Loading

BERSUGI

| Posted in , ,

Bersugi ialah perbuatan menggosok gigi dengan kayu meswak.Berdasarkan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah,hukum bersugi ialah sunat dan makruh apabila orang yang berpuasa tidak kira sama ada puasa fardhu di Ramadhan atau puasa sunat selepas gelincir matahari,iaitu selepas masuk waktu Zuhur.
    "Kalau tidaklah menyusahkan umatku jika  aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk"(Riwayat Imam Ahmad)
Terdapat juga hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Saiditina Aisyah.

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda :Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya." 
Waktu yang paling dituntut untuk bersugi ialah selepas bangun tidur (terutama pada waktu pagi ),ketika hendak membaca Al-Quran dan ketika mulut kita berubah bau.


Ada beberapa pandangan ulama yang mengatakan bahawa bersugi  tidak semestinya dengan kayu meswak.Berdasarkan hadis Rasulullah di atas,penekanan tentang bersugi ini adalah supaya kita menjaga kebersihan mulut.Oleh itu,mengambil kira saranan Rasulullah supaya membersihkan mulut ,kita boleh sahaja bersugi dengan cara menggosok gigi,kini sudah ada ubat gigi yang diperbuat daripada estrak kayu meswak.

Apa pun,sama ada menggunakan ubat gigi ataupun kayu meswak ,yang penting kita melakukannya dengan niat mengamalkan sunnah Rasulullah dengan cara yang paling dekat dengan baginda atas dasar cinta kepadanya .Bak kata Rasulullah dalam khutbah terakhirnya iaitu dalam peristiwa Haji Wida' (حاج وداء).
 
"Barangsiapa yang mencintai sunnahku ,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintai aku akan masuk syurga bersama-sama aku."

Alat yang digunakan untuk bersugi ialah berus gigi,kayu arak(siwak),.rotan,mayang  kelapa dan lain-lain.

Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan dengan sebelah kanan mulut dan terus dilakukan atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.

Di antara kelebihan orang yang bersugi ialah:-
  1. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh  rakaat sembahyang dengan tidak bersugi". 
                                                           (Riwayat Muslim)

  2.Dapat menambhkan akal.
  3.Dapat mencerahkan mata.
  4.Melambatkan tumbuh uban.
  5.dapat menggandakan pahala.
  6.Dapat mengucapkan syahadah taktala hampir ajal.

bersugi
kayu sugi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...