Loading

Doa Pagi dan Petang

| Posted in ,

"Diriwayatkan daripada kitab al-Azhar karangan Imam al-Nawawi sebuah doa yang digalakkan dibaca pada waktu pagi dan petang .Rasulullah s.a.w membaca doa berikut pada waktu pagi dan petang:
Doa pada waktu pagi

اَللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا وَبِكَ أَمْسَيْنَا وَبِكَ نَحْيَا وَبِكَ نَمُوتُ وَإِلَيْكَ النُّشُورُ
Ya Allah ,dengan (rahmat dan pertolongan-Mu ),kami memasuki waktu pagi dan dengan (rahmat dan pertolongan-Mu) kami memasuki waktu petang.Dengan (rahmat dan pertolongan-Mu) kami hidup dan dengan kehendak-Mu kami mati.Dan kepada-Mu bangkitnya (semua makhluk).

Doa pada waktu petang

اَللَّهُمَّ بِكَ أَمْسَيْنَا وَبِكَ أَصْبَحْنَا وَبِكَ نَحْيَا وَبِكَ نَمُوتُ وَإِلَيْكَ النُّشُورُ
Ya Allah,dengan (dengan pertolongan dan rahmat-Mu) kami masuk waktu petang dan dengan (pertolongan dan rahmat-Mu) kami masuk waktu pagi.Dengan rahmat dan pertolongan-Mu,kami hidup dan dengan kehendak-Mu kami mati.Dan kepada-Mu tempat kembali bagi semua makhluk." 
(Riwayat Abu Daud. Hadis hasan)

Jin Tidak Dapat Kuasai Orang Soleh

| Posted in

Mungkin ada dalam kalangan kita pernah diganggu semasa berada di rumah seperti mendengar suara-suara pelik ,mendengar bunyi di atas rumah seperti orang menumbuk dengan lesung atau mengalih barang -barang sedangkan waktu itu sekitar jam 2.00 atau 3 pagi.Bunyi dan perbuatan itu berkemungkinan datang daripada jin.


Jin merupakan makhluk yang wajib kita percaya kewujudannya kerana Allah telah menyebut tentangnya dalam beberapa ayat al-Quran dengan nama surah al-Jin.Kewujudan mereka juga disepakati ulama.Jin mempunyai kemampuan melebihi kemampuan manusia sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud :

Orang Pertama Dicampakkan ke Neraka

| Posted in

Daripada Abu Hurairah R.A ,Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya manusia yang pertama yang diadili pada hari kiamat ialah seseorang yang mati syahid.Orang itu dihadirkan di hadapan Allah ,lalu diingatkan nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya.Orang itu mengingati semua nikmat tersebut.Allah bertanya :Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini ?"Orang itu menjawab ."Aku berjuang di jalan-Mu sehingga terbunuh."Allah berfirman :"Engkau berdusta!!Akan tetapi engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani."Dan sememangnya orang ramai menyebutkannya sebegitu.Orang itu lalu diseret di atas wajahnya ,kemudian dicampakkan ke dalam neraka.Allah lalu memanggil seseorang yang belajar ilmu,mengajarkannya dan membaca al-Quran .Orang ini dihadirkan ,lalu disebutkan kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.Allah lalu bertanya :"Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini ?"Dia menjawab :"Aku mempelajari ilmu ,lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran."Allah berfirman:"Engkau berdusta!!Akan tetapi engkau belajar agar disebut alim ,dan membaca al-Quran agar disebut qari(hafiz)".Dan sememangnya orang ramai menyebutnya seperti itu.Orang itu lalu diseret di atas wajahnya ,kemudian dicampakkan ke dalam neraka.Allah lalu memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah .Orang ini dihadirkan ,lalu disebutkan kepadanya nikmat-nikmat Allah s.w.t sehingga ia mengingatinya .Allah bertanya:"Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?"Dia menjawab :"Aku membelanjakannya di tempat-tempat yang engkau kehendaki."Allah berfirman:"Engkau berdusta!!Akan tetapi engaku melakukannya agar dikenali sebagai dermawan."Dan memang orang telah menyebutnya seperti itu .Orang itu lalu diseret di atas wajahnya dan kemudian dicampakkan ke dalam neraka."(Riwayat Muslim)

