Terima Kasih Cikgu
| Posted in lirik lagu
Tajuk artikel kali ini ialah "terima kasih cikgu" kerana ada berkaitan dengan sambutan hari guru iaitu pada 16 Mei yang lepas.Saya rasa masih sempat lagi untuk mengucapkan selamat hari guru,semoga Allah memberkati usaha kalian dalam mendidik muridmu.Kadangkala kalian terpaksa bersabar atas kenakalan anak muridmu.Sesungguhnya jasamu wahai guru amat besar di sisi Allah s.w.t kerana kamu menjalankan tugas yang cukup mulia iaitu memberikan ilmu kepada umat manusia.