Loading

HUKUM TAJWID

| Posted in ,

Sebagaimana yang kita tahu,bahawa hukum tajwid amat penting bagi memudahkan kita membaca kitab suci Al Quran dengan betul.Oleh itu,saya berkesempatan ingin berkongsi serba sedikit ilmu Tajwid kepada anda.Di sini juga saya akan menyenaraikan huruf-huruf yang terdapat di dalam Al Quran iaitu...


ا,ب,ت,ث,ج,ح,خ,د,ذ,ر,ز,س,ش,ص,ض,ط,ظ,ع,غ,ف,ق,ك,ل,م,ن,و,ه,لا,ء,ي
Kali ini saya ingin membincangkan tentang hukum tajwid yang sering keluar dalam PMR dan SPM serta mungkin juga keluar dalam soalan periksa untuk sekolah agama negeri.Hukum tajwid yang pertama ialah hukum nun mati (نْ) dan Tanwin (ٌ,ٍ ,ً ).Hukum nun mati dan tanwin ada empat iaitu...
  1. Hukum Izhar Halki
  2. Hukum Idgham
  3. Hukum Ikhfa' Hakiki
  4. Hukum Iqlab
  • Hukum Izhar Halki ialah bermaksud terang,jelas dan nyata.Ini bermaksud apabila nun mati atau tanwin yang bertemu dengan huruf izhar dikehendaki membaca dengan jelas tanpa dengung.Huruf Izhar ada enam huruf iaitu..
                                                            أ,ح,خ,ع,غ,ه
Di bawah,saya akan menunjukkan antara kalimah ayat al quran yang terdapat hukum izhar halki ini.  

      أَنْعَمْتَ   di kalimah ini terdapatnya nun mati berjumpa dengan salah satu huruf izhar halki iaitu huruf  ع..Cara bacaannya ialah dengan bacaan terang,jelas dan nyata iaitu nun mati tidak dibaca dengan memasukkan huruf nun ke dalam ain,tetapi dibaca dengan jelas dengan bacaan 'an..
Selepas itu,untuk membeakan tanwin bagi hukum izhar dalam Rasm Uthmani ialah boleh didapati tanwin di atas dan tanwin di bawah ialah selari dan tanwin hadapan pula berbentuk 69.Selain itu,bagi hukum Izhar ada diletakkan tanda mati atau sukun di atas huruf nun mati tetapi bagi hukum lain seperti idgham,ikhfa' dan iqlab tidak diletakkan tanda mati.
سَوَآءٌ عَلَيْهِمْ dan,شَىْءٍ عَلِيمٌۭ,قَوْلًا غَيْرَ
 Contoh di atas menunukkan tanwin bagi hukum izhar halki


  • Hukum Idgham pula bermaksud dengung.Ini bermaksud apabila nun mati atau tanwin yang bertemu dengan huruf idgham maka dikehendaki membaca dengan dengung.Hukum Idgham boleh dibahagikan kepada dua iaitu:-
  1. Idgham Ma'al Ghunnah (ادغام مع الغنة) bermaksud idgham dengan dengung.Huruf Idgham ma'al ghunnah ada empat iaitu.:-
                                                             م,ن,و,ي
Contoh kalimah yang mempunyai nun mati bertemu dengan huruf idgham ma'al ghunnah ialah seperti berikut:-


 أَن يُوصَلَ 
Contoh di atas menunjukkan nun mati bertemu dengan salah satu huruf Idgham ma'al ghunnah iaitu ي,cara membacanya ialah dengan memasukkan sedikit bunyi ya ke dalam huruf nun atau lebih senang dibaca dengan dengung.
Di bawah contoh bagi tanwin pula.
مُتَشَـٰبِهًۭا ۖ وَلَهُمْ tanwin bertemu huruf و


            2.Idgham Bila Ghunnah(ادغام بلا غنة)pula bermaksud idgham tanpa dengung.Boleh juga dikatakan apabila nun mati berjumpa dengan huruf idgham bila ghunnah maka tidak perlu dengng tapi terus memasukkan atau menggantikan nun mati dengan huruf tersebut.Kebanyakkan apabila bertemu dengan huruf idgham bila ghunnah akan ditanda dengan tanda sabdu  ّ.Huruf Idgham Bila Ghunnah ada dua iaitu:-