Orang yang Ditolak Doanya

| Posted in

Orang-orang yang menggunakan barang-barang haram

  • Orang-orang yang menggunakan keperluan hidupnya dari benda-benda yang haram seperti pakaian yang haram, makan dan minum yang haram dan membeli atau menggunakan sesuatu dari sumber yang haram, maka doanya tidak akan diterima oleh Allah.
Abu Hurairah menceritakan: "Suatu hari Rasulullah menceritakan perihal seorang lelaki yang telah jauh perjalanannya, kasut dan rambutnya berdebu, dia menadahkan tangannya ke langit dan berdoa, "Ya Tuhan Ya Tuhan." Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan perutnya dipenuhi dengan barang-barang haram, maka bagaimanakah Tuhan akan memperkenankan doanya?!" [Riwayat Muslim]

Kisah Orang yang Makbul Doanya

| Posted in

Di bawah ini saya akan memaparkan beberapa kisah orang yang makbul doanya yang saya dapat dari buku "Kisah Orang -Orang yang Makbul Doanya."Saya harap kisah ini dapat memberi pengajaran kepada kita.Insha Allah.


Orang yang Mustajab Doa

| Posted in


  • Doa para Nabi

Nabi S.A.W bersabda: "Bagi setiap nabi ada doa mustajab, maka setiap nabi disegerakan doanya, adapun aku menyimpan doaku sebagai syafaat bagi umatku di hari kiamat." 


  • Doa orang yang soleh

Sabda Nabi S.A.W.: "Doa orang yang soleh untuk orang yang baik itu tidak ditolak oleh Allah." 


  • Doa ibu bapa

Sabda nabi S.A.W.: "Doa ibu bapa untuk anaknya menembusi hijab." [Riwayat Ibnu Majah] 


  • Doa anak yang soleh untuk ibu bapanya



  • Penghafaz Al-Quran

Sabda Nabi S.A.W.: "Sesungguhnya bagi penghafal-penghafal Al-Quran ada doa yang diperkenankan yang apabila didoakan dengan (sebab penghafalnya) maka diperkenankan." 


  • Orang yang berpuasa


Sabda Nabi S.A.W.: "Tiga golongan manusia yang doanya tidak ditolak, pengusaha (ketua) yang adil, orang yang berpuasa hingga berbuka dan doa orang yang teraniaya." [Riwayat Tarmizi] 


  • Pemimpin yang adil


Orang yang dizalimi/dianiaya

Sabda Nabi S.A.W.: "Takutlah kamu akan doa orang yang teraniaya kerana sesungguhnya tiada dindidng yang memisah orang yang dizalimi dengan Allah." [Riwayat Bukhari] 


  • Orang yang berperang di jalan Allah



  • Orang yang sedang menunaikan haji


Sabda Rasulullah S.A.W.: "Orang-prang yang sedang mengerjakan umrah adalah utusan Allah. Seandainya mereka memohon akan diperkenankan dan seandainya dia meminta ampun mereka akan diampunkan." [Riwayat Ibnu Majah] 


  • Doa bagi saudaranya secara senyap-senyap


Sabda Rasulullah S.A.W.: "Tidak ada seorang Muslim yang mendoakan saudaranya secara senyap-senyap, melainkan malaikat berkata kepadanya: Bagimu seumpamanya juga." [Riwayat Abu darda]



Tempat-Tempat Mustajab Doa

| Posted in

Entri yang lepas berkaitan dengan masa mustajab doa kali ini saya akan kongsikan pula tentang tempat-tempat mustajab doa

  •  Masjid. Firman Allah:
“Sesungguhnya masjid-masjid itu kepunyaan Allah, maka janganlah kamu berdoa kepada sesiapa jua selain kepada Allah.” [Surah Al-Jinn, 18]
  • Tanah suci Mekah dan Masjidil Haram. Rasulullah bersabda:
“Orang-orang yang menunaikan haji dan orang-orang yang menunaikan umrah, mereka itu adalah tetamu-tetamu Allah dan pengunjung-pengunjungNya. Jika mereka berdoa pasti doanya akan dikabulkan dan jika minta ampun pasti akan diampuni.” [Riwayat An-Nasai]
  • Raudhatun Nabi di Madinah Al-Munawwarah
  • Masjid Al-Aqsa
  • Padang Arafah. Sahabat Jabir menceritakan:
"Rasulullah S.A.W. datang ke tempat wukuf di Arafah dan menghadap kiblat serta baginda sentiasa berdoa sehingga terbenam matahari."
  • Muzdalifah, Mina, Safa dan Marwa. Abu Daud meriwayatkan:
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. datang ke bukit Safa dan baginda menunaikan solat di sana dengan memandang ke Kaabah baginda mengangkat kedua belah tangannya sambil memuji Allah dan berdoa dengan apa-apa permohonan yang ditunjuk Allah."





