Loading

Taharah(الطهارة) Kesempurnaan Ibadah

| Posted in ,

Pengenalan

Dari segi fitrah,semua manusia suka dan cenderung kepada kebersihan termasuk persekitaran yang melingkungi  kehidupan manusia.Contohnya manusia sukakan muka yang bersih ,pakaian yang bersih.Kebersihan akan mewujudkan suasana yang nyaman ,tenteram dan persekitaran yang selesa.Pada umumnya kebanyakan manusia berasa jijik pada kekotoran dan persekitaran yang tidak bersih kerana selain daripada memalukan,malah ia mendedahkan manusia kepada jangkitan pelbagai penyakit.Dalam Islam ,orang yang mengamalkan gaya hidup pembersih sentiasa dihormati dan disukai oleh Allah .

Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri."
                                                                                                                         (surah al baqarah ayat 222)
Menerusi ayat tersebut Allah memberi sanjungan dan menyatakan rasa kasih dan sayangnya terhadap dua golongan manusia  iaitu orang yang bertaubat dan orang yang pembersih.Bertaubat ialah satu proses ke arah penyucian dari dosa-dosa yang telah dilakukan.Manakala orang yang pembersih ialah orang -orang yang sentiasa menghayati nilai-nilai kebersihan dalam setiap aspek kehidupan sehingga ia menjadi budaya walau di mana ia berada.

Kebersihan yang dituntut dalam Islam  merangkumi tiga aspek iaitu:


  1. jasmani 
  2. aqli(aqal)
  3. rohani
Kebersihan jasmani ialah kebersihan diri,pakaian,tempat tinggal,alam sekitar dan lain-lain.Kebersihan aqli pula ialah membersihkan pemikiran daripada apa juga pemikiran yang kalut,kotor,dan merosakkan.Kebersihan rohani pula merujuk kepada kebersihan hati dan jiwa daripada segala sifat mazmumah seperti dengki,khaianat,tamak,pemalas,munafik dan lain-lain.Jelas kebersihan yang ditekankan oleh Islam ialah kebersihan secara  sepadu dan seimbang bukan serpihan.

Matlamat yang hendak dicapai menerusi gaya hidup bersih ialah kebersihan bersepadu ,hasanah di dunia dan hasanah di akhirat.Di mana Islam menuntut umatnya agar berusaha membina kehidupan di dunia yang baik dan berkualiti tetapi tidak melupakan persiapan untuk memenuhi keperluan hidup di akhirat yang kekal abadi.

Apa itu Taharah?

Dari segi bahasa ,taharah ialah suci dan bersih daripada segala kekotoran dan kecemaran,sama ada pada hissi(suatu yang dapat disentuh dan dilihat) atau maknawi (suatu yang tidak dapat dilihat atau disentuh).
Menurut istilah syarak,taharah atau bersuci ialah suatu amalan atau perbuatan yang dilakukan dengan tujuan untuk mengangkat hadas,menghilangkan najis atau suatu perbuatan yang mengandungi makna keduanya seperti berwudhu'.mandi,tayamum,istinjak dan lain-lain.
Bersuci ialah suatu amalan yang sangat dituntut oleh syarak kerana merupakan antara syarat penting bagi seseorang Islam yang mahu melakukan ibadah kepada Allah.

Apa hukum Taharah?

Bertetapan dengan kehendak Islam yang sentiasa mementingkan kebersihan dalam semua aspek,maka hukum bersuci ialah wajib apabila seseorang itu berada dalam kotor sama ada kekotoran najis atau hadas.Hikmah disebalik kewajipan bersuci  ialah supaya umat Islam sentiasa berada dalam keadaan sihat,cergas dan ceria,serta dapat dilakukan ibadah dengan tenang dan khusyuk.Walaupun begitu ,dalam keadaan-keadaan yang tertentu hukum bersuci boleh bertukar menjadi sunat misalnya mandi sunat Jumaat,atau memperbaharui wudhu',seterusnya hukum mandi menjadi harus jika sekadar mahu menyejukkan badan.

Dalil Bersuci.

"sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat,dan mengasihi orang -orang yang sentiasa mensucikan dirinya".
(al-Baqarah ayat 222)

Daripada Abi Malik al-Asy'ari r.a. Rasulullah s.a.w bersabda:
       "bersuci (membersihkan diri itu setengah daripada iman.."

Daripada Ibn Mas'ud r.a Rasulullah s.a.w bersabda:
"sesungguhnya Allah itu indah dan suka keindahan.

Apa kelebihan Bersuci.?
  • Dapat mematuhi tuntutan sebahagian daripada amalan dan cara hidup orang-orang yang beriman.
  • Supaya umat Islam sentiasa berada dalam keadaan sihat,cergas dan dapat melakukan ibadah dengan sempurna.
  • Dapat mewujudkan suasan dan persekitaran yang nyaman,selesa,bersih dan indah serta mengeratkan hubungan persaudaraan dan persahabatan.
  • Dapat menampilkan umat Islam yang berwatak dan berperibadi mulia yang menjadi contoh dan ikutan umat yang lain.
Apa hikmah Bersuci?

