Loading

Biografi Imam Ghazali 1

| Posted in , ,

KELAHIRAN DAN PENDIDIKAN

ABU HAMID MUHAMMAD BIN MUHAMMAD BIN MUHAMMAD BIN TA'US AHMAD AT-TUSI AS-SYAFIE
yang terkenal secara umumnya dengan nama Al-Ghazali , dilahirkan pada 450 Hijrah/1058 Masihi di Tabaran , satu daripada dua buah kota kecil di Tus , iaitu sekarang berada dalam kawasan Meshed di Khurasan.

Beliau bukannya ulama pertama yang tersohor dalam keluarganya , kerana datuk saudaranya bernama Abu Hamid al-Ghazali (wafat pada 435H/1043 M) merupaka seorang ahli ilmu kalam dan ahli fiqh yang terkenal . Mungkin beliau menjadi contoh ikutan bagi cucu saudaranya yang berhemah tinggi itu.

Semenjak awal lagi beliau telah terdedah kepada pengaruh segala amalan dan ilmu tasawuf . Ayahandanya seorang yang beramal dengan amalan tasawuf yang amat warak.
Menurut laporan al -Subki , sehingga dikatakan beliau hanya makan dari hasil usaha tangannya sendiri dan beliau sentiasa bersama dengan mereka yang alim . Imam al-Ghazali , anak yatim dididik oleh sufi yang menjadi sahabat ayahandanya bersama dengan saudaranya Ahmad .

Semenjak usia kanak -kanak lagi , Imam al-Ghazali telah mempelajari ilmu kalam dan fiqh di kota kecil kelahirannya dengan Syeikh Ahmad Ibn Muhammad ar-Radhkhani at-Tusi , kemudian melanjutkan pengajiannya di Jurjan di bawah didikan Imam Abu Nasr al-Isma'ili.

DAYA INGATAN

Imam al-Ghazali mempunyai daya ingatan yang sangat kuat dan bijak berhujah . Beliau digelar Hujjatul Islam kerana kemampuan tersebut .Beliau amat dihormati di dunia Islam iaitu Saljuk dan Abbasiyah yang merupaka pusat kebesaran Islam . Beliau berjaya menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan . 

Imam al-Ghazali amat mencintai ilmu pengetahuan . Beliau sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir dan mengembara serta meninggalkan kesenangan hidup demi mencari ilmu pengetahuan.Sebelum beliau memulakan pengembaraan , beliau telah mempelajari karya ahli sufi yang terkenal seperti al-Junaid Sabili dan Bayazid Busthami.

Imam al-Ghazali telah mengembara selama 10 tahun . Beliau telah mengunjungi tempat-tempat suci yang bertaburan di daerah Islam yang luas seperti Mekah,Madinah,Jurusalem dan Mesir.Beliau terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah mengharumkan nama ulam di Eropah melalui hasi karyanya yang amat bermutu tinggi.

Sejak zaman kanak-kanak lagi beliau telah dididik dengan akhlak yang mulia . Perkara tersebut menyebabkan beliau benci kepada sifat riak, megah, sombong, takabur dan sifat-sifat yang lain.Beliau amat kuat beribadat, warak, zuhud dan tidak gemar kemegahan , kemewahan , kepalsuan dan kepura-puraan. Sebaliknya mencari sesuatu untuk mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.Beliau mempunyai keahlian dalam pelbagai bidang terutamanya fiqah, usuluddiun dan siasah syariah.
Disebabkan itu , beliau dikenali sebagai ahli fiqh.

PENCARIAN MENCARI ILMU

Ibn 'Asakir menyebut , bahawa Imam al-Ghazali mengambil ilmu tentang hadis al-Bukhari daripada Abu Sahl Muhammad Ibn Ahmad al-Hafisi  dan antara para syeikh yang lain dalam ilmu hadis ialah Nasr Ibn 'Ali Ibn Ahmad al-Khawari dan Muhammad Ibn Yahya Ibn Muhammad Ibn Suja'i az-Zawzani dan seterusnya.

Sewaktu dalam perjalanan pualng dari Jurjan , ada kisah menarik tentang Imam ini yang berkisar bagaiman beliau dirompak.Apabila para perompak itu meninggalkannya , beliau mengikut mereka tetapi beliau diberi amaran agar tidak mengikut mereka jika tidak mahi mati. Lalu beliau meminta dengan nama Allah supaya dikembalikan  kertas-kertas yang mengandungi segala catatan pembelajarannya kerana kertas tersebut tiada gunanya kepada para perompak tersebut.

