Loading

SALAM ALLAH BUAT SAIDITINA KHADIJAH

| Posted in ,

Kisah ini bermula ketika di saat -saat akhir taktala sudah sampai masa Saiditina Khadijah ,isteri pertama Rasulullah s.s.w menghadap Allah,tiada lain yang diungkapkan oleh Saiditina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai rasul utusan Allah ,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku ,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham ,maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini."

Ternyata ,kata-kata terakhir Saiditina Khadijah ini menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit betemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saiditina
Khadijah itu?"Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Aku dengari ,malah bisikannya juga,"Lantas Allah berpesan kepada Jibril untuk menyampaikan salam buat saiditina Khadijah ,wanita yang banyak menyumbangkan hartanya untuk menegakkan syiar Islam.
 

Jibril turun dan memberitahu Rasulullah s.a.w akan hal tersebut.Lalu Rasulullah s.a.w menyampaikan salam tersebut kepada isterinya yang tercinta itu.Sebaik menerima salam tersebut,maka Saiditina Khadijah lalu menjawab,sambil melafazkan bacaan yang begitu masyhur yang sering dibaca selepas solat yang berbunyi,"Allahumma antas salam-waminkas salam,Wa ilaika ya u'udus salam,Fahyyina rabbana bissalam,Tabaa rakta rabbana wa ta 'aalaita ya dzal jalaali wal ikram.(Ya Allah,Engkaulah kesejahteraan,dariMulah asal kesejahteraan dan kepadaMu pula kembali kesejahteraan,maka hidupkanlah aku dengan kesejahteraan dan masukkanlah aku ke dalam syurga negeri kesejahteraan.Maka Mulia Engkau Ya Allah yang memiliki kemegahan dan kemuliaan)

                                                                *Sumber dari majalah Al- Islam edisi Julai 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...