Perlindungan yang diminta dalam surah ini ialah dengan Tuhan manusia,Pemilik manusia dan Sembahan manusia .Sementara perkara yang diminta untuk dijauhi pula ialah kejahatan bisikan penghasut yang tenggelam timbul.Pembisik yang membisik ke hati manusia ,iaitu jin dan manusia.
Langkah memohon perlindungan dengan Rabb(Tuhan),Malik(Pemilik) dan Ilah(Sembahan) di sini menampilkan beberapa sifat Allah yang akan menghalang segala kejahatan,khususnya kejahatan bisikan penghasut.Rabb(Tuhan) bermaksud Allah ialah pendidik ,pemimpin ,penjaga dan perlindung.Malik bermaksud Allah ialah pemilik ,penentu dan pentadbir.Ilah bermaksud Dia ialah penguasa.Semua sifat ini menjadi pelindung daripada segala kejahatan yang selama ini menganggu jiwa.Kejahatan ini tidak diketahui cara mengatasinya kerana tidak kelihatan.
Allah ialah Tuhan kepada segala-galanya ,Pemilik segalanya dan Sembahan segala-galanya.Namun demekian manusia disebutkan secara khusus di sini supaya manusia merasa hampir dan terdorong untuk memohon perlindungan serta naungan-Nya..Dalam rahmat-Nya,Allah mengarahkan Rasulullah s.a.w serta umat Baginda supaya memohon perlindungan dan bernaung di bawah naungan-Nya.Dalam masa yang sama menghayati sifat-sifat-Nya,agar dengan itu mereka dijauhi daripada kejahatan yang tidak kelihatan,kejahatan yang tidak mampumereka elak melainkan dengan bantuan Tuhan yang memiliki dan disembah.Kejahatan ini mungkin akan muncul dan menyerang tanpa mereka sedari dan tanpa dijangka.
Bisikan ialah suara halus.Khanus dalam bahasa Arab bermaksud menghilangdan menjelma.Khannas pula ,sesuatu yang kerap menghilang dan menjelma.Pada awalnya surah ini mendedahkan sifat kejahatan ini iaitu bisikan penghasut yang tenggelam timbul.Seterusnya ia menjelaskan peranan bisikan ini iaitu melemparkan bisikan dan hasutannya dalam hati manusia.Seterusnya ia mendedahkan objek kejahatan ini iaitu jin dan manusia.Susunan ayat yang seumpama ini menyebabkan manusia sedar dan tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang pembisik yang tenggelam timbul ini.Inilah kesannya apabila sufat kejahatan ini didedahkan terlebih dahulu.Manusia akan tertarik untuk mengetahui apakah tindakan yang dilakukan agar mereka bersedia untuk mengelak atau mengawasinya.
Dengan adanya kesedaran ini,manusia mula mengetahui bahawa ada di sana pembisik yang membisikkan di hati manusia secara tanpa disedari.Pembisik ini pula diketahui ialah jin yang tidak kelihatan.Bukan sahaja jin,malah manusia turut membisikkan ke dada sama sepertimana jin.Manusia juga membisikkan bisikkan syaitan .Apabila manusia menyedari hakikat ini,mereka kan bersiap sedia untuk mempertahankan diri.Kini manusia telahpun tahu di mana tempat sembunyi,pintu masuk dan laluan pembisik ini.
Kita tidak tahu bagaimana bisikan syaitan berlaku.Kita hanya mampu merasai kesan bisikan ini pada jiwa dan kehidupan manusia.Kita juga tahu pertembungan antara Adam dan Iblis telah berlaku sejak sekian lama.Syaitan sendiri telah mengisytiharkan perang yang hanya berpunca daripada elemen kejahatan yang ada padanya.Selain sifat angkuh dan hasad dengkinya terhadap manusia .Atas alasan ini juga ,syaitan memohon keizinan Allah.Namun atas sebab-sebab yang hanya diketahui-Nya,Allah mengizinkan permohonan ini.Walau bagaimanapun,Allah tidak pernah membiarkan manusia tanpa seberang bekalan.Allah telah menyediakan perisai keimanan manusia.Allah juga telah menyediakan zikir sebagai bekalan.Malah Allah menyediakan idzti'azah(memohon perlindungan Allah)sebagai senjata.,Sekiranya manusia cuai dalam menyediakan perisai ,bekalan dan senjata,maka yang perlu dipersalahkan ialah manusia sendiri.
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. katanya:Rasulullah s.a.w bersabda :Syaitan menetap di hati anak Adam.Apabila manusia mengingati Allah dia akan hilang.Apabiala manusia lupa dia akan membisik.
