surah al -jumuah ayat 9-11
Pada hari Jumuat dinamakan "Saiyidul Anyam" iaitu penghulu bagi sekalian hari.Antara kemulian yang Allah berikan pada hari Jumaat ialah terdapat satu saat mustajab di mana jika kita berdoa bertetapan dengan saat tersebut ,doa kita dimakbulkan oleh Allah,dan di dalam sebuah hadis ada disebutkan ,maksudnya Sesiapa yang mati pada hari Jumaat atau malamnya,mereka akan dilepaskan daripada seksa kubur.
Satu lagi kemuliaan hari Jumaat ialah diwajibkan solat fardhu Jumaat ke atas mereka yang cukup syarat-syaratnya .Adalah suatu perkara yang malang ,sekiranya kemuliaan yang diberikan Allah ini tidak disambut oleh orang Islam.Justeru walaupun kita bekerja dan belajar,kewajipan solat fardhu Jumaat hendaklah diberikan keutamaan.
Pengertian dan Hukum
Mengikut istilah syarak,solat Jumaat bermaksud solat yang wajib ditunaikan oleh mereka yang cukup syarat-syaratnya ,dilakukan dalam waktu Zohor pada hari Jumaat dan dilakukan secara berjemaah oleh sekurang-kurangnya 40 orang ahli jemaah.
"Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali kerana meremehkannya maka dikunci pintu hatinya."
(Riwayat Ahmad)
Hukum menunaikannya ialah wajib fardhu ain ke atas lelaki yang cukup syarat-suaratnya dann hukum meninggalkannya jika tanpa sebab-sebab yang dibenarkan oleh syarak ialah berdosa besar.Malahan Rasulullah s.a.w pernah menyebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat Jumaat selama tiga minggu berturut-turut tanpa sebab yang dibenarkan syarak ,hatinya akan dicap sebagai munafik.
Waktunya
Dalam waktu zohor pada hari Jumaat.bagi orang yang telah menunaikan solat Jumaat,maka tidak wajib baginya menunaikan solat Zohor.
Syarat-syarat wajib solat Jumaat
- Islam
- Baligh
- Berakal
- Merdeka
- Lelaki
- Sihat
- Bermukim iaitu yang tidak dalam keadaan musafir.
Syarat-syarat sah solat Jumaat
- Dilakukan pada waktu Zohor pada hari Jumaat
- Dilaksanakan di masjid jamek(di kawasan yang ramai penduduk Islam).
- Disempurnakan oleh sekurang-kurangnya 40 orang ahli Jumaat
- Didahulukan dua khutbah
- Tidak didirikan dua Jumaat bagi sesebuah kampung kecuali jika jemaahnya terlalu ramai dan sukar setempat
- Kekal dalam jemaah sekurang-kurangnya bermula daripada takbiratul ihram sehingga selesai sujud kedua rakaat pertama,jika jumlah jemaahnya lebih daripada 40 ahli Jumaat.Tetapi jika jemaahnya hanya 40 ahli Jumaat,maka hendaknya kekal jemaah hingga selesai solat.
Panduan Pelaksanaanya
- Lafaz niatnya :
أصلي فرض الجمعة رکعتين مأموما لله تعالي
Maksudnya:Sahaja aku solat fardhu Jumaat dua rakaat mengikut imam kerana Allah Taala.
2.Datang awal ke masjid dan masuk dengan membaca doa masuk masjid sambil berniat iktikaf kemudian terus menunaikan solat tahiyatul masjid 2 rakaat
3.Sementara menunggu azan bacalah al Quran atau apa-apa zikir yang diharuskan secara perlahan.Elakkan daripada berbual-bual dan bermain-main.
4.Setelah azan,bangkit menunaikan solat sunat sebelum Jumaat dua rakaat,kemudian hendaklah mendengar khutbah,tidak tertidur dan tidak berkata-kata.
5.Setelah selesai khutbah Jumaat dan iqamah,bangkit menunaikan solat fardhu secara berjemaah.Apabila selesai solat,elok sama-sama mengaminkan doa yang dibaca imam.kemudian diikuti dengan solat sunat selepas Jumaat dua rakaat.
6.Setelah selesai keluar dari masjid dengan kaki kiri sambil membaca doa keluar masjid.
|