Loading

Ramadhan: Sahur Menurut Sunnah Rasulullah SAW

| Posted in , ,

puasa cara nabi
buah kurma



Kita memulakan hari pertama Ramadhan dengan bersuhur terlebih dahulu sebagai amalan praktikal puasa. Suhur merupakan satu ibadat yang sangat besar di sisi Allah SWT dan rasul SAW bahkan ia merupakan ciri-ciri muslim. Pada zaman Nabi SAW mereka membezakan antara puasa yahudi, nasrani dan muslimin di mana pada puasa muslimin itu mempunyai suhur.
Perkataan sahur yang digunakan dalam bahasa melayu berasal daripada perkataan suhur yang bererti perbuatan bangun sebelum fajar untuk makan. Adapun perkataan sahur pula bererti makanan yang dihidangkan ketika bersuhur.
Kelebihan dan hikmah difardhukan sahur
1. Membezakan puasa kaum muslimin dengan puasa yahudi dan nasrani
Daripada ‘Amru bin Al ‘Ash, sesungguhnya Nabi SAW bersabda,
فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ
Maksudnya: “Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahlul kitab adalah makan sahur.” (riwayat Muslim)
Apabila disebut beza puasa kita dengan puasa ahlul kitab, ini menunjukkan ia bukan suatu perkara yang ringan kerana antara dasar dan prinsip agama kita adalah mengelakkan daripada tasyabbuh (menyerupai) golongan-golongan kuffar. Sabda Nabi SAW,
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah daripada kaum tersebut.” (riwayat Abu Dawud)

ADAB-ADAB MEMBERI SALAM DALAM ISLAM

| Posted in , ,

Segala puji bagi Allah semata-mata dan shalawat serta salam semoga sentiasa dicurahkan kepada Rasulullah SAW yang tiada Nabi setelahnya.
Sesungguhnya salam itu merupakan sunnah terdahulu sejak zaman Nabi Adam a.s sehingga ke hari kiamat, dan salam merupakan ucapan para penghuni syurga, Dan ucapan mereka di dalamnya adalah salam. Salam merupakan sunnah para Nabi, tabiat orang-orang yang bertakwa dan semboyan orang-orang yang suci. Namun, dewasa ini, benar-benar telah terjadi kekejian yang nyata dan perpecahan yang terang di tengah-tengah kaum muslimin! Jikalau engkau melihat mereka, ada saudara semuslim yang melintasi mereka, mereka tidak mengucapkan salam kepadanya. Sebahagian lagi hanya mengucapkan salam hanya kepada orang yang dikenalinya sahaja, bahkan mereka merasa aneh ketika ada orang yang tidak dikenalinya memberi salam kepadanya, mereka mengingkarinya dengan menyatakan “Apakah anda mengenali saya?”.
Sedangkan yang demikian itu merupakan penyelisihan terhadap perintah Rasulullah SAW sehingga menyebabkan semakin menjauhnya hati-hati mereka, semakin merebaknya perangai-perangai kasar dan semakin bertambahnya perpecahan. Bersabda Nabi SAW : “Tidaklah kamu akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan tidaklah kamu dikatakan beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan kepada sesuatu yang jika kamu mengamalkannya nescaya kamu akan saling mencintai, iaitu sebarkan salam di antara kalian.” (HR Muslim).
Di dalam hadits Muttafaq ‘alaihi, ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, “Islam bagaimanakah yang baik?” Rasulullah SAW menjawab, “Memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenali mahupun yang tidak engkau kenali.” (Muttafaq ‘alaihi).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...