Masa yang Mustajab Doa

| Posted in

Di antara masa-masa yang mustajab untuk kita berdoa

  • selepas azan
  • di antara iqamah dan solat
  • ketika sujud dalam solat dan setelah membaca tasyahud dan sebelum memberi salam
  • selepas solat
  • di antara dua khutbah Jumaat
  • satu pertiga malam yang akhir
  • waktu sahur
  • waktu hujan turun
  • di tengah medan perang'
  • semasa melihat kaabah
  • ketika tawaf dan sai'e
  • ketika berpuasa
  • ketika ditimpa kesusahan atau penderitaan
  • selepas membaca al-Quran
  • waktu hampir berbuka puasa
  • selepas minum air zam zam
  • ketika berkumpul di majlis ilmu atau zikir
  • ketika bermusafir

Syarat-syarat Berdoa

| Posted in

Syarat-syarat Berdoa

  • beriman kepada Allah dan rasul-Nya
  • melakukan kewajipan terhadap Allah Taala
  • menyesal serta bertaubat atas segala dosa yang lampau dan berazam tidak akan melakukan sebarang dosa lagi
  • menjauhi perkara-perkara yang haram semasa berdoa
  • memulakan doa dengan tahmid dan selawat dan mengakhirinya dengan selawat dan tahmid
  • menyebut setiap kalimah dengan betul
  • melakukan amal kebajikan sebelum berdoa
  • berdoa bukan dengan tujuan maksiat atau perkara yang mustahil
  • yakin bahawa Allah Taala menerima setiap doa

Adab-Adab Berdoa

| Posted in

Apabila kita hendak memohon sesuatu permintaan atau pertolongan  pada orang lain mestilah perlu ada adab-adabnya juga,begitu juga kalau kita hendak memohon sesuatu pada Allah dengan cara berdoa juga perlu ada adab-adabnya juga bagi memudahkan Allah memakbukan doa kita tidak kira lambat atau cepat doa kita dimakbulkan.Berikut saya senaraikan beberapa adab-adab doa yang perlu kita amalkan.


  • suci daripada sebarang hadas dan menutup aurat
  • menghadap kiblat
  • menghadap kumpulan ,jika kumpulan berbentuk bulatan
  • mengangkat kedua belah tangan dan menundukkan kepala
  • dimulakan dengan basmalah
  • merendahkan suara
  • ikhlas,khusyuk dan tawadhu'
  • memahami kandungan doa
  • penuh harapan kepada Allah Taala sehingga dapat menitiskan air mata
  • tidak jemu-jemu untuk berdoa

Pengertian Doa

| Posted in

Assalamualaikum,saya ingin berkongsi tentang koleksi doa yang boleh diamalkan .Doa ini dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Arab.Doa boleh dibaca dalam pelbagai bahasa sama ada bahasa ibunda kita ataupun bahasa Arab.Hal ini kerana Allah faham apa yang kita nak mohon kepadanya.Kita perlu sentiasa berdoa walaupun doa kita lambat dikabulkan oleh Allah.


Pengertian Doa
Doa bererti seruan,permohonan atau permintaan yang ditujukan semata-mata kepada Allah Taala bagi sesuatu hajat atau keperluan.Ia adalah suatu cara yang penting untuk berasa damping(taqarub) kepada Allah disamping zikir.
Manusia mempunyai banyak kemahuan dan keperluan,sedangkan dia bersifat lemah dan tidak dapat mencapainya sendiri tanpa kurniaan atau pertolongan Allah Taala.Tambahan pula manusia tidak mengetahui perkara yang ghaib atau akan datang atau yang akan menimpanya.
Oleh itu,satu-satunya jalan untuk melindungi diri,keluarga dan harta benda ,untuk mendapat keselamatan dan kejayaan dan untuk memenuhi keinginan dan keperluan ialah berdoa kepada Allah.

