Bataskan Diri dalam Gurau Senda
| Posted in akhlak terpuji , ibadah
Bergurau senda mampu merapatkan hubungan silaturrahim dan dapat menghiburkan
jiwa .tetapi jika tidak menjaga batasannya ,gurauan boleh mambawa bencana.
Kita senang bersama-sama dengan orang yang suka berjenaka dan bergurau senda.Jiwa yang tertekan boleh terhibur dengan gurauan bersahaja.Gurauan melalui perbuatan,perkataan dan sebagainya dapat menggembirakan dan menggelikan hati orang lain .Perbuatan membuat orang lain berasa senang hati itu termasuk dalam amal kebajikan .
Baginda Rasulullah s.a.w turut berjenaka dan bergurau dengan ahli keluarga dan para sahabat.Bergurau senda dapat membuahkan kedamaian ,kegembiraan, belaian jiwa,keharmonian dan penuh kemesraan jika dibuat dengan cara yang betul.
ketawa pun ada batasannya |
Suasana dan perhubungan akan lebih mesra dengan adanya gurau senda.Suasan yang tegang boleh menjadi kendur,hubungan yang serius boleh menjadi mesra,fikiran yang kusut dapat diuraikan,masaalah yang dipendam dapat diluahkan dan hubungan yang renggang dapat dirapatkan .Pendek kata gurauan boleh menimbulkan kebaikan secara tidak formal dan bersahaja.
Had Batasan Bergurau Senda
Harus diingat ,gurau senda itu ada batas-batasnya sepertimana yang telah digariskan oleh Islam,antaranya:
- Tempat dan Waktu yang Sesuai
- Elakkan Menggunakan Perkataan yang Buruk
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Celakalah orang yang berkata kemudian berbohong supaya orang lain ketawa,maka celakalah baginya,maka celakalah baginya."(riwayat Abu Daud)
- Elakkan Memperolok-olok Agama
- Utamakan Menjaga Perasaan
- Sesuai dengan Orangnya
Tidak boleh juga bergurau senda tanpa batasan dengan orang yang diharamkan bergaul bebas,seperti dengan perempuan ataupun lelaki yang bukan mahram.
- Tidak Ketawa yang Berlebihan
Diceritakan bahawa Nabi s.a.w duduk dalam majlis bersama para sahabatnya.Mereka menceritakan sesuatu yang lucu dan Rasulullah s.a.w hanya tersenyum sahaja.Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:
"Dan jangamlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati."(riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)Bergurau senda membawa bahagia tetapi tidak kurang juga membawa bencana.Oleh sebab itu,berwaspadalah kita dalam bergurau senda supaya tidak berlebihan dan melampaui batas.Bersederhana dalam setiap hal itu ialah lebih baik.Orang yang berjaya ialah orang yang mampu mengawal diri mereka dan bukannya orang yang mampu mengawal orang lain.
dh bc...:)
Balas