Loading
Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

| Posted in ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera,di sini saya berkesempatan ingin berkongsi tentang kelebihan aatau keistimewaan seorang wanita.Ada 19 keistimewaan wanita menurut hadis iaitu:-


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takut akan Allah. Dan orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

AZAB BAGI KAUM WANITA DI NERAKA

| Posted in


Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat, renungan khususnya untuk para wanita. Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis mankala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw, mengapa beliau menangis. 

Batas Aurat Wanita dalam Solat

| Posted in ,

Aurat ialah bahagian tubuh yang tidak boleh kelihatan atau wajib ditutup menurut hukum Islam.Menutup aurat itu sebahagian daripada syarat sah solat,tidak kira bagi lelaki mahupun wanita.


Secara ringkasnya,aurat bagi wanita dalam solat ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua-dua tapak tangannya.Manakala bagi lelaki pula,auratnya adalah antara pusat dan lutut.Jika diteliti,sebenarnya aurat wanita mahupun lelaki dalam solat itu sama dengan aurat mereka bersama ajnabi walaupun di luar solat.

Anjuran Menutup Aurat Kala Solat

Anjuran agar menutup aurat dalam solat termaktub dalam al-Quran al-Karim.Allah s.w.t berfirman yang bermaksud "Wahai anak-anak Adam!Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat(atau mengerjakan solat)."(Surah al-A'raf 7:31).

Strategi Syaitan Membuka Aurat Wanita

| Posted in ,

1. Menghilangkan hijab (penutup)

Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.

WaniTa SoLeHAh IdAmAn LeLaKi

| Posted in ,


                                                             
Kali ini kita pula akan membincangkan tajuk :Wanita solehah Idaman Lelaki


Sudah sedia maklum..bukan sahaja wanita yang mahu lelaki yang soleh yang bakal menjadi imam bagi mereka...tapi lelaki juga inginkan wanita solehah  untuk membantunya dalam urusan agamanya..setiap pemimpin pasti perlu seseorang untuk membantunya...begitu juga dengan lelaki yang bakal menjadi imam bagi keluarga...perlukan seseorang untuk membantunya dalam keluarga demi mewujudkan suasana keluarga yang mawaddah dan sakinah iaitu wanita solahah..


Selain itu sebaik baik wanita serta seindah indah hiasan adalah wanita solehah yang bakal menjadi penyeri dan pelengkap bagi keluarga...bukan itu sahaja..wanita solehah   adalah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh..begitu besarnya nilai seorang wanita solehah disisi Allah s.w.t. ...selain itu menurut pakar matematik islam iaitu Al Khawarizmi  ada menyatakan seperti berikut...

Tidak Wajarkah Wanita ke Masjid

| Posted in , , ,

Isu ini sekalipun merupakan isu terpencil di tengah-tengah pergolakan politik negera pasca tsunami PRU12, namun ia merupakan isu yang juga penting untuk dibcarakan. Sekali pandang, isu ini nampak remeh. Namun apabila ada beberapa pihak yang mempertikaikan secara lantang keharusan wanita untuk berjemaah di majsid, penulis tergerak untuk memperkatakan sedikit mengenai isu ini. Tambahan pula, apabila ia dilebarkan pula hingga di mimbar-mimbar kuliah maghrib dan sebagainya.
Memanglah, terdapat hadis-hadis yang seolah-olah mendatangkan larangan terhadap pemergian wanita ke masjid. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Seseorang wanita itu bersolat di tempat tidurnya lebih bak dari bersolat di dalam biliknya. Dia bersolat di dalam biliknya lebih baik dari bersolat di dalam rumahnya. Dia bersolat di dalam rumahnya lebih baiik dari bersolat di masjid” (Riwayat Baihaqi da disahihkan oleh al-Albani)

MAJORITI PENGHUNI NERAKA IALAH WANITA

| Posted in ,

"Aku mendatangi syurga,maka kulihat kebanyakan penduduknya ialah para fakir dan aku mendatangi neraka maka aku lihat kebanyakan penduduknya ialah para wanita."(HR al-Bukhari no.3002 dan Muslim no.4920 dari Ibn Abbas.

Huraian bagi hadis ini..

Tentang majoriti ahli syurga ialah dalam kalangan orang-orang miskin dan majoriti ahli neraka dari kaum wanita serta mengenai fitrah kaum wanita...

Hadis riwayat Usamah bin Zaid r.a ,dia berkata: Rasulullah s.a.w  bersabda: Aku berdiri di hadapan  pintu syurga , tiba-tiba aku melihat majoriti  yang  memasukinya ialah  orang-orang miskin dan aku juga melihat para penguasa (di dunia) dalam keadaan tertahan, kecuali penghuni neraka yang telah diperintahkan kepada mereka untuk memasuki neraka. Dan aku juga berdiri di depan pintu neraka, ternyata majoriti  yang memasukinya ialah  dari kaum wanita. (Shahih Muslim No.4919)

Hadis riwayat Imran bin Hushain r.a.: Bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang paling sedikit menempati syurga ialah  kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Hadis riwayat Usamah bin Zaid r.a.  dia berkata: Rasulullah s.a.w  bersabda: Aku tidak meninggalkan satu fitnah pun setelahku yang lebih membahayakan kaum lelaki daripada kaum wanita. (Shahih Muslim No.4923)

