~LeLaKi SoLeH iDaMaN WaNiTa~
| Posted in lelaki , wanita
Segala puji hanya untuk
Allah SWT,Pemilik sekalian alam,selawat serta salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad SAW.
Jarang-jarang sekali ana
baca kiriman-kiriman di facebook tentang muslimin idaman. atau lelaki
soleh....yang paling kerap adalah tentang wanita solehah,muslimah solehah dan
macam-macam lagi semuanya tuntutan untuk wanita...syukran di atas semua
ingatan-ingatan yg telah di kirim...namun begitu seorang muslimah pun pasti
ternanti nanti seorang muslimin idaman mereka.....Ini lah Permata Idaman
Mutiara syurga LELAKI SOLEH....
kerana lelaki yang baik
adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang
jahat.
lelaki yang baik tidak
semestinya soleh, dan soleh itu semestinya baik. Namun menjadi lelaki yang
soleh lah seharusnya dicapai oleh kita semua kerana ia merupakan ISO yang Allah
tetapkan.Sebagaimana yang Allah s.w.t telah berfirman dalam surah An Nuur ayat
yang ke-26..
الْخَبِيثَاتُ
لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ
وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُولَئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُمْ
مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ (٢٦)
26. (lazimnya)
perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan
lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya)
perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki
Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah
bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat);
mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan
Yang mulia.(An Nur 26)
Namun siapakah lelaki soleh?
Kita sudah sering mendengar lelaki soleh, namun bagaimana ciri- cirinya?~~
~~
Sebenarnya orang-orang soleh
bukanlah makhluk abstrak yang sulit dikenali bentuknya. Mereka adalah manusia
biasa juga, tetapi memiliki kelebihan tertentu dibandingkan manusia-manusia
lainnya. Kelebihan mereka adalah dari segi keimanan,keyakinan, kecaknaan,
mentaliti serta amal perbuatan.
Dalam diri mereka terkumpul
kebaikan-kebaikan itu,
Bahkan kita boleh mengenali
mereka dari sikap dan perilaku hidupnya sehari-hari.
Lihatlah mereka dengan HATI,
maka kita akan menemui tanda-tanda kebaikan mereka.
Lelaki soleh dijelaskan
dalam Al-Qur’an adalah sebagai berikut:
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا
السَّمَاوَاتُ وَالأرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ (١٣٣)الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي
السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِوَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ
وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ (١٣٤)
“Dan diantara ahli kitab ada
sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam
hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca
kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada
kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan
kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”. (Ali Imran 133-134).
~~SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN
DENGAN LELAKI SOLEH~~
Lelaki Soleh dapat di
definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari
segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari
sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara
perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang
amat dalam.
Lelaki soleh juga ialah
seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana
sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan
seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana
ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa
dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya.
TAUHID merupakan dasar
tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid
tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia
sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap
pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan
berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang. Oleh yang demikian, jelaslah
bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah
semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu senua. Antara
hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah
perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup
serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.
~~KRITERIA-KRITERIA LELAKI
SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS.....
1. Sentiasa taat kepada
Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah
matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita
cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi
ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi
tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian
Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas
segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi
tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi
kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada
Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada
dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih
sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf
dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang
amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada
dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan
tawadhu penuh kepada Allah swt.
17. kasih sayang dan penuh
pengertian kepada keluarga.
Selain daripada ciri-ciri
diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan yang senantiasa
mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang
orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang
tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah
menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.
~~ LELAki Soleh SeBagaI
Anak..~~
Sejak kita dilahirkan, kita
telah dijaga, dibelai, dididik dan diasuh dengan begitu perihatin oleh kedua
ibu bapa kita. Sewaktu kecil, apabila kita merengek di tengah malam buta, ibu
kita dengan kerelaan hatinya terpaksa bersengkang mata untuk memujuk dan memberikan
susu. Manakala ayah pula sibuk berusaha memastikan kehidupan keluarganya dalam
keadaan yang baik agar kita dapat hidup dengan selesa dan sempurna.
