Kelebihan Bulan Rejab ialah Hadis Palsu??

| Posted in , ,

من صام يو ما من رجب عد ل صيا م شهر
Bermaksud, “ Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Rejab, (ganjarannya) sama dengan berpuasa sebulan”

(Diriwayatkan oleh Khatiib dari jalan Abi Dzar)

Hadits di atas dho’if(dilemahkan) oleh Ibnu Hajar Al- Asqolany telah menjelaskan kitabnya bahwa : Para Ahli Hadits telah sepakat, bahwa Hadits ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As Saa’ib, sedang rawi ini adalah seorang yang Dhai’f(lemah)

Baikpun Hadits ni lemah tidak bermaksud tidak boleh berpuasa di bulan Rejab..



Sesetengah daripada umat Islam akan berpuasa di bulan ini sepenuhnya atau sebahagainya dan mereka menganggap puasa ini mempunyai kelebihan dan fadhilat yang khusus. Tetapi malangnya, ganjaran atau kelebihan yang khas bagi mereka yang melakukan amalan ini tidak bersumberkan daripada al-Quran atau hadith-hadith yang sahih. Bahkan ianya diambil daripada hadith-hadith yang maudhu’ (palsu) dan yang lebih malang lagi hadith-hadith ini disebarkan oleh golongan-golongan agama atau ustaz-ustaz kepada masyarakat Islam samada di dalam kuliah-kuliah mereka atau melalui penulisan. Antara hadith-hadith maudhu’ yang tersebar luas mengenai fadhilat puasa di bulan Rejab ini ialah:

1. Ibnu al-Jawzi menyebutkan dari riwayat Muhamad bin Abdul-Baqi dari Abu Bakr Muhamad bin al-Hassan al-Naqqasy, dari Abu Said r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku, maka barangsiapa yang berpuasa bulan Rejab dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, maka ia wajib mendapat keredhaan Allah Yang Maha Agung dan ditempatkannya di Syurga al-Firdaus yang tertinggi. Sesiapa yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka baginya pahala dua kali ganda, timbangan tiap-tiap ganda bagaikan bukit-bukit di dunia. Barangsiapa yang berpuasa tiga hari dari bulan Rejab maka Allah menjadikan antaranya dan Neraka sebuah parit yang panjangnya setahun perjalanan. Barangsiapa yang berpuasa empat hari dari bulan Rejab maka ia akan diselamatkan dari bala, gila, kusta, sopak, fitnah al-Masih al-Dajjal dan dari azab kubur…."

Ibnu al-Jawzi telah menghukum hadith ini dengan maudhu’.

2. Ibnu Shahin meriwayatkan dari Ali r.a dari Harun bin ‘Antarah bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Sesungguhya bulan Rejab adalah bulan yang agung, maka barangsiapa yang berpuasa sehari dari bulan Rejab nescaya Allah menuliskan baginya puasa seribu tahun. Siapa yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka Allah menuliskan baginya puasa dua ribu tahun. Siapa yang berpuasa tiga hari dari bulan Rejab maka Allah menulis baginya puasa tiga ribu tahun…"
rejab
ahlan wasahlan rejab

Menurut Ibnu ‘Iraq: Hadith ini adalah maudhu’ tanpa syak lagi. Harun bin ‘Antarah pula disi Ibnu Hibban adalah seorang pereka hadith.

3. Diriwayatkan daripada Ali bin Abu Talib r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Aku dibangkitkan sebagai Nabi pada 27 Rejab, maka barangsiapa yang berpuasa pada hari itu dan ia berdoa sewaktu berbuka puasa, maka puasa itu menjadi kifarat baginya selama sepuluh tahun".

Hadith ini telah disebut oleh al-Hafidz Ibnu Hajar dari kitab Fawaid susunan Abu al-Hassan bin Shakhr dengan sanad yang batil.

Demikianlah antara contoh sebahagian kecil daripada hadith-hadith palsu yang tersebar dikalangan masyarakat Islam mengenai fadhilat puasa di bulan Rejab ini. Masih terdapat banyak lagi hadith-hadith palsu lain mengenai fadhilat puasa di bulan ini yang sesetengah daripada fadhilat tersebut tidak dapat diterima oleh akal yang sejahtera, apatah lagi ianya bercangggah dengan kaedah dan prinsip asas agama.

