Loading

Al-Qasim bin Muhammad (pakar Fiqah dan Hadis)

| Posted in

Profil al-Qasim

  • nama penuh beliau ialah al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar al-Siddiq al-Taimi al-Qurasy,al-Madanial-Faqih.
  • tokoh tabiin.
  • tergolong dalam golongan yang digelar al-Fuqaha' al-Sab'ah.
  • cucu kepada sahabat terbilang,Abu Bakar al-Shiddiq r.a.
  • anak yatim yang dipelihara oleh ibu saudaranya,'Aisyah r.ha.
  • digelar Abu Muhammad ,dan ada yang mengatakan beliau digelar Abu 'Abd al-Rahman.
  • pakar hadis yang meriwayatkan secara langsung daripada Aisyah r.ha dan sahabat-sahabat yang lain.
  • wafat dalam keadaan buta pada tahun 107 Hijrah.
Abdul Rahman bin al-Qasim (anak al-Qasim) pernah mengatakan:"Beliau (al-Qasim) ialah manusia yang utama pada zamannya."Yahya bin Sa'id berkata:"Kami tidak melihat seorang pun di Madinah yang lebih kami utamakan daripada al-Qasim."Ibn Hibban pula mengatakan :"Beliau termasuk tokoh tabiin dan orang yang paling utama pada zamannya daripada sisi keilmuan dan fiqah."

Didikan Tokoh Melahairkan Tokoh

Apakah rahsia okoh fiqah dan hadis ini sehingga mampu menjadi ilmuwan besar pada zamannya?Apabila menyelak kisah hidupnya,maka hati tidak akan tertanya-tanya lagi.Apa tidaknya,beliau dididik langsung oleh tokoh fiqah dan hadis yang dkatakan paling berilmu pada zaman itu iaitu ibu saudaranya sendiri,Aisyah r.ha.Murabbinya seorang tokoh sahabat.Justeru lahirlah juga seorang tokoh besar generasi tabiin.

Meskipun al-Qasim diuji hidup sebagai anak yatim,namun hikmahnya cukup besar.Alangkah bertuahnya al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar al-Shiddiq yang dipelihara dan dididik oleh Aisyah r.ha.Maha Halus seni Allah dalam penyusunan hikmah kehidupan ini.

Amanah dan Tekin Menuntut Ilmu

Al-Qasim banyak meriwayatkan hadis daripada Aisyah,Ibn Abbas,Abu Hurairah dan Aslam,bekas hamba Ibn Umar.Beliau merupakan seorang tabiin yang thiqah(amanah).Umar bin Abdul Aziz,sang khalifah yang hebat dan berwibawa itu sendiri terpesona dengan sifat amanah al-Qasim.Beliau berkata:"Seandainya aku mempunyai sedikit kekuasaan,aku akan jadikan al-Qasim sebagai khalifah."

Menurut Abdullah bin al-Zubair ,al-Qasim adalah cucu kepada Abu Bakar al-Shiddiq r.a yang paling mirip dengan datuknya,ini berkata:"Aisyah ialah seorang mufti wanita pada zaman Abu Bakar,Umar,Uthman dan seterusnya sehingga beliau meninggal.Aku senantiasa bersimpuh menimba ilmu daripadanya dan juga duduk berguru dengan Ibn Abbas,Abu Hurairah dan Ibn Umar."

Warak dan Berhati-hati

Ayyub,salah seorang ulama hadis yang alim menjadi saksi kewarakannya.Katanya:"Aku tidak melihat seorang pun yang lebih utama daripadanya.Dia tidak mahu mengambil wang yang halal untuknya bernilai seratus ribu dinar."

Dia juga amat berhati-hati dalam berfatwa,katanya:"Seseorang yang hidup dengan kebodohan setelah mengetahui hak Allah,lebih baik baginya daripada dia mengatakan apa-apa yang di tidak mengetahuinya."

Berhikmah dalam Berkata-kata

Al-Imam Malik berkata:"Al-Qasim didatangi seorang penguasa Madinah yang menanyakan sesuatu ,lalu al-Qasim berkata:"Berkata dengan ilmu itu termasuk memuliakan diri sendiri."Al-Qasim juga berkata:"Allah menjadikan (bagi) kejujuran,(dengan) kebaikan yang akan datang sebagai ganti daripada-Nya."