                                                        ر,ل
Contoh bacaan yang mempunyai hukum idgham bila ghunnah ialah:-


  مِّن رَّبِّكُمْ
Contoh di atas menunjukkan nun mati bertemu dengan salah satu huruf idgham bilaghunnah iaitu ر.Cara bacaanya ialah dengan memasukkan terus nun mati ke dalam huruf ra seperti mir..atau juga tanpa dengung.Di bawah pula ada contoh bagi tanwin pula.:-


     كُلٌّۭ لَّهُۥ قَـٰنِتُونَ tanwin bertemu huruf ل.


  • Ikhfa' hakiki pula  bermaksud Tersembunyi. Membaca huruf yang sifatnya antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf yang pertama.Huruf izhar ada lima belas iaitu....:-
                   د,ف,ق,ث,ص,ض,ط,ك,ت,,س,ش,ز,ظ,ذ,ج
Contoh ikhfa' hakiki ialah:-


  كُن فَيَكُونُ,بِكَلِمَـٰتٍۢ فَأَتَمَّهُنَّ
Cara bacaanya ialah dengung apabila bertemu salah satu huruf ikhfa'


  • Hukum Iqlab pula bermaksud   menukarkan bunyi Nun Mati dan Tanwim kepada bunyi huruf Mim dan diikhfa’kan (disembunyikan) ke dalam huruf Ba’ yang berbaris serta dikekalkan sifat dengung. Hurufnya cuma satu iaitu huruf ب.
contoh iqlab pula ialah:-

غُلْفٌۢ ۚ بَل,فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى.
Cara mudahhendak mengenali Iqlab ialah dengn merujuk kepada huruf nun mati terdapat huruf mim kecil di atasnya serta bagi tanwin pula ialah terdapat mim kecil yang menggantikan baris tanwin yang lagi satu.


wassalam..di lain masa,saya akan membincangkan hukum tajwid yang lain.Segala kesilapan saya mohon maaf mungkin atas kekurangan saya sendiri.. 



Comments ( 2 )

  1. assalamualaikum w.b.t.saya norisha hani dari tingkatan satu.saya ingin bertanya tentang tajwid .saya tidak faham dengan mad lazim dan harfi.harap sudi terima komen saya.saya juga tidak faham dengan mad arid'h lissukun dan mad asli.macam mana ye supaya bagi saya faham hukum tajwid ini.in sahaja komen saya.saya harap ustaz /ustazah boleh terangkan saya tentang hukum mad ini.terima kasih.assalamualaikum

    Balas
  2. @Anonymous:waalaikumussalam..maafkan sye krn baru bls komen saudara krn sye sibuk ngn pelajaran sye di IPT..erm..insha Allah akan saya trgkn..mula2...mad lazim..mad lazim trbahagi kpd dua iaitu mad lazim harfi dengan mad lazim kalimi..mad lazim harfi (huruf) pula trbahagi kpd dua iaitu mad lazim harfi mukhaffaf(ringan) dan mad lazim harfi muthaqqal (berat)..contoh mad lazim harfi muhaffaf ialah seperti يس,ن, ia juga boleh dikatakan senang disebut..manakala mad lazim harfi muthaqqal pula ialah spt الم,طسم....jika kita membacanya seolah2 trasa berat krn perlu didengungkan pada bacaan alim lam mim 2..kita tguk pada ejaannya pun dpt twu bahawa hukum mim ngn mim boleh dibaca dengung klo kita pisahkan huruf 2 satu persatu..manakala mad lazim kalimi juga trbahagi kpd dua iaitu mad lazim kalimi mukhafaf (ringan) dan mad lazim kalimi muthaqal (berat).erm,..nk komen ni bgitu pnjg..insha Allah akn sye trgkn dlm post akn dtg

    Balas

Jom Bermuzakkarah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...