Loading

Makan Tidak Menyebut Nama Allah

| Posted in ,

 Akibat Makan tidak Menyebut Nama Allah
Abu Daud mentakhrijkan sebuah hadis daripada Huzaifah r.a.,beliau berkata:"Jika kami menghadiri jamuan makan bersama-sama Rasulullah s.a.w ,maka tidak seorang pun dari kami yang meletakkan tangan(pada makanan) sehingga Baginda yang memulakan.(Suatu hari) ketika kami sedang menghadiri jamuan makan bersama Baginda,tiba-tiba muncul  seorang Arab Badwi kelihatan seperti terburu-buru dan terus menghulurkan tangannya kepada makanan.Baginda bertindak memegang tangan orang Badwi itu.Kemudian datang pula seorang hamba perempuan yang sama seperti orang Arab Badwi tadi berburu-buru menghulurkan tangan kepada makanan,lalu Baginda memegang tangan hamba perempuan itu seraya bersabda:
"Sesungguhnya syaitan benar-benar menghalalkan makanan yang tidak disebutkan nama Allah padanya,dan sesungguhnya ia datang bersama bersama-sama orang Arab Badwi ini untuk menghalalkannya.Maka aku menahan tangannya dan ia datang bersama hamba perempuan (jariah) ini untuk menghalalkannya,maka aku menahan tangannya.Demi yang diriku berada di Tangan-Nya,bahawa Tangan-Nya ada di tanganku bersama-sama tangan kedua-dua orang ini.""

syaitan
syaitan berusaha untk menyesatkan
manusia

Syaitan Memuntahkannya Kembali.

Abu Daud mentakhrij daripada Umayyah bin Makhsyi,dia berkata:"Rasulullah s.a.w sedang duduk,sementara berhampiran beliau ada seorang lelaki yang makan tanpa menyebut nama Allah.Ketika makanannya tinggal satu suapan ,maka dia mengucapkan
                                             بِسْمِ اللهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ(dengan nama Allah)sebelum menyuapke mulut.baginda tersenyum lalu bersabda:
"Syaitan sentiasa makan bersama-samanya dan ketika dia menyebut nama Allah,maka syaitan memuntahkan (makanan dari)perutnya.""
Al-Tirmizi dan al-Hakim mentakhrij daripada Abu Hurairah r.a.,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya syaitan mendatangi seseorang anatara kamu sekalian dalam segala urusannya,termasuk juga waktu mendatangi makanan.Jika ada makanan yang jatuh daripada salah seorang daripada kamu,hendaklah dia  membuang kekotoran yang ada,kemudian hendaklah dia memakannya dan janganlah dia meninggalkannya untuk syaitan."
Imam Muslim dan Abu Daud meriwayatkan daripada Jabir r.a,bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Jika seseorang memasuki rumahnya,lalu menyebut nama Allah ketika memasukinya dan ketika makan,maka syaitan berkata(kepada rakan-rakannya):"Tidak ada tempat tinggal dan tidak ada makan malam bagi kamu sekalian."Jika dia masuk tanpa menyebut nama Allah ketika masuk,maka syaitan berkata:"Kamu sekalian dapat tempat tinggal dan makan malam." 
Larangan Makan dengan Tangan Kiri

Imam Muslim,Abu Daud dan al-Tirmizi meriwatkan daripada IbnUmar r.a. ,daripada Nabi s.a.w ,Baginda bersabda yang bermaksud:
"Jika salah seorang antara kamu makan,hendaklahmakan dengan tangan kanannya.Dan jika minum,hendaklah minum dengan tangan kanannya kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri."
Ibn Abd al-Bar berkata:"Dalam hadis tersebut terkandung dalil bahawa syaitan makan dan minum.Ada segolongan yang mentakwilkan hadis ini berdasarkan makna kiasan;bahawa makan dengan tangan kiri merupakan suatu yang disukai syaitan dan dia menyeru kearahnya,sebagaimana yang disebutkan dalam hadis yang lain bahawa warna merah ialah perhiasan syaitan.Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim daripada Rafi' bin Yazid iaitu:"Sesungguhnya syaitan menyukai warna merah,maka jauhilah warna merah pada setiap pakaian untuk dipamerkan.""Namun hadis ini dihukum dhaif.

Menurut riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Maka'id al-Syaitan dan Abu al-Syeikh al-Asbahani dalam al-'Uzmah daripada Yazid bin Jabir berkata:
"Tidak ada sebuah keluarga daripada orang Muslim melainkan di atas atap rumah mereka ada sebuah keluarga daripada jin Muslim.Jika makan siang mereka dihidangkan,keluarga jin itu pun turun dan ikut makan bersama mereka,dan jika malam dihidangkan,keluarga jin itu pun turun dan ikut makan malam bersama mereka.Allah membela para jin dengan keberadaan mereka."Wallahu a'lam. 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...