Loading

MEMBENDUNG PENGARUH SYAITAN

| Posted in

Megenali kehidupan Iblis dan Syaitan

  • tempat tinggal  : bilik mandi sebagai tempat yang khas.
  • majlis                 :  pasar-pasar,tempat orang yang berkumpul di jalan-jalan
  • makanan           :  makanan manusia yang tidak disebut padanya nama Allah.
  • minuman           :  minuman yang memabukkan seperti arak dan sebagainya.
  • azan                  :  seruling,trompet, dan alat muzik seumpamanya.
  • quran                :  nyanyian,lagu-lagu hiburan dan jampi mentera.
  • kitab                 :  tatu pada badan.
  • hadis                :  bohong
  • buruan              :  wanita

"Bahawasanya ibils turun ke bumi meminta kepada Allah Taala:Ya Tuhanku ,Engkau telah menurunkan aku ke bumi dan Engkau menjadikan aku makhluk yang terkutuk.Oleh itu,buatkanlah aku sebuah rumah! Firman Allah Taala:Rumahmu ialah tempat permandian atau bilik mandi.Kata Iblis lagi:buatkan majlis untukku!Firman Allah Taala:Majlismu ialah pasar-pasar dan tempat -tempat orang berkumpul di jalan-jalan.Kata Iblis lagi:Buatkan untukku makanan!Firman Allah Taala:Makananmu ialah setiap yang tidak disebut nama Allah padanya.Kata Iblis lagi:Buatkan untukku minuman!Firman Allah Taala:Minumanmu ialah setiap yang memabukkan.Kata Iblis lagi:Buatkan untukku azan(alat untuk memanggil)!Firman Allah Taala:Itu trompet(atau seruling atau sebagainya).Kata Iblis lagi:Buatkan untukku al-Quran!Firman Allah Taala:Quranmu ialah lagu hiburan,nyanyian,dan jampi mentera.Kata Ibis lagi:Buatkan untukku kitab!Firman Allah Taala:Kitabmu ialah gambar-gambar pada badan(tatu).Kata Iblis lagi:Buatkan untukku hadis!Firman Allah Taala:Hadismu ialah bohong.Kata Iblis lagi:Buatkan untukku buruan!Firaman Allah Taala:Buruanmu ialah wanita-wanita."

(terjemahan hadis daripada Riwayat at-Tabrani)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Allah Taala menjadikan jin dalam tiga golongan:Satu golongan seperti ular,kala jengking;satu golongan seperti angin di udara dan satu golongan seperti manusia yang menerima pahala dan dosa."

(Riwayat Ibn Abi ad-Dunya)

Tugas-tugas Syaitan
Iblis mempunyai kerajaan yang besar dan mempunyai pimpinan tertinggi bagi melaksanakan rancangan jahat mereka.Antara tugas lima pimpinan mereka terpenting ialah:
  1. mempengaruhi orang yang sedang ditimpa kesusahan,kemalangan atau penderitaan hidup supaya memusuhi Allah Taala atau menimbulkan rasa ragu terhadap Allah Taala dan akhirnya mengingkari dan kufur terhadapnya.
  2. menganggu rumahtangga manusia,terutamanya hubungan suami isteri dengan berbagai-bagai godaan dan hasutan sehingga timbul rasa cemburu,berlaku penentangan ,terjebak dalam noda serta jenayah dan akhirnya berlaku permusuhan dan penceraian
  3. mendorong perzinaan dengan memperalatkan kaum wanita mendedahkan aurat dan menimbulkan ghairah nafsu lelaki kepada wanita,terutamanya di bahagian bawah tubuh.Berbagai-bagai daya tarikan dibuat agar wanita mendedahkan tubuh dan memberi kebebasan kepadanya bagi mempesona kaum lelaki dengan berbagai -bagai cara sehingga perbuatan zina menjadi sesuatu yang berleluasa di kalangan manusia.
  4. mendorong pembohongan kecil atau besar.Peranan utamanya mempengaruhi manusia supaya berbohong dan berpura-pura bercakap benar serta mempertahankan kepentingan dan kedudukan dengan berbagai -bagai cara sehingga tidak dapat dibuktikan ia berbohong atau bersalah.
  5. mengadu domba manusia di amana-mana sahaja supaya manusia saling bertengkar ,bergaduh ,bermusuh-musuhan dan akhirnya berbunuh-bunuhan dan berperang sesama sendiri.
Jelasnya syaitan mempunyai matlamat untuk untuk menyeret manusia ke dalam neraka bersama-sama mereka.Matlamat ini tidak akan tercapai selama manusia tidak disesatkan dan kufur kepada Allah Taala.Firman Allah Taala:
surah al-hasyr ayat 16-17.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...