Loading
Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Menyedari Kelemahan Syaitan

| Posted in , ,

Sesiapa pun ingin menampakkan kekuatan dan menyembunyikan kelemahannya di hadapan lawan,begitu juga dengan syaitan yang membisikkan ke dalam hati manusia tentang kemampuan serta kekutannya,tetapi tidak semua yang dibisikkan itu benar.


Mereka yang terpedaya dengan bisikan syaitan akan memohon perlindungan jin sebagaimana yang dibadikan dalam oleh Allah s.w.t dalam al-Quran yang bermaksud " Ada beberapa orang lelaki dalam kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang lelaki dalam kalangan jin ,maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesukaran." (surah al-Jinn 72:6)

Solat Sunat Qabliyyah Maghrib

| Posted in , , ,

Soalan:Adakah sunat mengerjakan solat sunat qabliyyah (sebelum) Maghrib?Apakah dalil berkaitan mereka yang mengerjakan solat tersebut ?Timbul kekeliruan kerana ada hadis yang mengatakan para sahabat tidak melaksanakannya ketika zaman Rasulullah s.a.w.


Jawapan:Solat sunat Rawatib ialah solat sunat yang dikerjakan sebelum dan sesudah solat fardhu lima waktu.Solat sunat Rawatib sebelum solat fardhu  dikenali sebagai solat qabliyyah dan solat sunat Rawatib yang dikerjakan selepas solat fardhu dikenali sebagai solat ba'diyyah.

Menguruskan Tekanan Emosi

| Posted in ,

Setiap insan yang bernyawa pasti mengalami tekanan dalam mengharungi kehidupan di muka bumi ini.Tekanan merupakan cabaran yang peru didepani semua orang ,sama ada orang dewasa , remaja , kanak-kanak ,mahupun bayi.Hanya yang membezakan tekanan yang dialami bagi setiap peringkat umur ialah tahap tekanan atau punca beralakunya tekanan.
Dalam era globalisasi yang serba pantas dan moden,pembangunan serta pesetan teknologi,mengundang pelbagai perubahan serta kesan sampingan kepada masyarakat .Hasil daripada perkembangan kemajuan,berlaku banyak perubahan dari segi gaya dan matlamat hidup.Sikap saling berlumba menimbulkan pelbagai kesan psikologi kepada setiap peringat golongan masyarakat.

IMAM AL GHAZALI

| Posted in , ,

1.Biografi Imam al-Ghazali I
Pada Biografi Imam al-Ghazali I diceritakan serba sedikit tentang latar belakang beliau,keistimewaannya seperti memiliki daya ingatan yang kuat.Selain itu,di entri ini juga memaparkan tentang serba sedikit perjalanan Imam Al-Ghazali mencari ilmu di merata tempat .

2.Biografi Imam al-Ghazali II
Pada entri kali ini pula mengisahkan tentang kerjaya ilmiahnya dengan menjadi profesor di Nizamiyyah serta kemasyhuran beliau sehingga beliau digelar sebagai Hujjatul Islam.

3.Biografi Imam al-Ghazali III
Entri kali ini pula mengisahkan perjalan hidup beliau dengan mengisinya dengan amalan 'uzlah iaitu penyucian jiwa yang dilakukan oleh para sufi serta mengarang beberapa kitab besar seperti Ihya' 'Ulumuddin dan beberapa kitab besar lain yang mengikut bidang seperti bidang teologi iaitu Al-Munqidh min adh-Dhalal,bidang tasawuf iaitu 'Ihya' 'Ulumuddin, bidang fisalat iaitu Maqasid al-Falasifah,bidang fiqh iaitu kitab al-Mushtasfa min 'Ilm al-Ushul dan bidang logikal iaitu kitab al-Qistas al-Mustaqim.Di sini juga terdapatnya peristiwa kewafatan beliau .

