Membaca Basmalah

| Posted in ,

Membaca Basmalah Sebelum al-Fatihah :Kuat atau Perlahan?

bismillahir rahmanir rahim
basmalah
Di sini ada tiga pandangan ulama yang begitu masyhur iaitu :
  • membaca secara perlahan.
  • membaca secara lantang (jahr).
  • Tidak perlu sebut.
1.Membaca secara perlahan:-
Merupakan amalan sahabat Nabi s.a.w ,antaranya Abu Bakar ,Ali ,Ibn Mas'ud ,Ibn Zubair,Ammar dan ijtihad ulama seperti Imam Abu Hanifah dan Ahmad.(Al-Mughni,jil 2, hlm 27)Anas berkata : "Aku solat bersama Rasulullah s.a.w dan Saiyidina Abu Bakar,Sayidina Umar dan Sayidina Uthman dan tidak kudengari seorang pun antara mereka yang membaca بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  (dengan kuat)."(Riwayat Muslim).
2.Membaca secara lantang(jahr).:-
Imam al-Syafi'ie ,Said Ibn Jubair ,Ata' bin Abi Rabah dan Mujahid berpandangan : Ijtihad mereka didasari oleh riwayat yang menunjukkan Nabi s.a.w  menguatkan basmalah. 
 Ini bertetapan dengan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :"Apa-apa yang diperdengarkan oleh Rasulullah s.a.w maka kami akan memperdengarkannya kepadamu (dengan menguatkan bacaan) dan apa-apa yang Baginda perlahankan ,kami turut memperlahankannya."(Riwayat al-Bukhari)
3.Tidak perlu sebut.:-
Ia pandangan Imam Malik dan hanya sunat dibaca ketika solat sunat.Manakala hadis-hadis berkenaan membacanya secara kuat ,sekali lagi diperdebatkan oleh para ulama .Terdapat juga hadis yang meemahkan keseluruhannya.
Namun Ibn Hajar membawakan hadis berikut sebagai salah satu pegangan dalam mazhab Syafi'ie :"Sekumpulan sahabat membaca basmallah secara kuat ; iaitu Umar al-Khattab ."(Musannaf Ibn Abi Syaibah ,jil 1,hlm 362 no. 4156) Ibn Zubair ,Mu'awiyah dan lain-lain.Namun masih terdapat komentar kerana telah sabit juga mereka tidak membaca basmallah secara jahr ,antaranya hadis sahih di atas. 
Kesimpulan  Diharuskan membaca basmalah secara jahr semasa solat jahr terutamanya  apabila diyakini ijtihad yang menganggap basmallah ialah satu daripada surah al-Fatihah .Dalam hadis yang bermaksud :"Apabila kamu membaca al-Fatihah ,maka bacalah basmallah kerana sesunggunhnya ia Ummul Quran dan tujuh pujian yang diulang-ulang dan basmalah ialah salah satu daripada ayatnya."(Riwayat al-Daraqutni). Dalam hadis lain yang bermaksud ,daripada Nu'aim ibn al-Mujmir berkata."Aku solat di belakang Abu Hurairah  r.a maka beliau membaca basmalah dan kemudiannya membaca al-Fatihah sehingga akhir,lalu Abu Hurairah berkata:"Demi nyawaku di tangan Allah ,sesungguhnya solatku ialah yang paling hampir kepada Rasulullah s.a.w"