  • membersihkan diri daripada kekotoran dan najis.
  • badan sentiasa berada dalam keadaan sihat.
  • terhindar daripada penyakit
  • mewujudkan suasana dan persekitaran yang nyaman.
Bilakah masa dan apakah cara-cara Bersuci?

Bertetapan dengan kehendak Islam yang menganjurkan agar umatnya sentiasa bersih dan sihat,maka masa yang dituntut bersuci ialah sepanjang hayat,malahan apabila seseorang itu menjadi mayat pun dituntut agar dibersihkan dengan memandikannya dan dikafankan dengan kain bersih.

Cara-cara bersuci pula boleh dilakukan dengan pelbagai cara,antaranya:

  • membasuh dengan air sehingga bersih ,apabila terkena sesuatu yang najis atau kekotoran yang bukan najis.
  • mandi wajib,apabila berlau salah satu dosa besar
  • berwudhu' apabila berhadas besar
  • bertayamum apabila ketika uzur atau tiada air
  • beristinjak apabila seseorang membuang air besar atau air kecil
  • menyamak kulit bangkai apabila sesuatu kulit bangkai itu mahu diproses untuk dijadikan sesuatu barang keperluan
  • siwak atau menggosok gigi apabila mulut seseorang itu berbau
  • menyertu iaitu cara basuhan bagi membersihkan najis mughaladzoh.
  • membiarkan arak bertukar menjadi cuka dengan sendirinya(tidak dimasukkan dengan sebarang canpuran.)
Apakah bahan Bersuci
  • air mutlak iaitu tujuh jenis air
  • tanah atau debu yang suci untuk tayamum
  • benda-benda kesat seperti batu,sabut kelapa dan tisu,
  • bahan yang boleh menghilangkan darah,lendir dan bau ketika menyamak kulit bunatang seperti garam dan kapur.
Apakah air yang sah dibuat Bersuci?
Air yang sah dibuat bersuci ialah air yang turun daripada langit,tertentu pada air hujan,embun dan salji dan air yang keluar daripada bumi iaitu air laut,air sungai,air perigi dan air mata air.

Hukum ketujuh-tujuh jenis air tersebut ialah suci lagi menyucikan.Maksudnya boleh digunakan untuk makan,minim, dan membasuh serta boleh digunakan untuk mengangkat hadas dan menyucikan najis.

Apakah bahagian-bahagian air dan hukumnya?

  1. Air Mutlak iaitu semata-mata air.Hukumnya suci lagi menyucikan yang lain dan tidak makruh menggunakannya .Ia boleh digunakan untuk sebarang keperluan seharian seperti makan,minum,memasak,membasuh pakaian dan lain-lain.Air Mutlak juga boleh digunakan untuk mengangkat hadas dan membersihkan najis.Contoh air mutlak ialah seperti air hujan,air laut,air sungai dan lain-lain lagi.
  2. Air Musyammas iaitu air yang dibiarkan terjemur kepada kepanasan matahari dan diletakkan dalam bekas yang boleh berkarat.Hukummya suci lagi menyucikan yang lain tetapi makruh digunakan oleh orang-orang yang menghidap penyakit kulit seperti sopak atau kusta kerana boleh membawa kemudharatan kepada kulit.
  3. Air Musta'mal iaitu air yang telah digunakan untuk basuhan kali pertama pada wudhu' yang wajib ketika membasuh  anggota wajib,dan mandi yang wajib,atau air  yang telah digunakan untuk membasuh najis dengan syarat air tersebut kurang daripada dua kolah,atau dua kolah tetapi keadaan air itu tidak berubah sama ada pada baunya,rasanya atau warnya.Termasuk juga dalam hukum air musta'mal ialah air yang berubah sama ada pada baunya,rasanya atau warnanya dengan sebab bercampur dengan sesuatu yang larut dalam air (mukholit) seperti kopi ,sirap dan lain-lain kecuali jik perubahan itu sedikit dan tidak menghilangkan nama asal air tersebut.Demekian juga jika air itu berubah dengan sebab bercampur denag sesuatu yang suci yang tidak larut dalam air (mujawar) seperti kayu,daun dan sebagainya.Hukum air musta'mal ialah suci tetapi tidak menyucikan yang lain.Maksudnya air tersebut boleh digunakan untuk keperluan seharian tetapi tidak boleh digunakan untuk mengangkat hadas dan membasuh najis.
  4. Air Mutanajis iaitu air yang kurang daripada duan kolah yang bercampur dengannajis,atau lebih daripada dua kolah dengan syarat air tersebut telah berubah baunya,rasanya dan warnanya.Hukum air ini ialah najis dan tidak sah digunakan untuk apa-apa kegunaan.
Ukuran air kolah ialah sebagaimana yang berikut:
  1. Kalau dikira dengan timbangannya,maka berat air dua kolah itu ialah seberat 162.72 kilogram.
  2. Kalau dikira dengan ukuran bekas empat persegi,maka air duan kolah memerlukan bekas yang berukuran 60cm x 60 cm x 60cm panjang,tinggi dan lebarnya.

Comments ( 1 )

  1. syukron atas materinya... simple dan jelas..

    Balas

Jom Bermuzakkarah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...