BIOGRAFI IMAM GHAZALI III

| Posted in , ,

2)Uzlah

Selepas melawat makam Nabi Ibrahim a.s di Hebron ,beliau melaksanakan haji di Mekah dan  pergi pula ke Madinah.Ini diikuti dengan amalam ber'uzlah ke tempat-tempat yang mulia dan masjid-masjid serta mengembara di padang pasir.Selepas daripada 11 tahun berada dalam pengembaraan,beliau kembali ke kota kelahirannya Tus pada tahun 499 H /1055 M.Mengenai pelbagai pengalamannya selepas beliau meninggalkan kota Baghdad ,tiada apa yang diberitahunya kepada kita.Apa yang diberitahu hanyalah bagaimana terjadinya pelbagai perkara yang tidak boleh dihuraikan yang berlaku kepadanya dalam bentuk ilham sewaktu beliau berada di dalam 'uzlahnya.Segala pengalaman ini menjadi sebagai natijah kepadanya apabila beliau menerima autoriti Nabi s.a.w dan tunduk sepenuhnya kepada segala kebenaran yang diwahyukan dalam al Quran.
Antara tanda-tanda awal perubahannya ialah beliau memberi pembelaan terhadap akidah Ahlus Sunnah wal

BIOGRAFI IMAM GHAZALI II

| Posted in , ,

Entri kali ini bersambung dari entri yang lepas.Kali ni saya akan menyambung riwayat hidup Imam al Ghazali iaitunsemasa kerjaya ilmiah beliau.

Kerjaya Ilmiah
Ilmu pengetahuan Imam al Ghazali mengenai fiqh ,usuluddin dan falsafah smst dikagumi oleh Nizam Al-Mulk sehingga beliau dilantik sebagai professor Usuluddin di Nizamiyyah (diasaskan pada tahun 458-460 H/1065-1067 M) dan di Baghdad pada tahun 484H/1091M).
Pada waktu itu ,beliau berumur 34 tahun.Beliau merupakan kemuliaan tertinggi di alam Islam dan beliau telah diangkat memegang jawatan tersebut sewaktu umurnya masih muda iaitu tiada seorang pun yang memegang jawatan tersebut ketika usia sepertinya.

Biografi Imam Ghazali 1

| Posted in , ,

KELAHIRAN DAN PENDIDIKAN

ABU HAMID MUHAMMAD BIN MUHAMMAD BIN MUHAMMAD BIN TA'US AHMAD AT-TUSI AS-SYAFIE
yang terkenal secara umumnya dengan nama Al-Ghazali , dilahirkan pada 450 Hijrah/1058 Masihi di Tabaran , satu daripada dua buah kota kecil di Tus , iaitu sekarang berada dalam kawasan Meshed di Khurasan.

Beliau bukannya ulama pertama yang tersohor dalam keluarganya , kerana datuk saudaranya bernama Abu Hamid al-Ghazali (wafat pada 435H/1043 M) merupaka seorang ahli ilmu kalam dan ahli fiqh yang terkenal . Mungkin beliau menjadi contoh ikutan bagi cucu saudaranya yang berhemah tinggi itu.

Semenjak awal lagi beliau telah terdedah kepada pengaruh segala amalan dan ilmu tasawuf . Ayahandanya seorang yang beramal dengan amalan tasawuf yang amat warak.

Kisah:Duri Ikan Rampasan

| Posted in ,

Sehari mengail belum tentu ikan menyahut . Itulah jerih payah seorang nelayan kecil untuk menghadapi keluarganya . Ketika seekor ikan menggelepar terkait mata kail , tiba-tiba datang pula orang yang merampasnya . Orang yang memancing itu sudah cuba berikhtiar mencari jalan untuk menyelamatkan ikannya tetapi tidak mendatangkan hasil . Dengan cara merayu dan berdamai , namun penyamun itu tidak mahu , sedangkan dengan cara kekerasan nampaknya tidak mungkin. Akhirnya dia berserah kepada Allah dan berdoa:

"Ya Allah , mengapa Engkau ciptakan aku sebagai orang yang lemah dan Engaku ciptakan orang yang lebih kuat dan gagah sehingga dia sesuka hatinya merampas milikku ? Maka ciptakanlah ya Allah makhluk yang lebih kuat dari dia . Kalahkan dia agar menjadi iktibar bagi umat semua. "

These Priests Chose Islam I

| Posted in , , ,

Father Kenneth L.Jenkins
Father Kenneth L.Jenkins was a minister and elder of the Pentecostal Church in Indianapolis,Indiana,in 1990.He said ,"Not a single one could explain  how Jesus was supposedly God,and how,at the same time,he was supposedly the Father,Son and Holy Ghost wrapped up into one and yet was not a part of the trinity.Several preachers finally had to concede  that they did not understand it but that we were simply required to believe it.All of this coupled with a failure to receive answers to what I thought were valid questions was enough to make me seek a change."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...