Bila ditanya tentang kertas apa yang ada dalam begnya, beliau menjawab bahawa ianya mengandungi segala catatan ilmu yang didengarnya yang menyebabkannya jauh mengembara.Perompak itu ketawa dan bertanya: Bagaimana kamu dapat memperoleh ilmu mereka bila kami ambil kertas itu hingga menyebabkan kamu tidak berilmu lagi?Perkara aneh telah berlaku kerana segala catatannya telah diserahkan kembali.

Apabila beliau kembali ke Tus , beliau mengambil masa tiga tahun untuk menghafal semua catatan yang dipelajarinya.Setelah beliau kembali dari Jurjan dan berada di Tus untuk beberapa waktu , beliau sempat mempelajari tasawuf di bawah ajaran Syeikh Yusuf an-Nassaj dan mungkin juga melakukan pelbagai latihan sufi.

Sewaktu berumur lebih kurang 20 tahun, beliau pergi melanjutkan pelajarannya ke Maktab Nizamiyyah di Nishapur untuk berguru dengan Imam al-Haramain iaitu Abu al-ma'ali al-Juwaini yang merupakan guru generasi yang keempat dari Imam al-Asy'ari sendiri dalam akidah ajaran Imam itu.Dalam akademi tersebut , beliau mempelajari pelbagai ilmu seperti usuluddin, fiqh, falsafah, logik dan ilmu-ilmu sains tabi'i ,tasawuf dan lain-lain lagi.

Imam al-Haramain memberi kepada para pelajarnya kebebasan berfikir dan kebebasan mengeluarkan pendapat mereka serta mereka digalakkan mengambil  bahagian dalam perdebatan dan perbincangan tentang pelbagai jenis persoalan yang dihadapi.Di dalam semua perdebatan dengan rakan-rakannya , Imam al-Ghazali menunjukkan kemampuan berfikir yang luas dan tajam serta beliau mempunyai kebolehan yang tinggi dalam kepetahan berhujah , yang terbukti di dalam tulisannya seperti Tahafut al-Falasilah.

Tidak lama kemudian, beliau berkesempatan memberi kuliah kepada rakan-rakannya dan membuat penulisan.Beliau merupakan seorang yang berfikir secara kritikal dan bebas merdeka.Sewaktu beliau menjadi pelajar di Nizamiyyah , Nishapur beliau merasa tidak berpuas hati dengan pegangan yang dimilikinya dan membebaskan dirinya daripada cara bertaklid semata dalam pegangan agama.

Sewaktu di Nishapur, beliau menjadi murid kepada ulam sufi Abu 'Ali al-Fadl Ibn Muhammad Ibn 'Ali al-Farmadhi.Daripada guru sufi itulah beliau banyak mempelajari ilmu berkenaan dengan pengetahuan dan amalan kesufian.Al-Farmadhi sendiri ialah murid kepada bapa saudara beliau sendiri dan juga murid al-Qushairi(wafat 465H/1074M),seorang sufi yangb terkenal.

Beliau juga mengamalkan segala amalan zahid yang ketat di bawah bimbingannya sendiri sebagaimana yang disebut oleh beliau sendiri bahawa keadaannya tidak sampai ke tahap boleh mendapat inspirasi murni dari alam tinggi.Pada waktu itu juga beliau merasa tidak berpuas hati dengan pemikiran secara falsafah yang dihadapinya termasuk apa yang diterima secara autoriti(sah) dalam hubungan usuluddin.

Tekanan dalam tasawuf tentang yang rapat dan mesra dengan Tuhan menjadikan Imam utama itu menjadi semakin tidak berpuas hati dengan huraian falsafah dalam usuluddin.

Al-Farmadhi meninggal dunia pada tahun 477 H /1074 M dan Imam al-Haramain meninggal pada tahun 478H/1085M.Pada waktu itu, Imam al-Ghazali berumur 28 tahun dan masih bertenaga dan namanya termasyhur di alam Islam.

Beliau memasuki istana Nizam al-Mulk , wazir Malik-shah (yang memerintah ketika itu bersamaan 465-485H/1072-1092M) dan berada dalam kalangan para ahli ilmu kalam dan fuqaha di istana tersebut.Nizam al-Mulk ialah seorang wazir yang memberi galakan kepada perkembangan ilmu , sains, sastera, dan menghimpunkan di sekelilingnya para ulama dan ilmuwan yang terkenal dan mempunyai ilmu yang mendalam.Beliau selalu mengadakan pelbagai majlis perbincangan ilmiah dan di situ juga nama al-Ghazali menjadi terkenal kerana kebolehan perdebatannya yang amat baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...