Al-Hafiz Ibn Hajar di dalam menyentuh perkara ini berkata: Tidak terdapat hadith-hadith yang boleh dijadikan hujah yang menyebut tentang fadhilat khusus bulan Rejab, atau fadhilat berpuasa (sepenuhnya) di bulan ini, atau berpuasa sebahagiannya, atau menghidupkan malamnya yang khusus. (Ibn Hajar, Tabyin al-‘Ajab fi ma warada fi Fadhl Rajab, m/s 23).

Sayyidina Omar al-Khattab melarang orang berpuasa dibulan ini dan beliau pernah memukul tangan orang yang tidak mahu makan disebabkan berpuasa di bulan Rejab. (al-Suyuti, al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-nahyu an al-Ibtida’, (Bierut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah, cet.1, 1988), m/s 63).

Al-Imam Al-Syawkaniy pula menyebut di dalam kitabnya al-Fawaid: ((Dalam satu risalahnya Ali bin Ibrahim al-‘Athar berkata: Apa yang diriwayatkan mengenai keutamaan puasa Rejab semuanya maudhu’ dan dhaif tidak mempunyai sumber. Katanya lagi: Abdullah al-Anshari tidak berpuasa Rejab dan beliau melarangnya dan berkata: Tidak ada satu hadith pun yang sahih dari Nabi saw mengenainya)). (Al-Syawkaniy, al-Fawaid al-Majmu’ah, m/s 440).

Selain daripada amalan yang disebutkan ini, terdapat lagi amalan khusus lain yang disebarkan seperti amalan membaca apa yang disebut sebagai ‘Istighfar Rejab’. Disebutkan di antara fadhilatnya ialah sesiapa yang menulis atau menggantung atau membawa atau membaca istighfar Rejab maka ia akan mendapat pahala sebanyak 80, 000 pahala para Nabi.

Terdapat juga sesetengah umat Islam yang menunaikan umrah pada bulan ini dengan menganggap ianya mempunyai fadhilat yang khusus jika dilakukan pada bulan Rejab.

Demikianlah sebahagian amalan yang biasa dilakukan oleh umat Islam di dalam bulan Rejab ini yang tidak bersumberkan dari Rasulullah saw. Persoalan yang mesti diulang fikirkan lagi adakah amalan-amalan tersebut akan diterima oleh Allah dan mendapat ganjarannya?. Atau ianya tidak mendapat apa-apa kecuali penat dan letih sahaja. Semoga Allah swt mengampunkan kesalahan yang dilakukan di atas kejahilan kita. Marilah kita bersama-sama untuk membenteraskan kegiatan penyebaran hadith-hadith palsu di kalangan umat Islam. Pastikan ibadah yang kita lakukan benar-benar menepati sunnah Rasulullah saw dan diiringi dengan keikhlasan kepada Allah swt.


Dikhabarkan oleh ahli-ahli hadis, bahawa hadis-hadis yang menceritakan kelebihan berpuasa pada bulan Rejab adalah tidak kuat. Tiada satupun yang sahih ataupun hasan berkenaannya. Bulan rejab adalah salah satu bulan haram. Tidak menjadi kesalahan berpuasa pada bulan rejab, tetapi bukan dengan niat mengkhususkan.


Fadhilat Rejab

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra’ dan mi’raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.

Tarikan dan seruan yang ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis-hadis yang mengandungi Fadilat-Fadilat beribadat didalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku-buku kecil yang mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam begitu laris dipasaran menjelang bulan Rejab. Begitu juga dizaman era Internet ini (ICT), e-mail dan maling list yang di forwardkan mengandungi ‘cut & paste’ dari fadilat-fadilat Rejab yang terkandung didalamnya. Rata-rata tarikan fad’il (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor penarik kepada kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat sunat.Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan Haram.Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan ‘Haram’ didalam Islam. Dalilnya terdapat didalam Firmah Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9:“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.”Menurut Tafsir Jalalain, yang dimaksudkan dengan “diantaranya empat bulan yang di hormati” ialah:Empat bulan Haram – Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yang disepakati oleh semua ulama’ ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yang tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura’ (10 hb Muharam).

Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?

Disini nyatakan pandangan para ulama’ mengenai kesahihan fadilat Rejab.



1] Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yang lain.Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yang terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yang lain. Katanya “tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya – didalamnya ada 4 bulan haram – Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram….Itulah bulan-bulan yang mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya’ban..”

b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu.Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakkan merupakan Hadis Palsu atau pun yang sangat Lemah tarafnya:

“Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yang mengandungi fadilat Rejab – “Rejab bulan Allah. Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”….. Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama’ mengatakan hadis ini Palsu! …. yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama. Disitu ada hadis yang mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yang bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yang meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini…. Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yang memasukkan perkara yang berlebih-lebihan….”

c. Ganjaran yang dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.

Pada beliau ganjaran-ganjaran yang dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yang berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yang amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya :

“Berkata ulama’ : Janji untuk mendapatkan ganjaran yang besar diatas perkara yang biasa, atau ugutan kepada azab yang pedih keatas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yang bohong.”

d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yang Palsu

Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yang diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yang boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yang banyak dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau :

“Ulama’ telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya…sesungguhnya telah datang hadis :”Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong…..”(Riwayat Muslim didalam muqadimahnya yang Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya …. maka disana ada Kitab Hadis yang Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dan sebagainya……….”



2. Ibnu Hajar Al-Asqalani (Pengarang Kitab Syarah Sahih Bukhari (Fathul Bari)

Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat di dalam fatwa Shiekh Al-Saqr mengenai fadilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar:

“Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yang melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yang berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad (niat) yang bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yang dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yang dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yang baik atas apa yang diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya di khaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu di dalam hadis Nabi saw bersabda :”Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail”.Riwayat Muslim.Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yang didalamnya terkandung puasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yang dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi didalam bukunya “Bid’ah wa hawadith” bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis:

1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.

2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yang kekal.

3. Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yang lainnya kalau dengan itu apa yang dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : “Puasa adalah amalan kebajikan”., Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam
Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yang dinaqalkan oleh Ibnu Hajar.”



3] Dr. Sayid SaabiqMenurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq di dalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa :“Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yang berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yang haram”.

Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yang sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yang mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh.

Hadis-hadis fadilat Rejab yang palsu atau dhaif

Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat
Rejab:

∙         Barangsiapa yang mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya?-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)

*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.

∙         Barangsiapa yang melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A’uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A’uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat.-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)

*Dalam sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul (tidak dikenali)

∙         Barang siapa yang berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan.-Hadis sangat Dhaif.

*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.

*Dalam sanadnya ada rawi yang bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yang Matruk.

*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yang Dhaif.

∙         Barang siapa yang berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yang berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yang berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yang berputus asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yang mudah.

-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)

*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yang bernama Abaan merupakan rawi yang Matruk.

*Selain dari itu ada rawi yang bernama Amar bin Al-Azhar yang sangat suka memalsukan hadis.

∙         Barang siapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir.

-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)

*Dalam sanadnya ada rawi yang bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yang suka berdusta.



∙         Barang siapa yang menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga.

-Hadis ini Mawdhu’ (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu’.

bulan haram
bulan rejab


Bagaimana beramal didalam bulan ini?

❖  Shiekh Mahmud Al-Sya’rawi didalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan ‘am yang afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad :“Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yang lain”Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah swt didalam bulan-bulan ini.

Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda : ((Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram)). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yang baik, begitu juga dengan Sya’ban dimana Nabi saw berpuasa dengannya”

Comments ( 2 )

  1. assalammu'alaikum

    terimakasih atas kunjungan ke blog saya, silahkan diletakkan di blog ini apapun yang berguna dari blog saya tak perlu izin :) semoga bermanfaat

    wassalammu'alaikum

    Hafez Ottobi

    Balas
  2. @Anonymous:terima kasih ye..anda pun boleh mengambil apa sahaja artikel saya tanpa meminta izin.

    Balas

Jom Bermuzakkarah