Perangi Sihir
| Posted in aqidah , isu semasa
Definisi Sihir
Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.
Definisi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.
Jenis-jenis sihir adalah :--Sihir Rumahtangga/Perceraian-Sihir Pengasih/Guna-guna-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata-Sihir Gila-Sihir Santau-Sihir Kelesuan Badan-Sihir Penyakit Anggota Badan-Sihir Penghalang Pernikahan.
dalil al-quran mengenai sihir pemisah |
- Patung
-Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.
- Santau
-Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir
- Telur Layang
-Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.
- Tangkal dan Azimat
-Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.
- Sihir Pembenci Dan Kasih Sayang
Tanda-tanda Terkena Sihir
- Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
- Badan terasa berat dan malas.
- Sukar mendapat jodoh.
- Badan terasa bisa-bisa.
- Sakit ketika ziarah orang meninggal.
- Sukar tidur malam.
- Sakit pinggang tanpa sebab.
- Sakit dada bila waktu asar keatas.
- Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
- Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
- Bermimpi di tempat tinggi.
- Bermimpi di tempat yang kotor.
- Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
- Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
- Bayi kerap menangis.
- Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
- Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
- Malas beribadat.
- Nyanyuk ketika usia lanjut.
- Panas baran.
- Sikap berubah secara mendadak.
- Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
- Suka melakukan tabiat buruk.
- Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
- Kerap keguguran.
- Gagal melakukan hubungan kelamin.
- Mengantuk bila dengar al-quran.
- Bermimpi seram yang menakutkan.
- Darah haid turun lebih 15 hari.
- Batuk yang berpanjangan.
- Selalu ditindih ketika tidur.
- Kuat berangan.
- Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
- Nafsu seksual yang melampau.
- Selalu melihat kelibat dirumah.
- Terasa diri selalu diperhatikan.
- Mandul.
- Kerap mendengar sesuatu bisikan.
- Melihat jin secara terus.
- Sakit mental atau gila.
Cara Mengatasi Sihir
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Doa menghindari sihir dan ilmu hitam |
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
Selain itu,terdapat juga ayat-ayat yang boleh menyembuhkan sihir yang dinamakan ayat-ayat Ruqyah.
Cara Memagar Diri daripada Terkena Sihir
Pagar Pertama (1)
Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan
Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar
tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat
sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
[Riwayat al Bukhari]
Pagar Kedua (2)
Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu.
Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. ?Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'"
[Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]
Pagar Ketiga (3)
Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim
bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat
berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka. ?Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya
merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak
mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya
akan didampingi ?oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.
Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari
puaknya.'
[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]
Pagar Keempat (4)
Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah
mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam
boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.
Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya
adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil
perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda: Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Pagar Kelima (5)
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia
akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai
seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah
buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki
tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah
dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa
perlindungan dengan berkata :
Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMuMaksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau
dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]
betina.
Pagar Keenam (6)
Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab
berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan
kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau
selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan
yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke
atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang
yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir
dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya"
[Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]
Pagar Ketujuh (7)
Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah
sehingga terlelap
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:
"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa
di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu
mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut
sambil berkata:
"Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal dia sendiri sememangnya penipu"
[Riwayat al Bukhari.]
Wallahu a'lam..Insha Allah sembuh dengan izin-Nya.
sudah enam ahun saya broba karna rkna sihir maka dngan pnjlasan ini saya puas alhamdulilah
BalasAssalamualaikum... minta izin share info yg bermenafaat ini
Balas