Wafat Rasulullah s.a.w
| Posted in rasul junjungan , sirah
Fakta Utama Kewafatan Rasulullah s.a.w
- Setelah tiga bulan menunaikan Haji Akbar iaitu dalam bulan Rabiul Awal tahun 11 Hijrah .Rasulullah s.a.w jatuh gering.
- Ketika sakit Rasulullah s.a.w berada di Madinah.
- Sebelum wafat Rasulullah s.a.w,sempat ziarah ke qubur sahabat-sahabat di Baqi'ul Gharqad tidak jauh dari masjid Nabawi dan sempat ziarah ke perkuburan syuhada' Uhud.
- Rasulullah s.a.w telah bersedia untuk kembali ke Hadhrat Illahi kerana tugasnya menyebarkan risalah Islam telah dapat disempurnakan.
- Rasulullah s.a.w wafat pada 12 Rabiul Awal (setengah riwayat 13 Rabiul Awal)tahun ke 11 Hijrah pada usia 63 tahun.
- Kewafatan Baginda menggemparkan orang Islam,namun mereka dapat ditenangkan oleh Saidina Abu Bakar as-Shiddiq r.a.
Kesihatan Rasulullah s.a.w terganggu.Badannya panas.Kepalanya sakit.Sudah beberapa hari keadannya begitu.Namun Baginda tetap melayani setipa isterinya.Baginda masih ke masjid dan Baginda masih mengarahkan gerakan penyebaran Islam,iaitu gerakan tentera ke Rum yang dipimpin oleh Usamah.
Tenang dan tabah Baginda menghadapi sakitnya.Tiada keluh kesah dan tiada banyak bicara.Hanya Fatimah,isteri-isteri dan para sahabat yang bimbang akan kesihatannya.
Beberapa hari sebelum itu,Baginda sempat pergi ke Baqiul Gharqad dan keperkuburan Syuhada' Uhud.Baginda bercakap dan berdoa untuk para syuhada'di Uhud katanya:
dalam sunyi yang sepi di atas kuburan itu,rasulullah s.a.w menyatakan dua pilihan yang telah ditawarkan oleh Allah Taala .Dinyatakan kepada Abu Muwaihibah yang menemaninya.
Keputusan itu semakin menjadi nyata.Rasulullah s.a.w semakin tenat.Baginda tidak berdaya lagi untuk ke masjid.Abu Bakar r.a menggantikannya.
Fatimah r.a. gelisah.Ali r.a juga gelisah.Aisyah r.a. juga gelisah.Setiap yang mencintai Rasulullah s.a.w juga gelisah.Perasaan gelisah mereka itu kembang di hati,nadi dan wajah mereka .
Mengapa Rasulullah s.a.w mahu pergi,sedangakan kemenangan baru dicapai,keamanan baru terbentuk,keselesaan baru berputik dan cinta hakiki berada di puncaknya?
Para sahabat mengelilingi Rasulullah s.a.w yang sedang tenat.
Kepada Aisyah r.a.isterinya,Rasulullah s.a.w berpesan supaya hartanya enam keping dinar disedekahkan.Lalu Rasulullah s.a.w berdoa:
"Ya Allah,matikan aku dalam keadaan fakir.Jangan Engkau matikan aku dalam keadaan yang kaya.Himpunkanlah aku dalam lingkungan orang miskin.Sekarang aku dapat berehat!"
Aisyah r.a meriba kepala Rasulullah s.a.w "Aku berdoa kepada Allah semoga tuan sembuh dan sihat."
Ketika itu,mata Rasulullah s.a.w tegak melihat ke atas,bagai ada sesuatu yang dilihatnya."Oh ,tidak.Teman yang Maha Tinggi."dia menolak harapan Aisyah.
Menitis air mata Aisyah,sayu dan hiba,"Tuan telah dipilih dan tuan telah memilih.Demi Allah yang mengutusmu dengan kebenaran."
Rasulullah s.a.w wafat.
Suara Rasulullah s.a.w semakin perlahan."Semangkuk air,"pintanya.
Seorang perempuan yang hadir segera mengambil air.Diunjukkan air itu kepada Aisyah r.a.
Rasulullah meraup air itu lalu disapukan ke mukanya ."Ya Allah!Tolonglah aku menghadapi sakaratul maut.
"Oh,alangkah beratnya derita ayah!"suara Fatimah r.a. berbaur tangisan.
"Tidak.Tidak akan ada lagi penderitaan ayahmu selepas ini..Mari,mari Jibril.Mari Jibril.Mari...,"panggil Rasulullah s.,a.w dengan tenang.
"Ya Ahmad!Allah mengutuskan aku menemuimu sebagai penghormatan untukmu,khas untukmum,atas urusan yang engkau lebih tahu."
Rasulullah s.a.w memberi isyarat dengan matanya,tanda faham walaupun tanpa sebarang kata.
"Ya Ahmad..ini Malaikat Maut.Dia meminta izin kepadamu.Dia tidak pernah meminta izin kepada orang lain sebelummu dan tidak akan meminta izin kepada orang lain selepasmu."kata Malaikat Jibril.
