Loading

Berkasih Sayang Kerana Allah

| Posted in , , ,

Kisah ini diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w sendiri.

sahabat
"Tidak sempurna iman seseorang
daripada kamu sehingga
dia mengasihi saudaranya
sebagaimana dia
mengasihi dirinya
sendiri"
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abu Hurairah meriwayatkan daripada Baginda s.a.w bahawa ada seorang lelaki yang ingin menziarahi sahabatnya yang menetap di sebuah kampung yang lain.
Maka Allah s.w.t telah menghantar malaikat ke jalan yang dilaluinya untuk memerhatikan lelaki itu.Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu oleh malaikat itu,malaikat bertanya:"ke mana kamu ingin pergi?"

Jawab lelaki itu jujur:"Aku ingin bertemu saudaraku di kampung ini."Malaikat bertanya lagi:"Adakah bagi kamu ada apa-apa nikmat yang akan kamu peroleh daripadanya?"
Lelaki itu menjawab:"Tidak.Aku menziarahinya hanya kerana aku menyayanginya kerana Allah."Berkata malaikat :"Sesungghnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu kerana-Nya." (Riwayat Muslim)
Orang yang ikhlas bersahabat kerana Allah tidak menaruh  apa-apa kepentingan peribadi daripada hubungan persahabatan yang terbina. Bukanlah harta dan pangkat yang dicari walaupun sahabat mampu memberiakan kelebihan seperti itu.Namun mereka yakin hakikat persahabatan yang baik itu hanya Allah yang mampu memberi ganjaran yang terbaik.


Akrab Persahabatan
In Team

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...