Membaca Basmalah

| Posted in ,

Membaca Basmalah Sebelum al-Fatihah :Kuat atau Perlahan?

bismillahir rahmanir rahim
basmalah
Di sini ada tiga pandangan ulama yang begitu masyhur iaitu :
  • membaca secara perlahan.
  • membaca secara lantang (jahr).
  • Tidak perlu sebut.
1.Membaca secara perlahan:-
Merupakan amalan sahabat Nabi s.a.w ,antaranya Abu Bakar ,Ali ,Ibn Mas'ud ,Ibn Zubair,Ammar dan ijtihad ulama seperti Imam Abu Hanifah dan Ahmad.(Al-Mughni,jil 2, hlm 27)Anas berkata : "Aku solat bersama Rasulullah s.a.w dan Saiyidina Abu Bakar,Sayidina Umar dan Sayidina Uthman dan tidak kudengari seorang pun antara mereka yang membaca بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  (dengan kuat)."(Riwayat Muslim).

Solat Sunat Qabliyyah Maghrib

| Posted in , , ,

Soalan:Adakah sunat mengerjakan solat sunat qabliyyah (sebelum) Maghrib?Apakah dalil berkaitan mereka yang mengerjakan solat tersebut ?Timbul kekeliruan kerana ada hadis yang mengatakan para sahabat tidak melaksanakannya ketika zaman Rasulullah s.a.w.


Jawapan:Solat sunat Rawatib ialah solat sunat yang dikerjakan sebelum dan sesudah solat fardhu lima waktu.Solat sunat Rawatib sebelum solat fardhu  dikenali sebagai solat qabliyyah dan solat sunat Rawatib yang dikerjakan selepas solat fardhu dikenali sebagai solat ba'diyyah.

Kisah Berkaitan Ayat Kursi

| Posted in , ,


ayat kursi
ayat kursi
Terlebih dahulu saya telah mengemukakan tentang Kelebihan ayat Kursi.Kini saya akan mengemukakan pula kisah berkaitan dengan ayat Kursi.
Kisah Abu Hurairah dan Iblis

Dari Abu Hurairah, dia berkata, Aku ditugaskan Rasulullah saw. untuk menjaga hasil zakat pada bulan Ramadhan. Tiba-tiba datanglah seseorang kepadaku, dan mengambil sedikit dari zakat itu. Maka aku menangkapnya seraya berkata, 'Kamu akan ku adukan kepada Rasulullah.' Orang itu berkata, 'Biarkan aku, sesungguhnya aku orang miskin, punya banyak anak.' Maka aku pun melepaskannya. Pada keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?' Aku menjawab, 'Ya Rasulullah, dia mengadukan kemiskinannya dan keluarganya yang banyak, maka aku kasihan dan aku membebaskannya.'

Kelebihan Ayat Kursi

| Posted in , ,

ayat kursi
ayat kursi

Sebab Nuzul (turun ayat)

Allah s.w.t telah menurunkan ayat ini pada waktu malam, lalu Rasulullah s.a.w  memanggil Zaid bin Tsabit r.a untuk menulisnya .Serentak dengan itu setiap berhala yang ada di dunia ini bergoncang ,segala mahkota yang ada di kepala raja-raja terjatuh , dan syaitan lari bertempiaran  , berlanggaran sesama sendiri . Syaitan berkumpul menemui Iblis lantas Iblis menyuruh mereka mencari dan menyelidik punca berlakunya keadaan yang menggemparkan itu.Akhirnya mereka tiba ke Madinah dan mendapati Ayat Kursi diturunkan.

WaniTa SoLeHAh IdAmAn LeLaKi

| Posted in ,


                                                             
Kali ini kita pula akan membincangkan tajuk :Wanita solehah Idaman Lelaki


Sudah sedia maklum..bukan sahaja wanita yang mahu lelaki yang soleh yang bakal menjadi imam bagi mereka...tapi lelaki juga inginkan wanita solehah  untuk membantunya dalam urusan agamanya..setiap pemimpin pasti perlu seseorang untuk membantunya...begitu juga dengan lelaki yang bakal menjadi imam bagi keluarga...perlukan seseorang untuk membantunya dalam keluarga demi mewujudkan suasana keluarga yang mawaddah dan sakinah iaitu wanita solahah..


Selain itu sebaik baik wanita serta seindah indah hiasan adalah wanita solehah yang bakal menjadi penyeri dan pelengkap bagi keluarga...bukan itu sahaja..wanita solehah   adalah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh..begitu besarnya nilai seorang wanita solehah disisi Allah s.w.t. ...selain itu menurut pakar matematik islam iaitu Al Khawarizmi  ada menyatakan seperti berikut...

