Loading

Ayat-Ayat Ruqyah

| Posted in , , ,

ruqyah
ruqyah


Definisi Ruqyah
Ruqyah secara amnya ialah jampi-jampi atau mentera .Ruqyah secara syari'e (Ruqyah Syari'ah) ialah jampi -jampi atau mentera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya.Dengan hanya menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa  yang bersumber dari hadis-hadis Rasullullah s.a.w  yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.
Jenis-Jenis Ruqyah
Ruqyah terbahagi kepada dua :-
Pertama: Ruqyah yang diperbolehkan oleh syariat Islam iaitu disebut Ruqyah Syari'ah.

Kedua: Ruqyah yang tidak dibenarkan oleh syariat Islam,iaitu Ruqyah dengan menggunakan bahasa-bahasa yang tidak difahami maksudnya atau Ruqyah yang mengandungi unsur-unsur kesyirikan.

Rasulullah s.a.w bersabda : "Perlihatkan kepadaku ruqyah kalian, dan tidak apa-apa melakukan ruqyah selama tidak ada unsur syirik." (Hadis Riwayat Muslim)

Syarat-syarat Ruqyah Syari'ah
Para ulama sepakat membolehkan Ruqyah dengan tiga syarat:

  1. Dengan menggunakan firman Allah s.w.t (ayat-ayat al-Quran ) atau nama-nama dan sifat-sifatNya.
  2. Mempergunakan Bahasa Arab atau bahasa yang dapat difahami maksudnya.
  3. Berkeyakinan bahawa zat Ruqyah tidak berpengaruh apa-apa melainkan izin Allah s.w.t
Ketentuan Ruqyah 
Taktala melakukan Ruqyah hendaknya diperhatikan ketentuan berikut:
  1. Ruqyah tidak mengandungi unsur kesyirikan 
  2. Ruqyah tidak mengandungi unsur sihir.
  3. Ruqyah bukan berasal dari dukun,paranormal,tukang tilik dan orang-orang yang segolongan dengan mereka,walaupun secara zahir mereka memakai serban,jubah dan sebagainya kerana bukan penampilan yang menjamin seseorang itu terbebas dari perdukunan ,sihir dan kesyirikan.
  4. Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang tidak bermakna atau tidak bermakna atau tidak difahami maksudnya,seperti tuisan abjad atau tulisan yang tidak difahami.
  5. Ruqyah  tidak dengan cara yang diharamkan seperti dalam keadaan junub ,di kuburan ,di bilik mandi ,di bilik yang gelap dan sebagainya.
  6. Ruqyah tidak  mempergunakan ungkapan yang diharamkan seperti celaan ,cacian , laknat dan sebagainya.
Keutamaan Ruqyah mengikut Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang tidak menurunkan suatu penyakit kecuali Dia menurunkan juga ubat penawarnya.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." ( HR. Muslim )

Dan yakinlah bahwa tidak ada yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. Maka di antara cara yang paling tepat dan efektif dan mujarab untuk menghilangkan sesuatu penyakit dan menangkal mara bahaya adalah dengan memfungsikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pengubatan. Al-Quran telah menjelaskan hal itu secara terang :

Katakanlah, "Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar" ( Fushshilat 44 )

"Dan kami turunkan dari Al-Quran ( ada ) sesuatu yang menjadi ubat penawar dan menjadi rahmat bagi orang yang beriman." ( Al-Isra 82 )

Junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya telah mencontohkan pengubatan dengan mempergunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga mempergunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.

Hadis sandaran berkaitan Ruqyah

Nabi Muhammad SAW meruqyah dirinya sendiri tatkala mahu tidur dengan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu beliau tiupkan pada kedua telapak tangannya, kemudian usapkan ke seluruh tubuh terjangkau oleh kedua tangannya. (HR Al-Bukhari )
Jabir Bin Abdullah r.a. berkata, "Seseorang di antara kami disengat kalajenking. Kemudian Jabir berkata, "Wahai Rasulullah apakah saya boleh meruqyahkannya? Maka beliau bersabda, "Barangsiapa di antara kalian yang sanggup memberikan manfaat kepada saudaranya, maka lakukanlah" ( HR. Muslim )

Aisyah R.A. juga mengatakan, "Rasulullah SAW memerintahkan padaku agar aku minta ruqyah dari pengaruh 'ain ( mata yang dengki )." ( HR Muslim )

Dari Abu Sa'id Al-Khudhri r.a., Jibril mendatangi Nabi SAW, lalu berkata, "Wahai Muhammad apakah engkau mengeluh rasa sakit?" Beliau menjawab, "Ya!" Kemudian Jibril meruqyahnya , "Bismillahi arqika, min kulli syai'in yu'dzika, min syarri kulli nafsin au 'aini hasidin, Allahu yasyfika, bismillahi arqika" ( "Dengan nama Allah aku meruqyahmu, dari segala hal yang menyakitimu, dan dari kejahatan segala jiwa manusia atau mata pendengki, semoga Allah menyembuhkan kamu, dengan nama Allah saya meruqyahmu") ( HR Muslim )

Aisyah R.A. berkata, "Biasanya Rasulullah SAW apabila ada seorang yang mengeluh rasa sakit, beliau usap orang tersebut dengan tangan kanannya, kemudian berdoa, "Hilangkanlah penyakit wahai Rabb manusia, sembuhkanlah kerana Engkaulah pemberi penyembuh, tiada kesembuhan selain kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tiada meninggalkan penyakit" ( HR Muslim )

Uthman Bin Abil 'Ash R.A. datang menemui Rasulullah SAW mengadukan rasa sakit pada tubuhnya yang dia rasakan semenjak masuk Islam, kemudian Rasulullah SAW berkata, "Letakkan tanganmu pada tempat yang terasa sakit, kemudian bacalah "Bismillahi" ( dengan menyebut nama Allah ) tiga kali, dan bacalah "A'uzu billahi wa qudrotihi min syarri ma ajidu wa uhadziru" ( aku berlindung dengan Allah dan dengan qudrat-Nya dari kejahatan yang aku dapati dan yang aku hindari ) tujuh kali." ( HR. Muslim )


Definisi SIHIR & SAKA

Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka.
Jenis-jenis sihir adalah :-

-Sihir Rumahtangga/Perceraian
-Sihir Pengasih/Guna-guna
-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata
-Sihir Gila
-Sihir Santau
-Sihir Kelesuan Badan
-Sihir Penyakit Anggota Badan
-Sihir Penghalang Pernikahan

Saka pula ialah satu amalan mewariskan jin secara turun temurun kepada salasilah keluarga dimana turunnya saka tersebut boleh secara upacara rasmi daripada usul ataupun secara automatik.Tanda-tanda orang itu bersaka ialah sakit ketika menziarahi orang meninggal,nyanyuk bila tua,terasa panas ditengkuk bila dibacakan ayat-ayat al quran,banyak penyakit genetik pada badan,boleh mengurut dan mengubat tanpa belajar,menerima amalan dari mimpi,menyimpan senjata-senjata lama seperti keris dan juga umur yang panjang serta liat menghadapi sakratul maut.



Di sini akan saya letakkan link ayat ruqyah jika anda hendak memuat turun
                                                            .Mp3 Ruqyah
                                                         
                                                            .Mp3 Ruqyah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...