Loading

Pengertian Doa

| Posted in

Assalamualaikum,saya ingin berkongsi tentang koleksi doa yang boleh diamalkan .Doa ini dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Arab.Doa boleh dibaca dalam pelbagai bahasa sama ada bahasa ibunda kita ataupun bahasa Arab.Hal ini kerana Allah faham apa yang kita nak mohon kepadanya.Kita perlu sentiasa berdoa walaupun doa kita lambat dikabulkan oleh Allah.


Pengertian Doa
Doa bererti seruan,permohonan atau permintaan yang ditujukan semata-mata kepada Allah Taala bagi sesuatu hajat atau keperluan.Ia adalah suatu cara yang penting untuk berasa damping(taqarub) kepada Allah disamping zikir.
Manusia mempunyai banyak kemahuan dan keperluan,sedangkan dia bersifat lemah dan tidak dapat mencapainya sendiri tanpa kurniaan atau pertolongan Allah Taala.Tambahan pula manusia tidak mengetahui perkara yang ghaib atau akan datang atau yang akan menimpanya.
Oleh itu,satu-satunya jalan untuk melindungi diri,keluarga dan harta benda ,untuk mendapat keselamatan dan kejayaan dan untuk memenuhi keinginan dan keperluan ialah berdoa kepada Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...