Loading

Kisah Syatan dengan Nabi Muhammad s.a.w

| Posted in ,

Assalamualaikum..dalam entri yang terdahulu saya ada menerangkan tentang kehidupan dan tugas-tugas syaitan.Anda boleh klik pada link ini untuk melihat entri terdahulu.Sekarang pada entri kali ini saya akan memaparkan kisah syaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w.


Kisah Syaitan dan Nabi Muhammad s.a.w

Nabi Muhammad s.a.w ialah Rasul yang diutuskan untuk semua makhluk yang bernama manusia dan jin.Semasa hayatnya,Baginda telah banyak bertemu dengan jin untuk menyampaikan risalah ketuhanan supaya jangan sampai dihadapan Tuhan nanti Jin akan menuntut sesuatu daripadanya.

  Setelah Iblis diperintah oleh Allah Taala melalui malaikatnya ,dia pun pergi menghadap Rasulullah s.a.w dengan merupakan dirinya sebagai seorang manusia tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut panjang sekali.Apabila Iblis sampai di hadapan Rasulullah s.a.w maka Iblis pun memberi salam dengan takzimnya sehingga tiga kali.Walaupun dia memberi salam sebanyak tiga kali,Rasulullah s.a.w tidak menjawab salamnya



Berkata Iblis:Ya Rasulullah ,mengapa engkau tidak menjawab salamku itu?Bukankah salam itu satu penghormatan dan juga doa  kepadamu yang datang dari Allah s.w.t ?"Berkata Rasulullah s.a.w :"Wahai Aduwallah kepada akukah yang engkau hendak menunjukkan tipu dayamu?Sebagaimana engkau menipu Nabi Adan a.s sehingga menyebabkan keluarnya dia dari syurga bersama-sama dengan isterinya Hawa'?Atau seperti anaknya iaitu Qabil yang engkau telah melakukan tipu daya sehingga Qabil sanggup membunuh adiknya sendiri iaitu Habil cuma disebabkan hal yang sangat kecil?Atau sebagaimana engkau telah membuat tipu sulit kepada Nabi Ayyub a.s. dengan menghembuskan asap beracun sewaktu Baginda sedang sujud kepada Allah Taala sehingga menyebabkan dia sakit melarat  beberapa lama?Atau sebagaimana engaku tipu Nabi Dawud a.s. dan juga anaknya Nabi Sulaiman a.s.?Atau sebagaimana engkau tipu Nabi Sulaiman dan mencuri cincinnya dan banyak lagi orang yang telah engkau laksanakan tipu dayamu yang licin itu?Adakah kini engkau hendak menipu aku pula?

Wahai Iblis aku kenal sangat dengan engkau ini,oleh sebab aku kenal dengan engkau itulah  sebabnya aku tidak menjawab salam yang engkau berikan itu walaupun sampai tiga kali.Memang salam itu sangat baik disisi Allah,dan di dalam salam itu mengandungi rahmat dan selamat serta berkat dari Allah.Tetapi salam dari kamu sahaja aku tidak menjawabnya,kerana kepadamu ialah diharamkan memberi salam,ini disebabkan kutukan laknat dari Allah s.w.t terhadapmu hingga ke hari kiamat kelak.Jadi haram menjawab salam dari orang yang kene kutukan seperti dirimu .Sekarang jelaslah maksud sebenar kamu datang untuk bertemu denganku ini!"

Berkata Iblis :"Ya Rasulullah ,janganlah engkau marah wahai Khatamun Nabiyyin .Sebenarnya aku datang menghadapmu ialah atas perintah Allah s.w.t dan diberitahu kepadaku oleh malaikat dan mereka memperingatkan supaya aku menjawab semua soalan yang engkau nyatakan nanti.Sekiranya aku berdusta ,nescaya akan hancur luluhlah diri dan badanku ini walaupun dengan sepatah kata yang dusta."

Setelah mendengar  kata dan sumpah Iblis itu,maka Rasulullah s.a.w pun tersenyum dan berkata di dalam hatinya,inilah satu peluang yang baik bagiku menyiasat  semua perbuatan Iblis dan akan didengar oleh  para sahabatku nanti.Semoga akan menjadi peringatan dan pengajaran kepada mereka dan semua umatku kelak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...