Ayat-Ayat Ruqyah

| Posted in , , ,

ruqyah
ruqyah


Definisi Ruqyah
Ruqyah secara amnya ialah jampi-jampi atau mentera .Ruqyah secara syari'e (Ruqyah Syari'ah) ialah jampi -jampi atau mentera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya.Dengan hanya menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa  yang bersumber dari hadis-hadis Rasullullah s.a.w  yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.

Contoh ayat Ruqyah

| Posted in

1.Surah al-Fatihah
ayat 1-5
al-fatihah ayat 1-5

ayat 6-7
al-fatihah ayat 6-7


2.Surah al-Baqarah ayat 1-5
ayat 1-5
al-baqarah ayat 1-5

3.Surah al-baqarah ayat 102
ayat 102
al-baqarah ayat 102

Menguruskan Tekanan Emosi

| Posted in ,

Setiap insan yang bernyawa pasti mengalami tekanan dalam mengharungi kehidupan di muka bumi ini.Tekanan merupakan cabaran yang peru didepani semua orang ,sama ada orang dewasa , remaja , kanak-kanak ,mahupun bayi.Hanya yang membezakan tekanan yang dialami bagi setiap peringkat umur ialah tahap tekanan atau punca beralakunya tekanan.
Dalam era globalisasi yang serba pantas dan moden,pembangunan serta pesetan teknologi,mengundang pelbagai perubahan serta kesan sampingan kepada masyarakat .Hasil daripada perkembangan kemajuan,berlaku banyak perubahan dari segi gaya dan matlamat hidup.Sikap saling berlumba menimbulkan pelbagai kesan psikologi kepada setiap peringat golongan masyarakat.

Gempa Bumi di Acheh

| Posted in , , ,

Assalamualaikum,saya juga berkesempatan untuk menulis tentang peristiwa gempa bumi yang baru berlaku pada hari ini lebih kurang pada jam 4.38 petang waktu Malaysia berukuran 8.9 skala Richter yang berpusat di Acheh .
Gegaran turut dirasai di Malaysia iaitu negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia.
Sejurus dari itu,amaran Tsunami telah dikeluarkan di beberapa negara di Lautan Hindi iaitu di Indonesia,India,Sri Lanka,Australia,Myanmar,Thailand,Maldives,Britain,Malaysia,Mauritius,Seychelles,Pakistan
,Somalia,Oman,Madagascar,Iran,UAE,Yemen,Bangladesh,Tanzania,Mozambique,Kenya,Afrika Selatan dan Singapura dan beberapa negara kepulauan di Lautan Hindi.

Al-Imam al-Syahid Hassan al-Banna

| Posted in

Al-Imam al-Syahid Hassan al-Banna

Al-Imam al-Syahid al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiya yang terletak di daerah al-Bahriyyah ,Iskandariah ,Mesir. Beliau berasal daripada sebuah keluarga ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam.Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup yang serba sederhana.
Hassan al-Banna merupakan anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya Syeikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna ialah seorang ulama' ,imam ,guru dan pengarang beberapa kitab hadis dan fiqah

Forgive Me

| Posted in


I’m about to lose the battle and cross the line
I’m about to make another mistake
And even though I try to stay away
Everything around me keeps dragging me in
I can’t help thinking to myself
What if my time would end today, today, today?
Can I guarantee that I will get another chance
Before it’s too late, too late, too late

[Chorus]
Forgive me
My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent

Am I out of my mind?
What did I do? Oh, I feel so bad!
And every time I try to start all over again
My shame comes back to haunt me
I’m trying hard to walk away
But temptation is surrounding me, surrounding me
I wish that I could find the strength to change my life
Before it’s too late, too late, too late

Repeat chorus

I know O Allah You’re the Most-Forgiving
And that You’ve promised to
Always be there when I call upon You
So now I’m standing here
Ashamed of all the mistakes I’ve committed
Please don’t turn me away
And hear my prayer when I ask You to

Repeat chorus


IMAM AL GHAZALI

| Posted in , ,

1.Biografi Imam al-Ghazali I
Pada Biografi Imam al-Ghazali I diceritakan serba sedikit tentang latar belakang beliau,keistimewaannya seperti memiliki daya ingatan yang kuat.Selain itu,di entri ini juga memaparkan tentang serba sedikit perjalanan Imam Al-Ghazali mencari ilmu di merata tempat .

