KIAMAT 2012:AGENDA ZIONIS YAHUDI
| Posted in aqidah , hadis , isu semasa , kiamat
Sekarang sudah heboh bahawa kiamat akan berlaku pada tahun ini dengan peristiwa akan berlakunya rempuhan komet atau Planet Nibiru yang akan menyebabkan kemusnahan yang besar pada Bumi.Adakah dakwaan ini benar??Sebenarnya dakwaan ini hanyalah rekaan semata-mata oleh Zionis Yahudi yang ingin menghancurkan umat Islam..Bukankan Hari Kiamat itu ialah rahsia daripada Allah s.w.t??Jadi,macam mana rahsia Allah ini boleh diketahui oleh manusia dengan meramalkan kiamat berlaku pada tahun ini??Padahal Nabi Muhammad s.a.w,Malaikat Jibril juga tidak mengetahui bila datangnya kiamat ini.Malah Malaikat Israfil yang diperintahkan oleh Allah s.w.t pun tidak tahu bila datangnya kiamat ini,dia hanya menunggu perintah Allah s.w.t sahaja untuk meniup sangkakala yang menyerupai trompet itu.
Siapa yang meramalkan kiamat terjadi pada tahun 2012 dan apa yang kita tahu tentang ramalan tersebut.?
Malah ada hadis sohih yang menguatkan lagi kenyataan bahawa Nabi s.a.w dan Malaikat Jibril tidak mengetahui bila datangnya kiamat ini iaitu pada hadis Iman,Islam dan Ihsan ini yang diriwayatkan oleh Imam Muslim iaitu ketika peristiwa Saidina Umar dan para sahabat yang lain sedang berada dalam sebuah majlis bersama Rasulullah s.a.w lalu datang Malaikat Jibril yang menyerupai seorang lelaki yang berpakaian sangat putuh,berambut sangat hitam,tidak terlihat olehnya tanda-tanda perjalanan yang panjang dan mereka sendiri tidak mengenalinya.Hadis ini amat panjang tetapi saya hanya fokuskan mengenai Kiamat ini.
"........Orang itu berkata lagi : Beritahukan kepadaku tentang kiamat.Nabi s.a.w menjawab : Orang yang bertanya tentang itu lebih tahu daripada orang yang ditanya. ......."(Riwayat Muslim)
Siapa yang meramalkan kiamat terjadi pada tahun 2012 dan apa yang kita tahu tentang ramalan tersebut.?
1. Ramalan suku Maya Kuno di Mexico yang meramalkan bahawa tahun 2012 gelombang galaksi yang besar-besaran akan muncul yang mengakibatkan pusingan dunia terhenti berdasarkan penemuan kalendar suku Maya yang berakhir pada 2012.
Kalendar yang terhenti pada 2012 tak sepatutnya menjadi alasan kuat kenapa kiamat berlaku pada 2012. Ia alasan yang lemah kenapa pembuat kalendar tu tidak meneruskan kalendar selepas 2012.
2. Juga buku ‘Apocalypse 2012’ tulisan Lawrence E.Joseph: 2007 yang menyatakan secara ilmiah bahwa pada tahun 2012 akan terjadi bencana yang melanda seluruh dunia atau kiamat 2012.
Siapa dia ni? Penulis novel biasa yang mampu meramal masa depan?
3. Ramalan ahli nujum Yahudi Nostradamus yang mengatakan kiamat pada 2012. Ahli nujum ni memang amat popular.. mati pada tahun 1566. Ramai peminat fanatik Nostradamus yang percaya bulat-bulat ramalannya dan ada juga yang cuba mengaitkan apa yang telah terjadi di dunia dengan ramalannya. termasuklah perang dunia kedua, Obama dan runtuhan menara berkembar WTC.
Kenapa nak percaya dengan ahli nujum ni? Ramalan dia hanyalah dongeng dan peminat fanatiknya hanya memadankan peristiwa yang berlaku sekarang dengan ramalannya. Contohnya runtuhnya menara berkembar World Trade Centre (WTC). Peminatnya mengatakan Nostradamus telah meramalkan ianya akan berlaku lebih 500 tahun lampau lagi. Jika dibaca ramalannya hanyalah menyebut dua saudara kembar yang akan terbakar (saudara kembar ni di tafsir sebagai menara berkembar WTC).
4. Nasa mengatakan Nibiru atau Planet X atau Eris yang sedang mendekati Bumi dan akan menyebabkan kerosakan kepada bumi seterusnya merosakkan seluruhan bumi.
Jawapan kepada pertanyaan ini ada dalam website NASA dan mengatakan ia hanyalah satu pembohongan dan NASA tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.
5. Dan yang paling utama ialah rancangan jahat zionis Israel untuk menciptakan ketetapan dunia baru atau The New World Order. Dunia baru yang dicanangkan oleh kelompok zionis Israel nantinya dengan mengurangi jumlah penduduk bumi hingga 90% dan hanya tinggal bangsa Yahudi sahaja.
Ini yang patut kita bimbang.. yahudi sangat licik dan menguasai semua kelengkapan stategi untuk mencapai matlamatnya. Hati-hati.. jangan sampai termasuk dalam perangkap zionis Yahudi.
Kesimpulannya, jika tahun 2012 akan terjadi kiamat, ianya adalah semata-mata kerana kehendak-Nya. Allah SWT maha mengetahui segala rahsia didunia dan akhirati, manusia tidak mungkin dapat mengetahuinya. Janganlah kita menjadi sesat kerana mempercayai ahli nujum dan ramalan tukang tilik atau terpedaya dengan mainan Zionis Yahudi.
kiamat 2012 |