Lihatlah betapa besarnya
jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa kita. Apakah tindakan kita yang sewajarnya
untuk membalas jasa mereka ini? Pernahkah selama ini kita membuatkan mereka
kecil hati? Sesungguhnya ingatlah syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Derhaka
kita kepada mereka bererti derhaka kita kepada Allah Taala. Taatilah mereka
selagi mana tidak bercanggah dengan hukum Islam. Berusahalah membahagiakan
mereka. Sentiasalah berdoa akan keselamatan dan kesejahteraan mereka di dunia
dan di akhirat. Sesungguhnya doa daripada anak-anak yang soleh inilah yang akan
menerangi kehidupan mereka di alam barkzah nanti. Ingatlah suatu hari nanti
kita juga bakal menjadi ibu dan ayah dan kita pasti akan mengharapkan agar
dikurniakan anak-anak yang soleh sepertimana harapan ibu dan bapa kita juga.
Dalam sebuah hadis
dijelaskan, Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: seorang
lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku
datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan
hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam
keadaan menangis". Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka.
Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis".
(Riwayat Ibnu Majah)
Jadi perintah ibu
atau bapa yang bukan bersifat maksiat atau mempersekutukan Allah, maka kita wajib
mentaatinya. Namun jika perintah nya bersifat melawan kehendak dan hukum agama,
maka tolaklah dengan cara yang baik.
Riwayat dr Abdullah Ibn Amru
ibnu Ash.r.a.sabda Rasul/SAW'Dosa2 besar itu mengutukan Allah,derhaka kepada
orang tua,membunuh jiwa dan sumpah palsu'(bukhari)
lagi sabdanya'Tiga macam org
yg di haramkan syurga atas mereka oleh Allah Taala,pecandu khamar,orang yg
derhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yg membenarkan perbuatan keji oleh
isterinya..(Ahmad)
~~LeLAKI SOLeH SEBaGAI
SUaMI,AYAH~~
Tugas tugas dan kewajipan
Lelaki Soleh........
1. Mencari nafkah ( belanja
hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela
kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan
berlaku adil terhadap isteri.
1. MENCARI NAFKAH..........
Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum Lelaki kerana kelebihan dalam
penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu Lelaki
mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan
pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan
agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita.
Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan
melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya. Dalam
melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk
mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya
sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara
yang halal.
Lelaki soleh tidak akan lupa
untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama.
dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar
keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan
berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; Wahai
anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya,
tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.
" Bagi orang orang yang
telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan
letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah,
maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang
dilaluinya dengan tidur yang nyenyak".
Inilah antara ganjaran yang
akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh
sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang
dianjurkan oleh ISLAM.
Pertama: Hendaklah ia tidak
melalaikan tugasnya terhadap Allah swt. dan janganlah ia meninggalkan nilai
nilai yang LUHUR.
Kedua : Hendaklah dilakukan
dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada
orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.
Antara cara cara pencarian
harta yang diharamkan oleh Islam ialah:
1. Riba,
2. Penimbunan barang barang
yang menjadi hajat orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan
minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam
penimbangan dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain
dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat
29.
2. BERJIHAD FISABILILLAH
Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada
satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit
pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya
sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling
indah iaitu MUJAHIDIN. Inilah yang dimaksudkan dengan lelaki soleh, yang mana
pekerjaan utamanya membunuh atau terbunuh. Jika tidak terbunuh, maka ia mesti
membunuh. Tidak terdapat alternatif lain kecuali satu antara dua 'YUQTAL AU
YAGHLIB' yakni TERBUNUH atau MENANG.
3. MELINDUNGI DAN MEMBELA
KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS
Sememangnya sejak
akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan
menakhluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang orang yang soleh
haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak
akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.
" Wahai lelaki
soleh...! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan
gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu
menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang tertindas
sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi
pembela dan penolong bagi mereka."