2.Biografi Imam al-Ghazali II
Pada entri kali ini pula mengisahkan tentang kerjaya ilmiahnya dengan menjadi profesor di Nizamiyyah serta kemasyhuran beliau sehingga beliau digelar sebagai Hujjatul Islam.

3.Biografi Imam al-Ghazali III
Entri kali ini pula mengisahkan perjalan hidup beliau dengan mengisinya dengan amalan 'uzlah iaitu penyucian jiwa yang dilakukan oleh para sufi serta mengarang beberapa kitab besar seperti Ihya' 'Ulumuddin dan beberapa kitab besar lain yang mengikut bidang seperti bidang teologi iaitu Al-Munqidh min adh-Dhalal,bidang tasawuf iaitu 'Ihya' 'Ulumuddin, bidang fisalat iaitu Maqasid al-Falasifah,bidang fiqh iaitu kitab al-Mushtasfa min 'Ilm al-Ushul dan bidang logikal iaitu kitab al-Qistas al-Mustaqim.Di sini juga terdapatnya peristiwa kewafatan beliau .

Penipuan Gereja

| Posted in

| Posted in

Tetapi tidak bagi saya,
Saya mahu dia lebih dari murtad…
Tetapi perempuan seperti itu tidak lagi wujud…..
Malah manusia telah dipersiap-sipakan untuk lebih dari murtad



Aku ; kalau dah murtad tak dikira murtad…
jadi macam mana erti murtad bagi pak cik??
Bishop ; murtad bagi saya adalah tidak mengetahui kedua-duanya…
Diberi tangan kanan digenggamnya iman
Apabila dia membuka genggamanya
Dia melihat apa yg ada di tanganya dia tidak tahu apa dia,
Diberi tangan kiri digenggamnya kafir
Apabila dia membuka genggamanya
Dia melihat apa yg ada di tanganya dia tidak tahu apa dia…

| Posted in

Aku ; kenapa Vatican mahu penjajah jaga keselamatan kami..
kenapa tak bunuh je nenek moyang kami kan senang…
kami pun takda nanti..
sungguh panjang perancangan vatican..
keselamatan jasad….
ada kait mengait ke dengan Benedictine order?
Bishop ; benedictine order akan berada di dalam setiap manusia…
Masalah seterusnya ialah
Bagaimana hendak membuatkan manusia ini menerima benedictine order
Dalam keadaan mereka tidak sedar….
Ya tidak sedar…

| Posted in

Aku ; pak cik…..
itu pantas,
yang dikatakan benedictine order“direka sekecil zarah”…
tu pula macamana….
Bishop ; membahagi-bahagikan fungsi manusia
Supaya tujuan dan hikmah sesuatu ciptaan benedictine order tidak meresap ke dalam penglihatan….
Tidak meresap ke dalam penglihatan mata manusia…
Bila ia tidak meresap ke dalam penglihatan manusia..
Maka…
Semuanya akan jadi indah –indah belaka…
Kejahatan akan dilihat sbg kebaikan,
Kebaikan akan dilihat sbg kejahatan….
Ya…

| Posted in

Aku ; wah…hebat betul orang2 pak cik…
tak menulis benedictine order pada kertas….
kalau tak tulis pada kertas,
Vatican tulis dekat mana…
mustahil lah pak cik!..
perkara ini begitu rumit..
akal manusia pun tak mampu ingat semua ni…
Bishop ; tiada masalah bagi Paus malah Paderi sekalipun…
Benedictine order hanya berlegar-legar di ingatan mereka…
Kami sangat kenal wali-wali islam lebih dari anak murid wali itu sendiri mengenali gurunya..
Wali islam lebih mulia dari malaikat…
Mulia bukan setakat nama,
malah wali islam mampu melakukan sesuatu yg malaikat mampu lakukan….

| Posted in

UN
Lambang UN itu sendiri adalah Olive Wheat And Grain.
Adakah Bishop ini sengaja mereka cerita tentang UN ini?
Oh, tidak.
UN adalah antara pelan mereka untuk mewujudkan One World Government tidak lama lagi.
Masih ingat lagi slogan 1 Israel ?
Masih ingat lagi slogan 1 Singapore ?
Masih ingat lagi slogan 1 Malaysia ?

