Loading
Showing posts with label rasul junjungan. Show all posts
Showing posts with label rasul junjungan. Show all posts

Bulan Terbelah- Mukjizat Nabi Muhammad s.a.w

| Posted in , ,

Mukjizat yang paling besar sehingga ke hari ini adalah al-Quran itu sendiri. Sejak 1400 tahun lalu, al-Quran tetap terjaga keasliannya. Di dalam Quran terdapat rahsia sains moden.

Selain itu mukjizat lainnya adalah ajaran Islam itu sendiri. Sejak 1400 tahun lalu, Nabi Muhammad saw mengatakan bahawa babi dan arak itu adalah haram dan dilarang untuk di makan dan diminum. Sampai sekarang hukum ini tetap dipatuhi oleh ummat Islam walaupun sudah 14 abad berlalu. Berbeda dengan ajaran Nabi Isa yang telah diseleweng dan diubah oleh Paulus.

Selain itu mukjizat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah saw dengan izin Allah swt adalah membelah bulan. Adakah ini benar? Mari kita mencari kebenarannya.

MUHAMMAD UTUSAN TERAKHIR

| Posted in ,




Cinta Nabi Tanda Sempurna Iman

| Posted in ,

Alhamdulillah baru-baru ini seluruh umat islam menyambut ulang tahun kelahiran nabi Muhammad s.a.w .Kita perlu memanjatkan rasa kesyukuran kerana dikurniakan nikmat kehidupan oleh Allah SWT.Selepas iman dan akidah,pengukuhan iman seorang Muslim dikuatkan Muslim dikuatkan dengan keimanan kepada Rasulullah .Beriman kepada rasul juga mesti sampai ke peringkat buat apa yang nabi buat,bukan pilih-pilih tapi segala-galanya mesti diikut kerana segala perbuatan nabi ialah merupakan wahyu daripada Allah.Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud "Tiadalah segala yang datang dari nabi itu nafsu melainkan wahyu yang diturunkan kepadanya."

Jadi kita perlu  melakukan apa yang nabi suruh kita lakukan.Itu sebabnya nabi diutuskan dalam kalangan manusia.Bayangkan jika malaikat yang menjadi nabi,kita pasti susah mahu ikut kerana malaikat tak minum,tak makan dan tak kahwin.Kehidupan Rasulullah s.,a.w berlandaskan wahyu Allah.Semua orang makan,tapi jika makan cara nabi jadi ibadat.Begitu juga kahwin,nabi ajar cara perkahwinan yang betul,begitu juga hiburan,nabi mengajar cara berhibur yang betul.

Wafat Rasulullah s.a.w

| Posted in ,

Fakta Utama Kewafatan Rasulullah s.a.w
  1. Setelah tiga bulan menunaikan Haji Akbar iaitu dalam bulan Rabiul Awal tahun 11 Hijrah .Rasulullah s.a.w jatuh gering.
  2. Ketika sakit Rasulullah s.a.w berada di Madinah.
  3. Sebelum wafat Rasulullah s.a.w,sempat ziarah ke qubur sahabat-sahabat di Baqi'ul Gharqad tidak jauh dari masjid Nabawi dan sempat ziarah ke perkuburan syuhada' Uhud.
  4. Rasulullah s.a.w telah bersedia untuk kembali ke Hadhrat Illahi kerana tugasnya menyebarkan risalah Islam telah dapat disempurnakan.
  5. Rasulullah s.a.w wafat pada 12 Rabiul Awal (setengah riwayat 13 Rabiul Awal)tahun ke 11 Hijrah pada usia 63 tahun.
  6. Kewafatan Baginda menggemparkan orang Islam,namun mereka dapat ditenangkan oleh Saidina Abu Bakar as-Shiddiq r.a.

Peristiwa Ketika Menguruskan Jenazah Rasulullah s.a.w

| Posted in ,


Apabila Rasulullah s.a.w. baru saja wafat, adalah diriwayatkan bahawa ketika Sayyidina Ali Bin Abu Talib r.a meletakkan jasad baginda diatas tempat tidurnya,tiba-tiba terdengar suara ghaib dari penjuru rumah berseru dengan nada tinggi:”"Jangan kamu mandikan jenazah Muhammad,kerana ia adalah orang yang suci lagi pula membawa kesucian!”Ali curiga terhadap suara itu seraya ia bertanya:
“Siapakah engkau?Bukankah Rasulullah menyuruh kami memandikannya.?Tiba-tiba terdengar suara ghaib yang lain berseru sebaliknya:
“Hai Ali!Mandikanlah Beliau!Suara ghaib yang pertama itu berasal dari suara iblis yang terkutuk kerana dengki terhadap Muhammad s.a.w. dan ia bermaksud supaya Nabi Muhammad tidak dimasukkan kedalam liang kuburnya dalam keadaan dimandikan.”

