Loading
Showing posts with label al quran. Show all posts
Showing posts with label al quran. Show all posts

Menyedari Kelemahan Syaitan

| Posted in , ,

Sesiapa pun ingin menampakkan kekuatan dan menyembunyikan kelemahannya di hadapan lawan,begitu juga dengan syaitan yang membisikkan ke dalam hati manusia tentang kemampuan serta kekutannya,tetapi tidak semua yang dibisikkan itu benar.


Mereka yang terpedaya dengan bisikan syaitan akan memohon perlindungan jin sebagaimana yang dibadikan dalam oleh Allah s.w.t dalam al-Quran yang bermaksud " Ada beberapa orang lelaki dalam kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang lelaki dalam kalangan jin ,maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesukaran." (surah al-Jinn 72:6)

Kisah Nabi Khidir a.s

| Posted in , , , ,

Kisah Perjalanan Ladunni Nabi Musa AS bersama muridnya serta Nabi Khidir AS merupakan kisah yang telah lama kita kenal dan sebut-sebutkan untuk menjadi contoh tauladan kepada manusia yang berilmu. Kisah ini mengandungi pengertian yang sangat dalam dalam ertikata mengenal Sang Pencipta yang Maha Besar. Di mana tempat ‘jumpanya’ ilmu itu? Itulah dia di tempat pertemuan antara dua laut. Di situlah bermulanya Ladunni yang di sebut-sebut para Ahli Sufi. Kisah perjalanan Ladunni Nabi Musa AS dan Nabi Khidir AS dinukilkan di dalam terjemahan Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Kahfi (ayat 60 hingga 82). semoga mendapat manfaat bersama.

Nama-nama Syurga

| Posted in , ,

Berikut ini nama-nama Syurga serta tingkatan dan calon-calon penghuninya.

1. Syurga Firdaus
Syurga Firdaus diciptakan oleh Allah SWT dari emas. Tentang calon penghuninya dijelaskan dalam surat Al Mu’minun ayat 1-11, yanag ertinya sebagai berikut:

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (iaitu) orang-orang yang khusyu dalam shalatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. (Yakni) yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.” (al-Mu’minun:1-11)
syurga
gambaran syurga

Nabi Idris Naik ke Langit

| Posted in ,

Diriwayatkan Nabi Idris as. telah naik ke langit pada hari Isnin. Peristiwa naiknya Nabi Idris as. ke langit ini, telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran. Firman Allah SWT bermaksud:


“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah, Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.”


(Maryam: 56-57)


Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah ‘Akhnukh’. Sebab beliau dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT.

Penyakit Oleh Makhluk Halus

| Posted in ,

Di antara penyakit itu disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 102 (mafhumnya):

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan riba’ tidak dibangunkan pada Hari Kiamat melainkan dalam keadaan seperti orang yang telah rasuk oleh syaitan daripada sentuhan yang membawa kepada kecelakaan.”
Istilah yang Allah digunakan dalam ayat tersebut ialah ‘attkhabbut’ yang bermakna dipukul dengan kuat atau dicederakannya.

Surah al-A’raf ayat 201, Allah menggunakan perkataan ‘almass’ yang diantara maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang taqwa itu apabila mereka diganggu oleh syaitan dengan ‘mass’, sentuhan yang boleh membawa kepada kehilangan akal oleh jin-jin yang berkeliaran. Mereka segera ingat kepada Allah SWT, lalu mereka dapat pulih.”

Kelebihan Surah al-Mulk

| Posted in , ,

Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.

Surah al-Fatihah

| Posted in , , ,

 Kelebihan Surah al-Fatihah
 Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."  

  •  Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.  

Doa Nabi Ibrahim

| Posted in , ,

Keluarga yang taat kepada Allah ialah idaman hidup semua orang.Idaman mulia tersebut harus dibina melalui teladan ketua keluarga yang taat.Keinginan memiliki keturunan yang baik itu bukan sahaja timbul dari keluarga yang taat,tetapi juga bersemayam dalam hati ketua keluarga yang kurang pengamalan agamanya.Betapa banyak ayah yang jarang solat ,sering meninggalkan puasa dan sebagainya,namun mereka mengharapkan agar anak isterinya menjadi orang baik-baik dan melakukan solat.

