Loading
Showing posts with label kiamat. Show all posts
Showing posts with label kiamat. Show all posts

Kisah Nabi Khidir a.s

| Posted in , , , ,

Kisah Perjalanan Ladunni Nabi Musa AS bersama muridnya serta Nabi Khidir AS merupakan kisah yang telah lama kita kenal dan sebut-sebutkan untuk menjadi contoh tauladan kepada manusia yang berilmu. Kisah ini mengandungi pengertian yang sangat dalam dalam ertikata mengenal Sang Pencipta yang Maha Besar. Di mana tempat ‘jumpanya’ ilmu itu? Itulah dia di tempat pertemuan antara dua laut. Di situlah bermulanya Ladunni yang di sebut-sebut para Ahli Sufi. Kisah perjalanan Ladunni Nabi Musa AS dan Nabi Khidir AS dinukilkan di dalam terjemahan Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Kahfi (ayat 60 hingga 82). semoga mendapat manfaat bersama.

Nama-nama Syurga

| Posted in , ,

Berikut ini nama-nama Syurga serta tingkatan dan calon-calon penghuninya.

1. Syurga Firdaus
Syurga Firdaus diciptakan oleh Allah SWT dari emas. Tentang calon penghuninya dijelaskan dalam surat Al Mu’minun ayat 1-11, yanag ertinya sebagai berikut:

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (iaitu) orang-orang yang khusyu dalam shalatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. (Yakni) yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.” (al-Mu’minun:1-11)
syurga
gambaran syurga

Dajjal Wujud Tanda Besar Hari Kiamat

| Posted in

Asal usul keluarganya
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin”.

Seperti halnya Nabi Isa as yang di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dengan Iblis yang di tangguhkan kematiannya sehingga hari kiamat nanti.

Ayah Dajjal seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya.

Bulan Terbelah- Mukjizat Nabi Muhammad s.a.w

| Posted in , ,

Mukjizat yang paling besar sehingga ke hari ini adalah al-Quran itu sendiri. Sejak 1400 tahun lalu, al-Quran tetap terjaga keasliannya. Di dalam Quran terdapat rahsia sains moden.

Selain itu mukjizat lainnya adalah ajaran Islam itu sendiri. Sejak 1400 tahun lalu, Nabi Muhammad saw mengatakan bahawa babi dan arak itu adalah haram dan dilarang untuk di makan dan diminum. Sampai sekarang hukum ini tetap dipatuhi oleh ummat Islam walaupun sudah 14 abad berlalu. Berbeda dengan ajaran Nabi Isa yang telah diseleweng dan diubah oleh Paulus.

Selain itu mukjizat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah saw dengan izin Allah swt adalah membelah bulan. Adakah ini benar? Mari kita mencari kebenarannya.

Gempa Bumi di Acheh

| Posted in , , ,

Assalamualaikum,saya juga berkesempatan untuk menulis tentang peristiwa gempa bumi yang baru berlaku pada hari ini lebih kurang pada jam 4.38 petang waktu Malaysia berukuran 8.9 skala Richter yang berpusat di Acheh .
Gegaran turut dirasai di Malaysia iaitu negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia.
Sejurus dari itu,amaran Tsunami telah dikeluarkan di beberapa negara di Lautan Hindi iaitu di Indonesia,India,Sri Lanka,Australia,Myanmar,Thailand,Maldives,Britain,Malaysia,Mauritius,Seychelles,Pakistan
,Somalia,Oman,Madagascar,Iran,UAE,Yemen,Bangladesh,Tanzania,Mozambique,Kenya,Afrika Selatan dan Singapura dan beberapa negara kepulauan di Lautan Hindi.