Tentang manusia pula ,banyak yang kita tahu tentang bisikan mereka.Malah kita tahu ada antara bisikan manusia yang lebih dahsyat daripada bisikan syaitan.
- Rakan yang tidak baik sentiasa membisikkan rancangan jahat ke hati dan fikiran rakannya.Ia berlaku tanpa disedari dan tanpa dijangka,Hanya kerana ia seorang rakan yang boleh dipercayai
- .Penasihat yang jahat.Mereka membisikkan rancangan jahat kepada sesiapa yang berkuasa dan membiarkannya melampau,bertindak zalim dan merosakkan muka bumi.Memusnahkan segala tanaman dan keturunan
- .Penabur fitnah .Mereka menambah-nambah cerita dan memperindah kata-kata sehingga fitnah tersebut kelihatan benar dan tidak dipertikaikan.
- Penjaja hawa nafsu .Meraka membisik untuk memperdayakan manusia melalui keghairahan manusia.Hanya kesedaran hati dan bantuan Allah sahaja yang mampu menghalang kejahatan ini.
Masih ada lagi berpuluh-puluh pembisik yang menyembunyikan kejahatan mereka.Mereka menyelinap di pintu hati manusia yang sememangnya mereka tahu atau rasai.Mereka ini lebih jahat dan licik daripada jin.Manusia tidak mampu menolak bisikan yang tersembunyi.Oleh itu,Allah menunjukkan manusia bekalan,perisai dan senjata yang perlu mereka miliki dalam menempuh pertembungan yang menakutkan ini.
Di sana ada satu perkara yang perlu direnung mengapa pembisik yang disifatkan sebagai penghasut yang tenggelam timbul.Dari satu sudut ,sifat ini menunjukkan mereka akan menyembunyikan rancangan jahat sehingga peluang terbuka luas untuk membisik .Dari sudut yang lain pula,ia menunjukkan kelemahan meraka apabila berhadapan dengan manusia yyang peka dengan kejahatan mereka dan manusia yang menjaga pintu hati.Pembisik ini sama ada jin atau manusia apabila dihadapi akan menghilang dan bersembunyi.Tepat sekali ibarat yang dikemukakan oleh Rasulullah s.a.w:Apabila manusia mengingati Allah ia akan menghilang.Apabila manusia lupa ia akan membisik.Renungan ini menguatkan hati untuk menghadapi pembisik kejahatan.Golongan ini akan tenggelam timbul.Mereka lemah apabila berhadapan dengan bekalan orang beriman.Walaubagaimanapun dari sudut lain,pertembungan ini akan memakan masa yang lama tanpa penghujungnya .Pembisik ini akan sentiasa tenggelam timbul.Meraka sentiasa menanti-nanti saat kealpaan.Kesedaran sesekali belum memadai.Peperangan ini telah tercatat hingga ke hari akhirat.Hakikat ini telahpun dinyatakan dalam banyak ayat al-Quran.Sebagai contoh ,suatu paparan yang menarik yang dipaparkan dalam surah al-Isra' :
Gambaran tentang pertembungan ini dan unsur kejahatan yang wujud dalam pertembungan ini (tidak kira sama ada secara langsung melalui syaitan atau melalui menusia yang menjadi kuncu-kuncunya)sudah tentu akan menyebabkan manusia merasakan mereka pasti menang.Apa yang pasti ,Tuhan ,Pemilik dan Sembahan mereka menguasai seluruh makhluk.Sekiranya Allah sendiri yang memberikan keizinan kepada Iblis untuk berperang,itu bermakna Allah yang menguasainya.Allah tidak akan memberikannya kuasa melainkan ke atas manusia yang lupa mengingati Tuhan,Pemilik dan Sembahan mereka.Bagi manusia yang mengingati Allah ,mereka akan terselamat daripada kejahatan dan angkaranya yang tersembunyi.Kalau begitu,pihak kebaikan akan bernaung di bawah kuasa yang unggul dan di bawah zat yang hakiki.Mereka bernaung di bawah Tuhan yang memiliki dan disembah.Sebaliknya kejahatan bernaung di sebalik pembisik yang tenggelam timbul.Kejahatan yang lemah untuk bertembung .menghilang apabial bersemuka,kalah apabial berhadapan dengan lindungan Allah.
Inilah gambaran paling tepat yang memperlihatkan hakikat kebaikan dan kejahatan.Gambaran ini juga gambaran terbaik menjaga hati daripada merasa kalah.Ia sebaliknya menyemai kekuatan ,keyakinan dan ketenangan .
Oleh itu,hanyasalah segala pujian untuk Allah .Hanya pada Allah diletakkan segala keyakinan dan pedoman.Hanya Dia sahaja tempat memohon bantuan dan pertolongan. |
|