BeTaPa BeRharGanya SeoraNG wANiTA

| Posted in ,

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

~LeLaKi SoLeH iDaMaN WaNiTa~

| Posted in ,





Segala puji hanya untuk Allah SWT,Pemilik sekalian alam,selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Jarang-jarang sekali ana baca kiriman-kiriman di facebook tentang muslimin idaman. atau lelaki soleh....yang paling kerap adalah tentang wanita solehah,muslimah solehah dan macam-macam lagi semuanya tuntutan untuk wanita...syukran di atas semua ingatan-ingatan yg telah di kirim...namun begitu seorang muslimah pun pasti ternanti nanti seorang muslimin idaman mereka.....Ini lah Permata Idaman Mutiara syurga LELAKI SOLEH....

kerana lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.
lelaki yang baik tidak semestinya soleh, dan soleh itu semestinya baik. Namun menjadi lelaki yang soleh lah seharusnya dicapai oleh kita semua kerana ia merupakan ISO yang Allah tetapkan.Sebagaimana yang Allah s.w.t telah berfirman dalam surah An Nuur ayat yang ke-26..
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُولَئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ (٢٦)

26. (lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.(An Nur 26)




Namun siapakah lelaki soleh? Kita sudah sering mendengar lelaki soleh, namun bagaimana ciri- cirinya?~~

~~
Sebenarnya orang-orang soleh bukanlah makhluk abstrak yang sulit dikenali bentuknya. Mereka adalah manusia biasa juga, tetapi memiliki kelebihan tertentu dibandingkan manusia-manusia lainnya. Kelebihan mereka adalah dari segi keimanan,keyakinan, kecaknaan, mentaliti serta amal perbuatan.

Dalam diri mereka terkumpul kebaikan-kebaikan itu,
Bahkan kita boleh mengenali mereka dari sikap dan perilaku hidupnya sehari-hari.
Lihatlah mereka dengan HATI, maka kita akan menemui tanda-tanda kebaikan mereka.

Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Qur’an adalah sebagai berikut:



وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ (١٣٣)الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِوَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ (١٣٤)                                              
 

“Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”. (Ali Imran 133-134).

Wanita Dunia dengan Bidadari Syurga. Mana yang lebih Istimewa?

| Posted in , ,


wanita
wanita muslimah
~~Renung-renungkan lah..dan marilah sama2 kita beramal ye...~~
Wanita Dunia dengan Bidadari Syurga. Mana yang lebih Istimewa?
Wanita dunia dengan bidadari yang Allah sediakan di syurga, mana yang lebih istimewa?

Ramai yang begitu seronok apabila membaca keindahan-keindahan ciptaan bidadari dalam syurga terutama lelaki.

Tetapi, sebenarnya, seindah manapun bidadari di syurga sana, namun sebenarnya, wanita-wanita dunia itu lebih indah lagi….

Tetapi, keindahan wanita dunia itu, apa karakternya dan bagaimana pula sifatnya?

mari kita teliti maksud hadith yang panjang ini!

Semoga dengan hadith ini, kalian wahai wanita, MENINGGIKAN lagi USAHA untuk menjadi wanita yang bakal DI CEMBURUI oleh bidadari !

At-Thabrani meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a., dia berkata, saya pernah bertanya :

“Ya Rasulullah, beritahu saya tentang mereka yang diceritakan Allah s.w.t. dalam firman-Nya:

22. dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang matanya bercahaya,

[Al-Waqiah :22]

Baginda bersabda : “(Mereka adalah) bidadari-bidadari, yang matanya bercahaya. Pelupuk mata bidadari-bidadari itu (selalu berkedip-kedip) bagaikan sayap burung nasar.”

Saya berkata : “Beritahu saya tentang firman-Nya:

23. seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

[Al-Waqiah : 23]

kEnALI wAnITa

| Posted in ,


wanita
wanita
a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

Bahaya Couple....

| Posted in , ,

tak nak couple
tak nak couple


kartun
love Allah

♥¸.•´¯ BAHAYA COUPLE?? ♥¸.•´
♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸

Sekadar Renungan...

Seorang gadis membuat rumah terbuka lalu dia mengajak teman2 rapatnya..
Kali ini dia mahu buat sedikit kelainan..
Dia mahu buat doa selamat dan solat hajat..
Tidak ketinggalan dia mengajak Teman Lelakinya

Si gadis mula terkenangkan "masa depannya"
lalu dia menyuruh Teman Lelakinya mengImamkan solat hajat...
Merdu sekali suara Teman Lelakinya mengalunkan bacaan ayat2 suci Al-Quran...
Selesai memberi salam, Teman Lelaki serikan lagi dengan zikrullah..
Tambah cair lah hati si gadiss....~

Wanita Islam

| Posted in , ,

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.
Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.
Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.
Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.
Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.
Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.
Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.
Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat
Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.

Wanita

| Posted in , ,

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat.
Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.
Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..
01.Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
02.Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.
03.Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
04.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
05.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
06.Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
07.Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
08.Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.
Syahwat Lelaki
Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.
Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.
Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.
Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.
Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.
Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ke?

Hukum 'Couple'

| Posted in , ,

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..



Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...