Dajjal-Akhir Zaman

| Posted in , , ,

 Dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya: Siapa dajal? Di mana tempat tinggalnya? Siapa keturunannya? Bila dia dilahirkan? Bagaimana rupa fizikalnya? Bila dia akan muncul? Dan bagaimana untuk mengelakkannya?
Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

Beriman Dengan Hari Kiamat 2

| Posted in , ,

Entri kali ini pula ialah kesinambungan daripada entri yang lepas iaitu Beriman Dengan Hari Kiamat 1.Anda boleh lihat di link ini.
Bilakah Berlakunya Kiamat??

Soalan bilakah kiamat ini sering diperkatakan oleh semua manusia di dunia ini,sehingga ada yang mengatakan kiamat akan berlaku pada tahun ini iaitu berdasarkan penemuan arkeologi kalendar Kaum Maya yang mengatakan kiamat berlaku pada 21.12.2012..Adakah ini benar??Sebenarnya kita tidak patut meramalkan bila datangnya kiamat ini.Hal ini kerana,kiamat ialah rahsia Allah s.w.t.Hal ini ada dijelaskan oleh Allah s.w.t:

KIAMAT 2012:AGENDA ZIONIS YAHUDI

| Posted in , , ,

Sekarang sudah heboh bahawa kiamat akan berlaku pada tahun ini dengan peristiwa akan berlakunya rempuhan komet atau Planet Nibiru yang akan menyebabkan kemusnahan yang besar pada Bumi.Adakah dakwaan ini benar??Sebenarnya dakwaan ini hanyalah rekaan semata-mata oleh Zionis Yahudi yang ingin menghancurkan umat Islam..Bukankan Hari Kiamat itu ialah rahsia daripada Allah s.w.t??Jadi,macam mana rahsia Allah ini boleh diketahui oleh manusia dengan meramalkan kiamat berlaku pada tahun ini??Padahal Nabi Muhammad s.a.w,Malaikat Jibril juga tidak mengetahui bila datangnya kiamat ini.Malah Malaikat Israfil yang diperintahkan oleh Allah s.w.t pun tidak tahu bila datangnya kiamat ini,dia hanya menunggu perintah Allah s.w.t sahaja untuk meniup sangkakala yang menyerupai trompet itu.

  Malah ada hadis sohih yang menguatkan lagi kenyataan bahawa Nabi s.a.w dan Malaikat Jibril tidak mengetahui bila datangnya kiamat ini iaitu pada hadis Iman,Islam dan Ihsan ini yang diriwayatkan oleh Imam Muslim iaitu ketika peristiwa Saidina Umar dan para sahabat yang lain sedang berada dalam sebuah majlis bersama Rasulullah s.a.w lalu datang Malaikat Jibril yang menyerupai seorang lelaki yang berpakaian sangat putuh,berambut sangat hitam,tidak terlihat olehnya tanda-tanda perjalanan yang panjang dan mereka sendiri tidak mengenalinya.Hadis ini amat panjang tetapi saya hanya fokuskan mengenai Kiamat ini.


"........Orang itu berkata lagi : Beritahukan kepadaku tentang kiamat.Nabi s.a.w menjawab : Orang yang bertanya tentang itu lebih tahu daripada orang yang ditanya. ......."
                                                                                                                  (Riwayat Muslim)


Siapa yang meramalkan kiamat terjadi  pada tahun 2012 dan apa yang kita tahu tentang ramalan tersebut.?

Beriman Dengan Hari Kiamat 1

| Posted in , ,



Pengertian Hari Kiamat

Hari Kiamat atau hari Akhirat ialah hari dibangkitkan semula semua manusia dan makhuk yang lain Allah s.w.t di alam baharu iaitu alam akhirat setelah alam ini dimusnahkan dan semua manusia serta makhluk dimatikan.Masa berlakunya kiamat ialah bermula dari ditiupkan sangkakala yang pertama oleh malaikat Israfil sebagai petanda barakhir dan musnah dunia ini dan seluruh makhluk di dalamnya dimatikan,kemudian ditiupkan sangkakala yang kedua lalu dibangkitkan semua yang telah mati dan semua makhluk di alam yang baru iaitu Alam Akhirat.Semuanya bangkit dalam kedaan yang gempar dan kelam-kabut,masing-masing dengan dirinya dan tidak menghiraukan orang lain sekalipun anak,ayah,ibu,suami atau isteri,masing-masing bergerak menuju ke padang mahsyar untuk dihisap segala amalan mereka dan ditentukan nasib mereka sama ada syurga atau neraka.Peristiwa ini ada digambarkan dalam Firman Allah s.w.t:

Dajjal Muncul Di Khurasan

| Posted in , , ,



Inilah sebahagian dari tanda-tanda akhir zaman. Bahawa telah muncul "Dajjal" bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tempatnya India Selatan. Merujuk pada riwayat hadis dari Jamiu at Tirmidzi,
"Rasulullah SAW bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini di bahagian timur bernama Khurasan"
Maka boleh jadi yang dimaksudkan Rasulullah SAW tersebut ialah benar . Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda: "Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajjal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "
Dan Sai Baba ini boleh jadi ialah salah satu daripada 30 dajjal-dajjal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masih al-Dajjal (Dajjal nantinya akan berperang dengan Imam Mahdi dan dibunuh oleh nabi Isa bin Maryam).

SIAPA SAI BABA ITU DAN BAGAIMANA CIRI-CIRI DAJJAL MENURUT RASULULLAH SAW?
-Lelaki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati,
-Menyembuhkan orang lumpuh dan buta,
-Bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya.
-Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap,
-Menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang bahkan  jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama.
Pada masa ini lelaki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut.

"Dajjal ialah seorang lelaki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim)
"Di awal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)

KOMPLEKS GEREJA TERBESAR DI ASIA

| Posted in , , ,

gereja
kompleks gereja

Apabila umat, ulama' dan umara' sepakat untuk tidur....

Calvary Church 6 tingkat ini bakal menjadi kompleks gereja yang terbesar di Asia dan kini di dalam proses pembinaannya di Bukit Jalil.

Pada tahun 1972 dulunya, Keahliannya CC hanyalah seramai 120 orang tetapi kini telah menjangkau 7000+ di atas usaha gigih mereka.

Dengan motto 'PREACH' yang diimani dan dilaksanakan, maka hasilnya semakin terserlah ke hari ini.

P-Preach the Gospel to ALL nations
R-Research and publish materials on church leadership and missiology
E-Encourage and train pastors, leaders and missionaries
A-Assist churches in developing their missions program
C-Conduct evangelistic rallies, missions and church growth conferences
H-Help coordinate relief projects for humanitarian needs globally

Sudah menjadi sunnah alam bahawa hasil dan kejayaan hanya akan datang dengan usaha dan pengorbanan. Maka perkembangan ini tidaklah begitu mengejutkan sangat.

Jangan tuding jari kepada mereka yang lain dengan berlakunya banyak kebocoran, keciciran dan kemurtadan di kalangan umat Islam tetapi tanyakanlah kepada diri kita sendiri tentang sumbangan kita kepada Islam yang diimani ini.