Inilah laungan yang
senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan
bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai
pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk
mengekalkan kedaulatan agama Islam
4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK
ISTERI......
1. Mengajar dan membimbing
dengan cara yang baik sehingga isteri yang tidak solehah menyedari akan
kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
2. Menangani isteri yang cerdik
sungguh. dan keras kepala dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang
sebenarnya dan bersedia mengubahnya.
Demikianlah cara cara yang
telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami
isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sebarang kesulitan,
lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan
semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh akan
bertindak dengan cara yang lebih effisien dan bijaksana dan senantiasa memohon
petunjuk dari Allah swt. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat
dikekalkan buat selama lamanya. Berlaku baik terhadap isteri Suami yang soleh
akan sentiasa maenjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Ia senantiasa
menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya.
Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan
bekerjasama dengan isterinya.
Seorang lelaki soleh tidak
akan membiarkan di dalam rumahnya ada perilaku-perilaku buruk yang boleh
mengundang kemurkaan Allah SWT.
Seorang lelaki soleh tidak
mungkin akan berbuat zalim kepada saudara semuslim, apalagi kepada orang tua,
mertua, isteri dan anak-anaknya. Tidak semua suami boleh memenuhi kewajipannya
terhadap keluaraga secara adil, tetapi bagi seorang lelaki soleh, dia akan
berusaha sekuat kemampuannya. Dia hanya akan berhenti berusaha jika sudah tidak
ada lagi jalan yang boleh ditempuh. Jika usaha maksima telah ditempuh, tetapi
hasilnya tidak memadai, dengan lapang dada dia akan meminta maaf atas
kekurangan dirinya. Singkatnya, mustahil dilakukan oleh seorang lelaki soleh
untuk membiarkan keluarganya menderita, bahkan terlintas dalam fikirannya pun
tidak. Seorang lelaki soleh akan menghargai pendapat atau pandangan isterinya
dan keluarganya, meskipun tidak semestinya akan selalu menurutinya.
Seorang lelaki soleh
bersikap lapang dada dan memaafkan kekurangan isteri dan anak-anak beserta
keluarganya. Seorang lelaki soleh tidak akan membuka aib-aib keluarganya di
depan umum. Membuka aib keluarga sama dengan membuka aib diri sendiri. Seorang
lelaki soleh tidak akan mengkhianati kepercayaan keluarganya. Didepan
keluarganya dia baik, dan ketika jauh dari keluarganya pun, dia tetap baik.
Seorang lelaki soleh tidak
takut kepada isteri atau anak-anaknya serta keluarganya, tetapi takut kepada
Allah yang selalu mengawasinya. Berbeza dengan banyak lelaki yang manis di
depan isteri dan mertuanya, tetapi sebaliknya ketika jauh dengan isteri. Dan
yang paling utama, seorang lelaki soleh bersedia bertanggungjawab menghadapi
tuntutan Allah di akhirat ketika ditanya tentang anak-anak dan isterinya.
Rasulullah bersabda“
Sesempurna-sempurna keimanan seorang mukmin, ialah yang paling baik akhlaknya.
Dan sebaik-baik kalian ialah yang paling baik kepada isteri – isterinya “. (
HR. At-Tirmidzi )
“ Sebaik-baik kalian adalah
yang paling baik kepada keluarganya (isteri dan anak-anaknya ), sedang aku
adalah yang paling baik kepada keluargaku “. ( HR. Ath-Tharbawi dan Al-Hakim )
Jadi pernikahan yang
penuh barakah, akan terlaksana jika rumah tangga dibina bersama – sama lelaki
soleh serta disempurna dengan wanita solehah
Sabda Rasulullah: Orang yang
terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah
orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku. ( HR Ibnu Majah )
hayatilah kisah2
Junjungan besar kita Nabi MuhammadSAW bersama keluarganya...
Tauladan Rasulullah Dalam
kehidupan berkeluarga.......
*Keadaan beliau
sebagai suami dan ayah * Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga *
Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.
~~Renung-renungkan lah dan
mari beramal..~~