Loading
Showing posts with label tokoh islam. Show all posts
Showing posts with label tokoh islam. Show all posts

Kisah Pengislaman Saidina Umar R.A

| Posted in , ,

Saidina Umar Al-Khattab r.a sangat dibanggakan oleh seluruh umat Islam dan sangat digeruni oleh orang-orang musyrikin. Pada awalnya beliau sangat kuat menentang Rasulullah S.A.W dan merupakan seorang musuh Islam yang sangat berani menyeksa orang-orang Islam sehinggalah beliau sendiri memeluk agama Islam.

Peristiwa pengIslaman Saidina Umar Al-Khattab  bermula apabila pada suatu hari orang-orang Quraisy bermesyuarat bagi melantik seseorang untuk menjalankan usaha untuk membunuh baginda Rasulullah S.A.W. Umar menawarkan diri untuk memikul tanggungjawab itu. Tawaran beliau mendapat sorakan daripada hadirin memandangkan beliau merupakan panglima perang Quraisy yang paling terkemuka dan handal. Umar lantas menggalas pedangnya di tengkuk lalu lalu terus pergi untuk menyelesaikan tanggungjawab tersebut.

Al-Qasim bin Muhammad (pakar Fiqah dan Hadis)

| Posted in

Profil al-Qasim

  • nama penuh beliau ialah al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar al-Siddiq al-Taimi al-Qurasy,al-Madanial-Faqih.
  • tokoh tabiin.
  • tergolong dalam golongan yang digelar al-Fuqaha' al-Sab'ah.
  • cucu kepada sahabat terbilang,Abu Bakar al-Shiddiq r.a.
  • anak yatim yang dipelihara oleh ibu saudaranya,'Aisyah r.ha.
  • digelar Abu Muhammad ,dan ada yang mengatakan beliau digelar Abu 'Abd al-Rahman.
  • pakar hadis yang meriwayatkan secara langsung daripada Aisyah r.ha dan sahabat-sahabat yang lain.
  • wafat dalam keadaan buta pada tahun 107 Hijrah.

Kisah Hamzah Asadullah

| Posted in , ,

Nama sebenarnya Hamzah bin Abdul Muthalib bin Hasyim, seorang paman Nabi dan saudara sepersusuannya. Dia memeluk Islam pada tahun kedua kenabian, Ia Ikut Hijrah bersama Rasulullah shallallahu alaihi wassalam dan ikut dalam perang Badar, dan meninggal pada saat perang Uhud, Rasulullah menjulukinya dengan “Asadullah” (Singa Allah) dan menamainya sebagai “Sayidus Syuhada”.


Kisah Saidina Hamzah R.A Asadullah (Singa Allah) memeluk Islam bertitik tolak daripada derita.
Derita umat Islam amnya, dan Nabi Muhammad S.A.W. khasnya.
Suatu hari, sedang Hamzah baru tiba dari sesi perburuannya, seorang hamba perempuan mendekatinya,
"Wahai Hamzah, tahukah kamu apa yang telah Abu Jahal lakukan terhadap anak saudaramu Muhammad?"
"Apa yang telah berlaku?"

Al-Khawarizmi-Bapa Algebra

| Posted in

Pengenalan
Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi.Beliau ialah seorang ulama' Islam yang terkenal pada abad yang ke-8 Masihi.Beliau dilahirkan di Khawarizm pada tahun 780 Masihi,tetapi tiada tarikh tepat bila beliau dilahirkan.Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi. Beliaulah yang menemukan Al Jabru wal Mukobala. (penjabaran dan penyelesaian). Dinamakan latin menjadi Aljabar. 

Ibn Sina ( Tokoh Perubatan Islam)

| Posted in

Pengenalan


Bapa Perubatan Moden
Ibn Sina
Nama sebenar beliau ialah Abu Ali al-Husin bin Abdullah bin Sina.Beliau lebih dikenali sebagai Ibn Sina.Di barat,beliau dikenali sebagai Avicenna.Seorang ahli falsafah dan ahli perubatan Islam yang terkenal di seluruh dunia sejak akhir abad ke 10 Masihi hingga ke hari ini.

Beliau anak kepada Abdullah bin Sina seorang pegawai kerajaan berketurunan Parsi.Dilahirkan di sebuah pekan kecil Asfahan,dalam daerah Bukhara,pada tahun 980 Masihi.Tidak beberapa lama selepas beliau dilahirkan ,bapanya dipindahkan ke kota Bukhara.Disanalah beliau dibesarkan dan dididik mengikut tradisi Islam.

Anas bin Malik al-Anshori

| Posted in ,

Anas bin Malik diajar mengucap dua kalimah syahadah oleh ibunya Ghumaisho' ketika masih usia kanak-kanak .Sanubarinya dipenuhkan ibunya dengan rasa cinta terhadap Nabi Muhammad s.a.w.

Anas dilamun cinta mendengar kisah Nabi s.a.w.Bukanlah pelik ,ada kalanya hati rindu ingin mendengar berita walaupun mata masih belum melihat lagi bertentang.
Anak ini amat bercita-cita untuk menjejaki Nabi s.a.w di Mekah,atau kalau boleh Rasul s.a.w yang agung datang ke Yatsrib agar dia gembira dapat melihatnya dan girang bertemunya.