KERINGNYA TASIK GALILEE & TURUNNYA NABI ISA

| Posted in , , ,

Assalamualaikum semua para hadirin sekelian... salam peringatan dari saya berkenaan tasik galilee, sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun kering dengan derasnya... Nama lain bagi tasik ini ialah: - Lake of Gennesaret - Lake Kinneret - Sea of Tiberias Ada 1 hadis Sahih yang saya sengaja tiada tunjukkan di sini, memberitahu saya dan anda semua, bahawa... bila keringnya tasik ini, maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikan lah tasik ini, sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda2 besar... Carilah hadis sahih ini sampai dapat, dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini, di ketika anda tahu itu, anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat, menjadi kerisauan saya sekarang ialah, tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi, dan 9 tahun telah pun berlalu... Saudara serumpun ku... anda semua harus beringat, bila tasik ini kering, maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi, membantu imam mahdi, memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi... dan aku ingatkan lagi, hadis ini amatlah sahih, sedangkan tiada 1 ulamak di tanah Melayu pun berani membongkar hadis sahih ini, dengan kata lain, mereka tahu tapi mereka kekurangan berani, kerana hakikat itu jelas, tasik galilee sedang kering dengan lajunya, dan mengikut kajian sains, tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasarnya, dan ketika itulah Nabi Isa turun... dan anda semua kena faham, sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses2 untuk menjadi ASBAB perlunya baginda turun, ASBAB itu mestilah terjadi, ini bermakna wahai tuan2... Proses ini "sepatutnya" sudah berlaku: - tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari... - ini bermakna sistem dajal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajal muncul dengan sempurna) - bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita - anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda hensem dari timur itu dilantik menjadi imam mahdi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun.... - dan ini bermakna, adalah amat saya yakini, bahawasanya, pemimpin hensem dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita, samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak2 ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti... -ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam forum ini melainkan untuk mengajak kamu semua langsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak, dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang ahal ini, namun anda mungkin terlambar di saat itu... -dan kerana itulah saya hadir untuk menyelamatkan ramai traders dan ramai dari mereka dapat kaut untung yang banyak dan dapat langsaikan hutang dunia sebelum saat itu tiba... Ingatla saudara2 ku... Mereka ber-3 akan muncul selang silih sahaja, dan mereka ber-3 berkongsi gelaran yang sama, mereka ber-3 adalah manusia belaka, 2 daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang, sedangkan 1 dari mereka ber-3 berumur pendek tapi dapat meminpin dunia. Ketahuilah mereka ber-3 ialah: - Al Masih Imam Mahdi - Al Masih Dajjal - Al Masih Isa Ingatlah kawan2... sekiranya umur anda adalah sekitar 20 han 30 han (pada hari ini), percayalah, dalam tempoh 50 tahun ini sahaja, semua tanda2 untuk munculnya tanda2 besar, pasti 100% muncul di zaman anda, samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak2 anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu, ketahuilah, tasik galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi, dan proses

Akhir Zaman

| Posted in , , ,

Umur ummat Islam tinggal beberapa tahun lagi.

Kiamat akan segera tiba. Begitu tema yang sering diceramahkan muballigh muda,
Muhammad Ihsan Arlansyah Tanjung (42). Tema Ma'rifatuz Zamaan atau Mengenal
[tanda-tanda] Zaman itu disebarluaskan terus oleh Ihsan dengan "berpegang pada
Al-Quran dan hadits-hadits shahih," tukasnya.

Salah satu contohnya adalah Al-Quran Surat Muhammad ayat 8, "Maka tidaklah yang
mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat, (yaitu) kedatangannya kepada mereka
dengan tiba-tiba. Karena sesungguhnya telah datang syarat-syaratnya."

Sedangkan syarat atau tanda-tanda (kecil) kiamat di antaranya tercantum dalam
Hadits Riwayat Muslim dari eUmar bin Khaththab Radhiallaahu 'anhu, yang
diriwayatkan pula oleh Ahmad dari Ibnu Abbas. Bunyinya, "Apabila budak perempuan
melahirkan tuannya, dan ketika penggembala kambing yang telanjang kaki serta
kekurangan pakaian tinggal di gedung-gedung tinggi.."

Apakah fenomena di atas sudah terjadi saat ini? "Sekarang ini, anak yang kurang
ajar dan suka ngatur orangtua tidak cuma ada di Barat. Di negeri kita yang
mayoritas Muslim pun terjadi, anak menyuruh ibunya begini-begitu. Seolah-olah
anak itulah tuan, dan si ibu menjadi hamba sahaya," jelas Ihsan.

Tanda-tanda lainnya adalah imraatus sibyaan (kekuasaan di tangan anak-anak). Itu
bisa berarti bahwa penguasa di rumah tangga adalah anak-anak, bukan lagi
orangtua. Atau, yang menjadi penguasa di masyarakat adalah orang yang
berkarakter kekanak-kanakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...