Ibn Ishaq menceritakan:"Aku melihat al-Qasim mengerjakan solat,lalu datang seorang Arab Badwi kepada beliau dan berkata:"Siapa yang lebih berilmu,engkau atau Salim?"Maka al-Qasim mengatakan :"Subhanallah."Terus beliau mengulang-ulang  kalimat ini,kemudian beliau mengatakan:"Itu ialah Salim,tanyakanlah kepadanya."

Ibn Ishaq berkata lagi:"Al-Qasim tidak suka kalau mengatakan :"Aku lebih berilmu daripada Salim,"kerana hal itu bererti telah memuji diri sendiri,dan beliau juga tidak suka kalau mengatakan:"Salim lebih berilmu"kerana bererti dia telah berdusta."Kemudian Ibn Ishaq mengatakan:"Dan al-Qasim ialah lebih berilmu daripada Salim."
hadis
kita perlu mempelajari ilmu hadis
supaya tidak terjebak dengan
hadis-hadis palsu

Pakar Hadis dan Fiqah

Adapun ketinggian ilmunya diiktiraf oleh beberapa ulama,antaranya:

  1. Imam Dar al-Hijrah;Malik bin Anas mengatakan:"Al-Qasim ialah salah seorang fuqaha umat ini."
  2. Abdul Rahman bin Abu al-Zinad berkata:"Aku tidak melihat seorang yang lebih tahu tentang sunnah daripada al-Qasim bin Muhammad ,dan seoeang tidak dianggap lelaki sehingga dia mengetahui al-sunnah,tidak seorang pun yang lebih genius daripadanya."
  3. Al-Khalid bin Nazar menceritakan daripada Ibn Uyainah,katanya:"Orang yang paling mengetahui hadis Aisyah ada tiga:al-Qasim bin Muhammad,Urwah bin al-Zubair dan Amrah binti Abdul Rahman".
Al-Qasim sempat meriwayatkan hadis daripada ayahnya(Muhammad bin Abu Bakar)sebelum dia meninggal,kemudian daripada Aisyah,Ibn Abbas,Ibn Umar,Ibn al-Zubair,Ibn Amr bin al-As,Abdullah bin Ja'afar,Abu Hurairah,Abdullah bin Khabbab,Mu'awiyah,Rafi' bin Khudaij,Aslam;bekas hamba Ibn Umar r.huma,Fatimah binti Qais,dan yang lainnya.

Memperturunkan Ilmu

Tidak syak lagi beliau 'alim dalam hadis.Manakala para ahli hadis yang meriwayatkan daripada beliau antaranya ialah anaknya sendiri(Abdul Rahman),al-Sya'bi,Salim bin Abdullah bin Umar,Yahya bin Sa'id al-Ansari,Ibn Abi Mulaikah,Nafi' Maula ibn Umar,al-Zuhri,Ayyub al-Sakhtiyani,Ibn Aun,Rabi'ah al-Ra'yi,Abu al-Zinad,dan ramai lagi.

Dalam urusan haji,Ibn Sirin memerintahkan agar orang yang menunaikan haji melihat bimbingan al-Qasim,maka orang lain pun meneladani(mengambil bimbingan) daripada beliau.

Perginya dalam Keadaan yang Buta

Sebelum meninggal dunia,al-Qasim berwasiat kepada salah seorang anaknya:"Ratakanlah kuburku dan taburilah dengan tanah serta janganlah kamu menyebut-nyebut keadaanku demekian demi demekian."

Al-Qasim,seorang tokoh tabiin besar yang buta matanya pada akhir kehidupannya,wafat pada zaman Khalifah Yazid bin Abdul Malik bin Marwan,dalam usia 70 tahun,bertepatan pada tahun 107 hijrah ,sewaktu menunaikan ibadah umrah bersama Hisyam bin Abdul Malik di perbatasan antara kota Madinah dan Makkah.

Beliau wafat setelah meninggalnya Umar bin Abdul Aziz.Para ulama sebenarnya berbeza pendapat dalam menetapkan tahun wafat dna umur beliau ketika itu.Ada yang mengatakan beliau wafat tahun 101 Hijrah atau 102 Hijrah,ada juga yang mengatakan tahun 105 Hijrah atau tahun 107 Hijrah.Wallahu a'lam.Semoga Allah merahmati beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...