Bishop ; dulu dari kampung kamu, Malaysia
ada pemimpin kamu yg telah memerintah selama 20 tahun diundang menemui Paus John Paul ii,
dan pemimpin kamu telah ditanya tentang pencapaian Benedictine Order di sana
Paus John Paul ii sangat gembira dengan pemimpin kamu yg sukakan org2 jepun…

| Posted in

Aku; sedangkan Paus sendiri mengakui cakap macam tu dan dorang tak layan…
apatah lagi Al-Masih Mahdi !…
dunia betul2 mahu kiamat..
apa pakaian yg mereka pakai sampai dahsyat macam ni jadinya ???
Bishop ;….mereka adalah org2 yang memakai.. “tie”
itulah simbol “Benedictine Order”..
bukan itu saja..apa saja
“pekerjaan manusia yg didatangkan dengan pakaianya” adalah Benedictine Order !!

| Posted in

Dialog Temubual (Bahagian 2/3):

( jiran bru saja pulang selepas mendapat undangan dari gereja st.peter basilica, Vatican
kerana ada urusan penting dan mesyuarat dgn 2500 orang bishop di suatu tempat yg dia enggan bg tau aku kt ne..)

Aku ; apasal pak cik nampak sibuk je…
selalu outstation je,
buat apa…
orang Islam pegi Haji.Mekah…
pak cik pegi Vatican pulak,
Vatican ada buat haji jugak ke ?
(aku rasa macam nak ketawa…haha,saja je perli dia)
Bishop ; bagaimanakah kamu boleh ketawakan saya
padahal setahun dua ini adalah haji yg terakhir bagi umat islam…
kamu sudah berkahwin?

| Posted in

Aku ; tadi pak cik ada cerita yang Monsignor ada cakap tentang CANTUS…
apa ke benda nyer ‘CANTUS’ tu….bunyi macam gempak jer..
Bishop ; CANTUS adalah warisan ‘Knight Templar’….
suatu amanah yg kami berikan kepada mereka kerana ketaatan mereka kepada paderi,bishop,kardinal dan semua pemimpin2 roman katolik..
kami berikan 1 kuasa kepada mereka,
kuasa yg meliputi semua penjuru dunia…
mereka pergi kemana saja tanpa banyak tanya kepada Paus…
selepas penjajahan eropah ke atas dunia,
dengan izin kami…‘Knight Templar’ telah menyerahkan warisan ini kepada kamu…
bukan kpd org islam sahaja,
malah semua bangsa dan agama di dunia ini

| Posted in

Aku; Pak Cik ni dari tadi asyik cerita tentang kehebatan orang2 pak cik jer…

Takkan takda perkara2 yang merisaukan pak cik….
orang kristian banyak masuk islam kan…
takan pak cik tak risau..takan gereja buat tak tahu jer…

Bishop ; alangkan umat islam sendiri hilang islam yg sebenar,ini kn pulak yg baru masuk….
ya,raja kami (Paus) Pope Benedict prnh bg tau sy bhwa kami tidak akan menemukan Muhamad ke-2 (Al-Masih Mahdi),
sebelum dia berjaya menemukan kami kepada khalayak ramai

Aku; tapi.. orang islam percaya Al-Masih Mahdi akan dilantik dan kemudian melaksanakan misinya
Bishop ; bagaimana jika saya kata dia tidak tahu siapa dirinya,
dia mengetahui kebenaran dan melaksanakannya hanya kerana perasaan tanggungjawab,
perlantikanya sbg Al-Masih Mahdi itu menandakan usahanya telah berhasil dan bukannya baru bermula.

| Posted in

HURAIAN :


Bendera Vatican

Lihatlah manusia zaman sekarang.
Apa yang dikejar oleh mereka?
Kemewahan dan kesoronokan semata-mata !
Saya tertarik dengan kata-kata dari Bishop tersebut:

Lucifer telah berputus asa terhadap perkara-perkara yg besar,
maka Nabi Muhamad mengingatkan sahabat2nya akan perkara2 yg kecil (molekul)
dan kerosakan yg sekecil (molekul) telah berlaku kpd islam sedetik selepas Nabi Muhamad diambil tuhannya.
kerana tuhan kepada Nabi Muhamad menghitung pahala dan dosa sekecil zarah molekul ,
dan ikatan molekul-molekul2 ini boleh menjadi longgar dengan dihentam oleh daya sekecil zarah secara berterusan…
maka sekecil zarah lah kami membina perkara-perkara di dunia ini…

| Posted in

BENDERA VATICAN = KUNCI DUNIA UMAT ISLAM

di suatu sudut dinding rumah jiran ada sebuah bendera yang menarik perhatian aku..
kalau mengikut firasat aku berdasarkan status jiran..
sudah pastiya simbol salib atau patung jesus yang menghiasi bendera….
tapi bendera tu ada topi Paus dan 2 kunci bersilang…

