Loading

Solat Sunat Qabliyyah Maghrib

| Posted in , , ,

Soalan:Adakah sunat mengerjakan solat sunat qabliyyah (sebelum) Maghrib?Apakah dalil berkaitan mereka yang mengerjakan solat tersebut ?Timbul kekeliruan kerana ada hadis yang mengatakan para sahabat tidak melaksanakannya ketika zaman Rasulullah s.a.w.


Jawapan:Solat sunat Rawatib ialah solat sunat yang dikerjakan sebelum dan sesudah solat fardhu lima waktu.Solat sunat Rawatib sebelum solat fardhu  dikenali sebagai solat qabliyyah dan solat sunat Rawatib yang dikerjakan selepas solat fardhu dikenali sebagai solat ba'diyyah.

Antara hikmah solat qabliyyah ialah untuk menenagkan hati seseorang setelah menjalankan aktiviti kehidupan seharian yang terlalu sibuk dan dapat memulihkan tumpuan dan tawajuh hati ketika menunaikan soat fardhu.

Ya,sesungguhnya solat qabliyyah Maghrib ialah daripada sunnah Rasulullah s.a.w dan dikerjakan antara azan dan iqamah.Melaksanakannya membuahkan pahala dan tergolong dalam kategori solat sunat ghair mu'akkad (tidak diberatkan).

Dalil-dalilinya ialah :
  • Daripada Abdullah a-Muzani ,beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Solatlah kamu dua rakaat sebelum Maghrib."Kemudian Baginda s.a.w bersabda:"Solatlah kamu dua rakaat sebelum Maghrib."Kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi kali yang ketiga: "Bagi sesiapa yang mahu mengerjakannya."Hal ini kerana Baginda s.a.w tidak mahu orang menjadikannya sebagai sesuatu yang wajib dilakukan."(Riwayat al-Bukhari,Abu Daud dan Ahmad)
  • Daripada al-Mukhtar bin Fulful ,beliau berkata :"Pada zaman Nabi s.a.w ,kami melakukan solat dua rakaat sesudah terbenam matahari ,sebelum solat Maghrib.Baginda s.a.w tidak menyuruh dan tidak juga melarang ."(Riwayat Muslim)  
Hadis ini menunjukkan takrir Nabi s.a.w ketika melihat para sahabatnya mengerjakan solat tersebut tanpa melarang bahkan membiarkan amalan tersebut.
  • Daripada Anas r.a. ,beliau berkata ,"Apabia muadzin mengumandangkan azan ,beberapa orang sahabat Nabi s.a.w berdiri dan bergegas menuju tiang-tiang masjid sehingga Nabi s.a.w keluar ,sedangkan mereka masih dalam keadaan seperti itu yakni mereka solat sebelum Maghrib dan tidaklah berlaku sesuatu yang banyak antara azan dan iqamat itu ."(Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)
Hadis inilah yang dijadikan dalil oleh Syeikh Ibrahim al-Bajuri dalam kitabnya Hashiyah al-Bajuri mengenai sunat mendirikan solat sunat Maghrib.
Demekianlah beberapa hadis yang menjelaskan tentang solat dua rakaat qabliyyah Maghrib dan ternyata lebih jelas dalam hadis di atas bahawaa solat tersebut pernah dilaksanakan pada zaman Rasulullah s.a.w

Imam al-Nawawi berkata dalam kitabnya al-Majmu' Syarh al-Muhazzab (jil.4 ,hlm,8):Dalam solat sunat dua rakaat sebelum Maghrib terdapat dua pandangan masyhur dalam kalangan kalangan para ulama Khurasan .Namun pendapat yang sahih antara kedua-duanya ialah sunat mendirikan solat dua rakaay sebelum Maghrib itu."

Tertulis dalam kitab Nihayah al-Zain (hlm.99)karangan Syeikh al-Nawawi al-Batani :Disunatkan melakukan solat dua rakaat yang ringan sebelum Maghrib berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :"Solatlah kamu sebelum Maghrib "Dan juga berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang lain :"Antara azan dan iqamah itu terdapat solat."
Terdapat satu riwayat daripada Ibn Umar yang disandarkan oleh mereka yang mengatakan bukan sunnah solat  Maghrib iaitu daripada Thawus r.a. katanya ;"Ibn Umar pernah ditanya tentang solat dua rakaat sebelum Maghrib .Beliau menjawab :"Tiada seorang pun pada zaman Nabi s.a.w melakukannya."(Riwayat Abu Daud ,jil 2 ,hlm 26)

Imam al-Baihaqi dan para ulama hadis yang lain telah memberi jawapan atas pernyataan Ibn Umar tersebut:"Bahawasanya beliau telah menafikan sesuatu yang tidak beliau ketahui sedangkan yang demekian itu telah ditetapkan oleh para sahabat lain yang mengetahuinya ."

Begitulah petikan tulisan Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu' tentang jawapan Imam al-Baihaqi dan para ulama hadis .Jadi ,wajiblah mendahulukan riwayat daripada mereka yang menetapkan sunnahnya solat dua rakaat sebelum Maghrib disebabkan mereka lebih banyak mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh Ibn Umar .Kaedah usul fiqah yang sudah disepakati mengatakan :"Mereka yang menetapkan (suatu hukum) didahuukan daripada yang menafikannya."

Tunaikanlah sebanyak mungkin solat sunat kerana ia ialah wasilah untuk mendekatkan diri kepada Rabb ,Pencipta kita .Juga sebegai penampung solat fardhu yang kurang sempurna di akhirat kelak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...