Peristiwa Kewafatan Rasululah s.a.w

| Posted in ,

Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa itu Rasulullah SAW berada di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah SAW tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah SAW bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibrail dan berkata: "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan demikian juga apa yang terlarang olehNya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Haji Wida' dan Khutbah Terakhir Rasulullah s.a.w

| Posted in ,

HAJI WIDA'
  1. Pada 25 Zulqaedah tahun ke-10 hijrah,Rasulullah s.a.w dengan lebih 100 000 orang kaum muslimin bertolak dari Madinah ke Makkah.
  2. .Baginda dan kaum muslimin bermalam di Zulhulaifah,selepas memakai ihram mereka menuju ke Makkah dengan bertalbiah sepanjang jalan.
  3. 4 Zulhijjah mereka sampai ke Makkah .Rasulullah s.a.w terus menuju ke Kaabah untuk mengucup Hajarul Aswad,melakukan tawaf dan solat sunat dua rakaat di Multazam berhampiran Maqam Nabi Ibrahim a.s
  4. ..Selepas itu,baginda melakukan ibadah sa'ie.8 Zulhijjah ,hari Tarwiyyah,setelah memakai ihram,Rasulullah dan para jemaah Haji pergi ke Mina dan bermalam di Mina.
  5. 9 Zulhijjah selepas Subuh dan setelah matahari terbit ,Rasulullah s.a.w dan jemaah Haji pergi ke Arafah.
  6. Rasulullah s.a.w berkhemah di Namirah di Wadi U'ranah.Di sini Baginda menyampaikan khutbah di atas unta Al-Qiswak,selepas gelincir matahari.Di dalam khutbah ini,Baginda menjelaskan dasar-dasar hidup Islam.
  7. Selepas solat Zohor dan Asar,Baginda dan jemaah berangkat menuju ke Mudzdalifah dan bermalam di sana,di Masya'ril Haram.
  8. Pagi 10 Zulhijjah selepas solat Subuh,Baginda dan jemaah haji pergi ke Mina untuk melakukan ibadah korban dan melontar jumrah,Baginda menyembelih qurban sebanyak 63 ekor unta.
  9. Haji Wida' ialah Haji Akbar.

Kelahiran Rasulullah s.a.w.

| Posted in ,

Sebagaimana yang kita maklum bahawa Baginda Nabi Muhammad s.a.w lahir pada hari Isnin,12 Rabiul Awal bersamaan 20 April tahun Gajah di Makkah al-Mukarramah..Sambutan kelahiran Baginda disambut saban tahun di negara kita malah seluruh dunia demi memperingati kelahiran Baginda yang membawa rahmat kepada alam semesta.Sebagaimana dalam surah al-Anbiya' ayat 108.:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ ﴿١٠٧﴾
Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad),melainkan untuk menjadi rahmat untuk sekalian alam.

Kenapa pada kelahiran Nabi s.a.w dikenali sebagai tahun gajah??Hal ini kerana berkait rapat dengan penyerangan tentera Abrahah untuk meruntuhkan Kaabah dengan menggunakan tentera bergajah.Hal ini kerana,beliau begitu marah kerana kehebatan gereja besar yang dibinanya telah diambil oleh Kaabah. lalu Abrahah terus mengumpulkan tentera bergajah untuk menyerang kota Makkah.Namun ketika tentera bergajah hendak memasuki Kota Makkah,gajah-gajah Abrahah terus bersimpuh dan langsung tidak bergerak tetapi apabila dihadapkan ke Yaman,terus gajah-gajah tersebut lantas bangun.Tentera Abrahah bingung lalu Allah mengutuskan ribuan ekor burung (Ababil) yang sedang membawa batu yang sebesar biji gandum tetapi kelihatan membara dan lantas menghancurkan tentera Abrahah seperti yang tercatat dalam al Quran surah al-Fiil.

BIODATA RASULULLAH S.A.W

| Posted in ,

Lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut Maulidur Rasul 1433H..Kali ini saya berkesempatan untuk menyampaikan ilmu tentang serba sedikit biodata Rasulullah..Kata orang "Kalau tidak kenal ,maka tidak cinta",begitu juga dengan Rasul junjungan kita ini,kalau kita tidak kenal dengan lebih mendalam pada Rasulullah maka kita tidak akan cinta kepada Rasulullah dengan lebih mendalam lagi sebagaimana kita cintakan pasangan kita dengan sebaik-baiknya.

Nama:Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Adu Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik
Tarikh Lahir:Subuh hari Isnin,12 Rabiul Awal berasamaan 20 April 571 M pada tahun Gajah ( ketika tentera bergajah Abrahah hendak meruntuhkan Kaabah tetapi dihalang oleh Allah s.w.t dengan menghantar burung Ababil sebagaimana dalam Surah al-Fiil.)
Tempat Lahir:Rumah Abdul Mutalib,Makkah al -Mukarramah
Nama Bapa:Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim
Nama Ibu:Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah.
Asal Keturunan:Nabi Ismail a.s bin Nabi Ibrahim a.s
Pengasuh Pertama:Barakah al-Habsyiyyah(digelar Ummu Aiman,Hamba perempuan bapa Rasullullah.)
Ibu Susu Pertama:Thuwaibah(hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu Susu Kedua:Halimah binti Abu Zuaib as-Saadiah(lebih dikenali dengan Halimatus Saadiah.Suaminya bernama Abu Kabsyah. 
Nota Tambahan:Nabi sudah kehilangan bapanya sejak baginda masih dalam kandungan ibunya lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...