRI DAJJAL MENURUT RASULULLAH SAW?
-Lelaki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati,
-Menyembuhkan orang lumpuh dan buta,
-Bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya.
-Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap,
-Menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang bahkan  jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama.
Pada masa ini lelaki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut.

"Dajjal ialah seorang lelaki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim)
"Di awal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)

HUKUM TAJWID

| Posted in ,

Sebagaimana yang kita tahu,bahawa hukum tajwid amat penting bagi memudahkan kita membaca kitab suci Al Quran dengan betul.Oleh itu,saya berkesempatan ingin berkongsi serba sedikit ilmu Tajwid kepada anda.Di sini juga saya akan menyenaraikan huruf-huruf yang terdapat di dalam Al Quran iaitu...


ا,ب,ت,ث,ج,ح,خ,د,ذ,ر,ز,س,ش,ص,ض,ط,ظ,ع,غ,ف,ق,ك,ل,م,ن,و,ه,لا,ء,ي
Kali ini saya ingin membincangkan tentang hukum tajwid yang sering keluar dalam PMR dan SPM serta mungkin juga keluar dalam soalan periksa untuk sekolah agama negeri.Hukum tajwid yang pertama ialah hukum nun mati (نْ) dan Tanwin (ٌ,ٍ ,ً ).Hukum nun mati dan tanwin ada empat iaitu...
  1. Hukum Izhar Halki
  2. Hukum Idgham
  3. Hukum Ikhfa' Hakiki
  4. Hukum Iqlab

Hadis:Amalan Berdasarkan Niat

| Posted in

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar al-Khattab r.a.,beliau berkata:"Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya (sah atau sempurna) segala amalan dengan niat.Sesungguhnya untuk setiap orang apa yang dia niatkan.Oleh itu,sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya,maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya.Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau wanita yang akan dikahwininya,maka hijrahnya adalah kepada tujuan dia berhijrah tersebut."
                                                                                               (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Keterangan Hadis


  Hadis ini menunjukkan bahawa niat merupakan tunjang bagi mensahihkan amalan.Lantaran itu apabila baik niatnya,maka baiklah amalan tersebut.Jika buruk niatnya,maka rosaklah amalannya.Sabda Nabi s.a.w,:(Sesungguhnya segala amalan) bolah menjadi maksud kesahihan sesuatu amalan atau penerimaan amalan tersebut dan dipegang oleh Imam Abu Hanifah dengan  mengecualikan amalan -amalan berbentuk melepaskan tanggungjawab atau hak seperti membersihkan najis.Kesahihan amalan tersebut tidak bergantung kepada niat yang sahih,namun pahalanya bergantung kepada niat melakukan ibadat kepada Allah.Jika dia berniat melakukan amalan kerana melaksanakan perintah Allah,dia memperolehi pahala.Jika dia berniat kerana tujuan lain,dia tidak memperolehi apa-apa.
 
Niat juga disyariatkan bagi membezakan antara adat(kebiasaan) dan ibadah atau membezakan kedudukan dan martabat sesuatu ibadat.Contoh niat membezakan antara adat dan ibadat:Duduk di dalam masjid.Kadangkala bertujuan berehat dan ini adalah adat(kebiasaan).Kadangkala bertujuan  ibadah dengan niat i'ktikaf.Yang membezakan antara adat dan ibadat ialah niat.Begitu juga dengan mandi,jika  dilakukannya  berdasarkan adat kebiasaan,dengan tujuan membersihkan badan.Ia juga dilakukan  dengan tujuan ibadah.Yang membezakannya ialah niat.
   Pengertian ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w ketika ditanya lelaki yang berperang kerana riya' ,semangat dan keberanian.Siapakah yang berjuang pada jalan Allah s.w.t.Sabda Baginda s.a.w.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...