Aku; pak cik…
kenapa kunci begitu penting dekat bendera tu…
apa ada dengan benda bodoh seperti kunci ni….
apasal tak letak salib jer macam biasakan?..
Bishop ; yang itu ye…….. Itu bendera vatican..itu kunci dunia
sebelum Nabi Muhamad diambil tuhannya,
di suatu pembaringan….
dia sdg diuji dgn suatu yg amat berat,

| Posted in

Jubah Graduasi
Pernahkah kita terfikir tentang semua ini?
Atau kita hanya mengikut sahaja yang dilakukan oleh orang lain tanpa sedikitpun menyedarinya.
Nabi Muhammad pernah bersabda:
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud :
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,
maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).




Bishop ; saya sangat gembira dengan cara org islam memahami AL-QURAN.
mereka membaca dengan suara yg merdu,
kemudian MENDAPAT PINGAT…
kami tidak memberi pingat kepada pembaca Injil (bible hari ini is totally salah).

| Posted in

Dialog Temubual (Bahagian 1/3):

Pernahkah anda mendengar tentang The Last Pope ?
Pernahkah anda mendengar tentang Pope Roman Peter II ?
Pernahkah anda mendengar tentang Cantus ?
Pernahkah anda mendengar tentang Benidictine Order ?
Di sini saya ingin berkongsi cerita & diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka mata kita tentang apa yang sebenarnya sedang terjadi,
pada masa sekarang & akan terjadi tak lama sahaja lagi…



" 2 minggu lepas semasa saya di New York, USA,
terjadi 1 peristiwa yang telah mem-brainwash-kan saya,
cerita nyer macam ni….."

| Posted in

Artikel ini ditujukan kepada anda,
Lebih-lebih lagi sekiranya anda beragama Christian (Khatolic atau Protestan),
Dan sebagai peringatan untuk Umat Islam seluruhnya…
Samaada anda kini sudah berusia atau sedang meningkat remaja,
yang pernah melintas di fikirannya,
Apakah yang sebenarnya telah berlaku di sekeliling kita…
Perlu meluangkan masa untuk membaca artikel berbahaya ini,
yang amat berkaitan kenapa Khalifah Uthmaniah jatuh,
kenapa sistem Dinar Emas yang hebat itu digantikan dengan sistem duit kertas,
dan paling penting,
kalau di zaman Nabi Muhammad pun dah ada manusia kantoi jumpa dengan Al-Masih Dajjal,
maka saksikanlah,
semua tanda-tanda sistem Dajjal di sekeliling kita adalah dari arahan siapa ya ???,
bacalah sampai habis kerana anda akan kenal dan hendak tahu kenapa sampai sekarang ini,
Dajjal tak lagi muncul-muncul sedangkan semua sistemnya sudah hampir sempurna,
Kepada pengguna FACEBOOK,
berhati-hati dengan gambar anda kerana anda diawasi oleh THE HIDDEN HAND.

BIOGRAFI IMAM GHAZALI III

| Posted in , ,

2)Uzlah

Selepas melawat makam Nabi Ibrahim a.s di Hebron ,beliau melaksanakan haji di Mekah dan  pergi pula ke Madinah.Ini diikuti dengan amalam ber'uzlah ke tempat-tempat yang mulia dan masjid-masjid serta mengembara di padang pasir.Selepas daripada 11 tahun berada dalam pengembaraan,beliau kembali ke kota kelahirannya Tus pada tahun 499 H /1055 M.Mengenai pelbagai pengalamannya selepas beliau meninggalkan kota Baghdad ,tiada apa yang diberitahunya kepada kita.Apa yang diberitahu hanyalah bagaimana terjadinya pelbagai perkara yang tidak boleh dihuraikan yang berlaku kepadanya dalam bentuk ilham sewaktu beliau berada di dalam 'uzlahnya.Segala pengalaman ini menjadi sebagai natijah kepadanya apabila beliau menerima autoriti Nabi s.a.w dan tunduk sepenuhnya kepada segala kebenaran yang diwahyukan dalam al Quran.
Antara tanda-tanda awal perubahannya ialah beliau memberi pembelaan terhadap akidah Ahlus Sunnah wal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...