Doa Nabi Adam a.s

| Posted in , ,

Nabi Adam ialah bapa manusia , bagindalah manusia pertama di dunia ini.Kita wajib menghormati Nabi Adam dan Hawa ,mendoakannya melalui ibu bapa.Nabi Adam bagaikan Nabi Yusuf juga,sebelum ia ditugas dengan tanggungjawab berat dan mulia ,terlebih dahulu diuji dan dicuba.Ketika Adam melanggar larangan Allah,iblis turut terlibat.Ketika Adam dan Hawa bertaubat dan mengaku kesalahan ,iblis bertindak sebaliknya ,menentang ,dan mengancam memusuhi Adam dan keturunannya sampai kiamat.

Jin Tidak Dapat Kuasai Orang Soleh

| Posted in

Mungkin ada dalam kalangan kita pernah diganggu semasa berada di rumah seperti mendengar suara-suara pelik ,mendengar bunyi di atas rumah seperti orang menumbuk dengan lesung atau mengalih barang -barang sedangkan waktu itu sekitar jam 2.00 atau 3 pagi.Bunyi dan perbuatan itu berkemungkinan datang daripada jin.


Jin merupakan makhluk yang wajib kita percaya kewujudannya kerana Allah telah menyebut tentangnya dalam beberapa ayat al-Quran dengan nama surah al-Jin.Kewujudan mereka juga disepakati ulama.Jin mempunyai kemampuan melebihi kemampuan manusia sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud :

Kisah Berkaitan Ayat Kursi

| Posted in , ,


ayat kursi
ayat kursi
Terlebih dahulu saya telah mengemukakan tentang Kelebihan ayat Kursi.Kini saya akan mengemukakan pula kisah berkaitan dengan ayat Kursi.
Kisah Abu Hurairah dan Iblis

Dari Abu Hurairah, dia berkata, Aku ditugaskan Rasulullah saw. untuk menjaga hasil zakat pada bulan Ramadhan. Tiba-tiba datanglah seseorang kepadaku, dan mengambil sedikit dari zakat itu. Maka aku menangkapnya seraya berkata, 'Kamu akan ku adukan kepada Rasulullah.' Orang itu berkata, 'Biarkan aku, sesungguhnya aku orang miskin, punya banyak anak.' Maka aku pun melepaskannya. Pada keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?' Aku menjawab, 'Ya Rasulullah, dia mengadukan kemiskinannya dan keluarganya yang banyak, maka aku kasihan dan aku membebaskannya.'

Kelebihan Ayat Kursi

| Posted in , ,

ayat kursi
ayat kursi

Sebab Nuzul (turun ayat)

Allah s.w.t telah menurunkan ayat ini pada waktu malam, lalu Rasulullah s.a.w  memanggil Zaid bin Tsabit r.a untuk menulisnya .Serentak dengan itu setiap berhala yang ada di dunia ini bergoncang ,segala mahkota yang ada di kepala raja-raja terjatuh , dan syaitan lari bertempiaran  , berlanggaran sesama sendiri . Syaitan berkumpul menemui Iblis lantas Iblis menyuruh mereka mencari dan menyelidik punca berlakunya keadaan yang menggemparkan itu.Akhirnya mereka tiba ke Madinah dan mendapati Ayat Kursi diturunkan.

Ayat-Ayat Ruqyah

| Posted in , , ,

ruqyah
ruqyah


Definisi Ruqyah
Ruqyah secara amnya ialah jampi-jampi atau mentera .Ruqyah secara syari'e (Ruqyah Syari'ah) ialah jampi -jampi atau mentera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya.Dengan hanya menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa  yang bersumber dari hadis-hadis Rasullullah s.a.w  yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.

Contoh ayat Ruqyah

| Posted in

1.Surah al-Fatihah
ayat 1-5
al-fatihah ayat 1-5

ayat 6-7
al-fatihah ayat 6-7


2.Surah al-Baqarah ayat 1-5
ayat 1-5
al-baqarah ayat 1-5

3.Surah al-baqarah ayat 102
ayat 102
al-baqarah ayat 102

Nota-Nota Ringkas Hukum Tajwid 1

| Posted in ,

Hukum Nun Mati dan Tanwin
Nun Mati dan Tanwin bagi Izhar Halki,Ikhfa' hakiki dan Iqlab
                                                                                       
Nun mati dan tajwid bagi Idgham
#Bagi Izhar tanda tanwinnya yang berbaris hadapan  dalam Rasm Uthmani ialah bertanda 69,manakala tanwin bagi selain

AYAT-AYAT SYIFA'

| Posted in

Imam Abdul Qasim Qushairi rah. pernah mengalami mimpi menemui baginda Rasulullah s.a.w sewaktu anaknya jatuh sakit dan hampir maut.Dalam mimpi itu baginda bertanya:"Megapa tidak mengambil perhatian kepada ayat-ayat syifa'?Mengapa tidak diamalkan ayat-ayat itu dan memohon kepada Allah s.w.t agar disembuhkan?"Apabila terjaga,beliau memikirkan mimpi itu dan apabila diteliti ,maka didapati ayat-ayat tersebut pada enam tempat.Ianya seperti ayat yang berikut:

(surah at-taubah ayat 14)

AYAT-AYAT MANZIL

| Posted in

Manzil ini mengandungi beberapa ayat al-Quran yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada para sahabat r.anhum sebagai penawar dan ubat (syifa') daripada beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta pelindung daripada sihir.
Fadhilatnya banyak .Melalui pengalaman kebanyakan orang.Manzil ini sangat mujarab untuk menyembuh penyakit sihir,jin dan lain-lain.Cara mengubati pesakit ini ialah sama ada pesakit itu membaca sendiri ayat-ayat tersebut ataupaun orang lain membacakannya dan dihembus ke dalam air untuk diminim pesakit.

Ayat-ayatnya ialah seperti berikut.

Surah al-fatihah ayat 1 hingga 4

Surah al-fatihah ayat 5 hingga 7
1.(surah al-fatihah)

SURAH AN-NAS

| Posted in ,




Perlindungan yang diminta dalam surah ini ialah dengan Tuhan manusia,Pemilik manusia dan Sembahan manusia .Sementara perkara yang diminta untuk dijauhi pula ialah kejahatan bisikan penghasut yang tenggelam timbul.Pembisik yang membisik ke hati manusia ,iaitu jin dan manusia.

Kelebihan Membaca Surah Yaasin..

| Posted in ,

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita,kita pasti akan membaca surah yaasin pada tiap-tiap malam terutamnya di masjid-masjid dan surau-surau.Amalan membaca yaasin pada setiap malam jumaat merupakan satu bidaah yang dinamakan bid''ah hasanah.(بدعة حسنة).Amalan membaca yaasin tidak semestinya dikhususkan pada malam jumaat sahaja,tetapi boleh dilakukan pada tiap-tiap hari tanpa mengira masa.Selain itu,amalan membaca yaasin pada malam Jumaat masih boleh diteruskan kerana tidak salah disisi agama.Bid'ah bermaksud perkara-perkara yang baru yang wujud dalam agama Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.Bid'ah terbahagi kepada dua iaitu Bid'ah hasanah(بدعة حسنة) dan bid'ah dholalah(بدعة ضلالة).Bid'ah hasanah bermaksud perkara-perkara baru yang baik yang diamalkan dalam ajaran Islam seperti menyambut Maulidur Rasul,bid'ah dholalah pula seperti mengadakan konsert Hari Raya yang penuh dengan hiburan dan maksiat.

FADHILAT DAN KHASIAT SURAH YASIN
Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yassin yang disebutkan di dalam banyak hadis. Antaranya:
Rasulullah SAW bersabda;
1.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi“.
2.  “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.”
3.  “ Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”
4.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.”
5.  “Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.”
6.  “Sesiapa membaca Surah Yassin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya.”
7.  Maqri rahmatullah ‘alaih berkata, “Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.”
8.  “Jikalau seseorang itu membaca Surah Yassin dan Surah Was-Saffat pada hariJumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.”
9.  “Sesiapa bersolat sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama Surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan

Al Quran dan Kimia

| Posted in , ,

Sesunggunya hubungan al quran dengan sains memang tidak boleh dipisahkan lagi.Bukan kerana Al Quran itu ialah buku sains,tetapi Al Quran ialah mukjizat Allah s.w.t yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk kegunaan manusia sejagat.Malah Al Quran juga mempunyai kaitan yang rapat dengan salah satu cabang dari ilmu sains iaitu kimia.Hubungan Al Quran dengan kimia dapat dilihat dengan penemuan besi di dalam Al Quran iaitu pada surah Al Hadid (Besi) .Malah maksud surah tersebut sudah jelas bermaksud besi.Surah al Hadid ialah surah yang ke 57 yang berada di pertengahan Al Quran.
Menurut para ahli besi,besi ialah unsur yang tidak boleh diciptakan melalui proses semulajadi di bumi ini.Mungkin inilah mengapa besi mempunyai erti khusus sampai dijadikan nama surah.

"Dan kami telah menurunkan besi ,padanya ada kekuatan yang hebat serta berfungsi berbagai manfaat untuk manusia."
( surah al Hadid ayat 25)

Ada satu surah dalam al Quran dalam Al Quran yang memakai nama logam,iaitu Surah al Hadid yang bermaksud besi.dalam nama Latin,besi dikenal sebagai Ferum,Fe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...