Al-Imam al-Syahid Hassan al-Banna

| Posted in

Al-Imam al-Syahid Hassan al-Banna

Al-Imam al-Syahid al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiya yang terletak di daerah al-Bahriyyah ,Iskandariah ,Mesir. Beliau berasal daripada sebuah keluarga ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam.Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup yang serba sederhana.
Hassan al-Banna merupakan anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya Syeikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna ialah seorang ulama' ,imam ,guru dan pengarang beberapa kitab hadis dan fiqah

IMAM AL GHAZALI

| Posted in , ,

1.Biografi Imam al-Ghazali I
Pada Biografi Imam al-Ghazali I diceritakan serba sedikit tentang latar belakang beliau,keistimewaannya seperti memiliki daya ingatan yang kuat.Selain itu,di entri ini juga memaparkan tentang serba sedikit perjalanan Imam Al-Ghazali mencari ilmu di merata tempat .

2.Biografi Imam al-Ghazali II
Pada entri kali ini pula mengisahkan tentang kerjaya ilmiahnya dengan menjadi profesor di Nizamiyyah serta kemasyhuran beliau sehingga beliau digelar sebagai Hujjatul Islam.

3.Biografi Imam al-Ghazali III
Entri kali ini pula mengisahkan perjalan hidup beliau dengan mengisinya dengan amalan 'uzlah iaitu penyucian jiwa yang dilakukan oleh para sufi serta mengarang beberapa kitab besar seperti Ihya' 'Ulumuddin dan beberapa kitab besar lain yang mengikut bidang seperti bidang teologi iaitu Al-Munqidh min adh-Dhalal,bidang tasawuf iaitu 'Ihya' 'Ulumuddin, bidang fisalat iaitu Maqasid al-Falasifah,bidang fiqh iaitu kitab al-Mushtasfa min 'Ilm al-Ushul dan bidang logikal iaitu kitab al-Qistas al-Mustaqim.Di sini juga terdapatnya peristiwa kewafatan beliau .

BIOGRAFI IMAM GHAZALI III

| Posted in , ,

2)Uzlah

Selepas melawat makam Nabi Ibrahim a.s di Hebron ,beliau melaksanakan haji di Mekah dan  pergi pula ke Madinah.Ini diikuti dengan amalam ber'uzlah ke tempat-tempat yang mulia dan masjid-masjid serta mengembara di padang pasir.Selepas daripada 11 tahun berada dalam pengembaraan,beliau kembali ke kota kelahirannya Tus pada tahun 499 H /1055 M.Mengenai pelbagai pengalamannya selepas beliau meninggalkan kota Baghdad ,tiada apa yang diberitahunya kepada kita.Apa yang diberitahu hanyalah bagaimana terjadinya pelbagai perkara yang tidak boleh dihuraikan yang berlaku kepadanya dalam bentuk ilham sewaktu beliau berada di dalam 'uzlahnya.Segala pengalaman ini menjadi sebagai natijah kepadanya apabila beliau menerima autoriti Nabi s.a.w dan tunduk sepenuhnya kepada segala kebenaran yang diwahyukan dalam al Quran.
Antara tanda-tanda awal perubahannya ialah beliau memberi pembelaan terhadap akidah Ahlus Sunnah wal

BIOGRAFI IMAM GHAZALI II

| Posted in , ,

Entri kali ini bersambung dari entri yang lepas.Kali ni saya akan menyambung riwayat hidup Imam al Ghazali iaitunsemasa kerjaya ilmiah beliau.

Kerjaya Ilmiah
Ilmu pengetahuan Imam al Ghazali mengenai fiqh ,usuluddin dan falsafah smst dikagumi oleh Nizam Al-Mulk sehingga beliau dilantik sebagai professor Usuluddin di Nizamiyyah (diasaskan pada tahun 458-460 H/1065-1067 M) dan di Baghdad pada tahun 484H/1091M).
Pada waktu itu ,beliau berumur 34 tahun.Beliau merupakan kemuliaan tertinggi di alam Islam dan beliau telah diangkat memegang jawatan tersebut sewaktu umurnya masih muda iaitu tiada seorang pun yang memegang jawatan tersebut ketika usia sepertinya.

Biografi Imam Ghazali 1

| Posted in , ,

KELAHIRAN DAN PENDIDIKAN

ABU HAMID MUHAMMAD BIN MUHAMMAD BIN MUHAMMAD BIN TA'US AHMAD AT-TUSI AS-SYAFIE
yang terkenal secara umumnya dengan nama Al-Ghazali , dilahirkan pada 450 Hijrah/1058 Masihi di Tabaran , satu daripada dua buah kota kecil di Tus , iaitu sekarang berada dalam kawasan Meshed di Khurasan.

Beliau bukannya ulama pertama yang tersohor dalam keluarganya , kerana datuk saudaranya bernama Abu Hamid al-Ghazali (wafat pada 435H/1043 M) merupaka seorang ahli ilmu kalam dan ahli fiqh yang terkenal . Mungkin beliau menjadi contoh ikutan bagi cucu saudaranya yang berhemah tinggi itu.

Semenjak awal lagi beliau telah terdedah kepada pengaruh segala amalan dan ilmu tasawuf . Ayahandanya seorang yang beramal dengan amalan tasawuf yang amat warak.

SALAM ALLAH BUAT SAIDITINA KHADIJAH

| Posted in ,

Kisah ini bermula ketika di saat -saat akhir taktala sudah sampai masa Saiditina Khadijah ,isteri pertama Rasulullah s.s.w menghadap Allah,tiada lain yang diungkapkan oleh Saiditina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai rasul utusan Allah ,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku ,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham ,maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini."

Ternyata ,kata-kata terakhir Saiditina Khadijah ini menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit betemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saiditina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...