Dengan tenang dan ikhlas,Rasulullah s.a.w memberi izin.
"Aku izinkan".
Suasana sekitar sunyi sejenak.Kemudian tegang,lalu bertingkah air mata tangisan dengan esakkan.Rasulullah s.a.w sedang berhadapan dengan Malaikat Maut.
"Ya Rasulullah !Ya Ahmad.Allah mengutuskan aku untuk mengambil nyawamu.
"Lakukanlah,"izin Rasulullah s.a.w.
"Aku laksanakan permintaanmu."
Dengan hormat dan tenang ,Malaikat Maut menatang nyawa(ruh) Rasulullah s.a.w untuk dipersembahkan ke hadrat Allah dan beredarlah ia bersama Jibril dan selepas itu Jibril tidak akan turun lagi untuk menyampaikan wahyu. Rasulullah s.a.w pergi dengan tenang dan tenteram.Dia ditinggalakan penuh kehibaan.Tangisan dan esakkan ,air mata dan kesedihan memuncak sekali,mereka sedih menerima hakikat dan ketentuan Allah.
Gempar!Ada yang tidak percaya Rasulullah s.a.w telah wafat.Namun keadaan itu dapat ditenteramkan oleh sahabat yang paling karib kepada Rasulullah ,Saidina Abu Bakar r.a.
"Wahai manusia!Muhammad itu hanyalah rasul.Telah berlalu beberapa orang rasul sebelumnya...sesiapa yang menyembah Muhammad,Muhammad telah wafat,dan sesiapa yang menyembah Allah,sesungguhnya Allah tetap hidup dan tidak akan mati."
"Assalamualaikum!
"Wahai penghuni kubur!"
Semoga kamu selamat daripada sesuatu yang terjadi ke atas diri kamu,seperti ke atas diri orang lain.Fitnah telah datang seperti malam yang gelap gelita,yang kemudian menyusul yang pertama,dan kemudian lebih jahat daripda yang pertama".Masih sempat Baginda mengingati orang yang sudah pergi,dan dirasakannya Baginda akan menyusuli mereka.
dalam sunyi yang sepi di atas kuburan itu,rasulullah s.a.w menyatakan dua pilihan yang telah ditawarkan oleh Allah Taala .Dinyatakan kepada Abu Muwaihibah yang menemaninya.
"Abu Muwaihibah,Aku telah diberi anak kunci dunia ini serta kekal hidup di dalamnya,sesudah itu aku ditawarkan syurga.Aku diminta memilih ini atau bertemu dengan Allah dan hidup di syurga."
"Demi ayah bondaku!Ambil sahajalah kunci isi dunia ini serta hidup kekal di dalamnya,selepas itu barulah syurga"gesa Abu Muwaihibah.
"Oh tidak Abu Muwaihibah,aku memilih kembali menghadap Allah dan syurga."Pengakuan Rasulullah s.a.w meremuk setiap hati,meremuk setiap dada muslim.Hati dan bibir mereka mereka mengalirkan kata-kata,semoga Rasulullah s.aw merubah keputusannya.
Keputusan itu semakin menjadi nyata.Rasulullah s.a.w semakin tenat.Baginda tidak berdaya lagi untuk ke masjid.Abu Bakar r.a menggantikannya.
Fatimah r.a. gelisah.Ali r.a juga gelisah.Aisyah r.a. juga gelisah.Setiap yang mencintai Rasulullah s.a.w juga gelisah.Perasaan gelisah mereka itu kembang di hati,nadi dan wajah mereka .
Mengapa Rasulullah s.a.w mahu pergi,sedangakan kemenangan baru dicapai,keamanan baru terbentuk,keselesaan baru berputik dan cinta hakiki berada di puncaknya?
Para sahabat mengelilingi Rasulullah s.a.w yang sedang tenat.
"Ya Rasulullah ,tuan begitu panas sekali,"kata Abu Bakar r.a dengan nada yang perlahan.
"Benar...panasku dua kali ganda panas dua orang daripadamu."jawab Rasulullah s.a.w."Moga -moga tuan mendapat dua ganjaran."sahut sahabat.
"Ya .Demi Allah ,diriku berada dalam kekuasaanNya.Sesiapa sahaja muslim yang sakit lebih daripada orang lain,Allah akan menggugurkan kesalahannya seperti daun yang gugur dari pohonnya,"begitu berhikmah kata-kata Rasulullah s.a.w .Sahabat-sahabat r.a keluar dengan debaran.Aisyah dan Fatimah masuk.Fatimah menangis melihat keadaan Rasulullah s.a.w yang begitu tenat.
"Jangan menangis,anakku,"pujuk Rasulullah s.a.w Itulah satu-satunya anak yang masih ada.
"Jangan menangis katakanlah:انا لله وانا اليه راجعون(sesungguhnya kami bagi Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepadaNya),"nasihat Rasulullah s.a.w.Pujukan itu dapat diterima oleh Fatimh r.a.,namun perasaan sayu dan sedihnya tidak dapat dihapuskan.Pipinya sentiasa basah,tidak dapat dihalangnya air mata itu daripada keluar.