Segala puji bagi Allah semata-mata dan shalawat serta salam semoga sentiasa dicurahkan kepada Rasulullah SAW yang tiada Nabi setelahnya.
Sesungguhnya salam itu merupakan sunnah terdahulu sejak zaman Nabi Adam a.s sehingga ke hari kiamat, dan salam merupakan ucapan para penghuni syurga, Dan ucapan mereka di dalamnya adalah salam. Salam merupakan sunnah para Nabi, tabiat orang-orang yang bertakwa dan semboyan orang-orang yang suci. Namun, dewasa ini, benar-benar telah terjadi kekejian yang nyata dan perpecahan yang terang di tengah-tengah kaum muslimin! Jikalau engkau melihat mereka, ada saudara semuslim yang melintasi mereka, mereka tidak mengucapkan salam kepadanya. Sebahagian lagi hanya mengucapkan salam hanya kepada orang yang dikenalinya sahaja, bahkan mereka merasa aneh ketika ada orang yang tidak dikenalinya memberi salam kepadanya, mereka mengingkarinya dengan menyatakan “Apakah anda mengenali saya?”.
Sedangkan yang demikian itu merupakan penyelisihan terhadap perintah Rasulullah SAW sehingga menyebabkan semakin menjauhnya hati-hati mereka, semakin merebaknya perangai-perangai kasar dan semakin bertambahnya perpecahan. Bersabda Nabi SAW : “Tidaklah kamu akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan tidaklah kamu dikatakan beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan kepada sesuatu yang jika kamu mengamalkannya nescaya kamu akan saling mencintai, iaitu sebarkan salam di antara kalian.” (HR Muslim).
Di dalam hadits Muttafaq ‘alaihi, ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, “Islam bagaimanakah yang baik?” Rasulullah SAW menjawab, “Memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenali mahupun yang tidak engkau kenali.” (Muttafaq ‘alaihi).
Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
 |
bukan sahaja kita yang berdoa,malah para malaikat pun akan berdoa kepada Allah agar Allah memberi keberkatan kepada kita.. |
Antara adab bersedekah ialah:-
- Tangan di atas (memberi) lebih baik daripada tangan di bawah (menerima).
- Ikhlas dalam bersedekah.Wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana Allah dan demi mendapatkan keredaan-Nya.Sedekah dengan menunjuk-nunjuk dan berbangga diri menyebabkan kerugian di akhirat kelak.
- Mendahulukan sedekah yang wajib.Sebagaimana yang disebut dalam hadis qudsi yang bermaksud:"... dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada apa-apa yang telah Aku wajibkan atasnya..."(riwayat Bukhari)
- Tidak boleh menunda untuk membayar sedekah(zakat) yang wajib tanpa ada keuzuran.
Kisah ini diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w sendiri.
 |
"Tidak sempurna iman seseorang
daripada kamu sehingga
dia mengasihi saudaranya
sebagaimana dia
mengasihi dirinya
sendiri"
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim) |
Abu Hurairah meriwayatkan daripada Baginda s.a.w bahawa ada seorang lelaki yang ingin menziarahi sahabatnya yang menetap di sebuah kampung yang lain.
Maka Allah s.w.t telah menghantar malaikat ke jalan yang dilaluinya untuk memerhatikan lelaki itu.Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu oleh malaikat itu,malaikat bertanya:"ke mana kamu ingin pergi?"
Bergurau senda mampu merapatkan hubungan silaturrahim dan dapat menghiburkan
jiwa .tetapi jika tidak menjaga batasannya ,gurauan boleh mambawa bencana.
Kita senang bersama-sama dengan orang yang suka berjenaka dan bergurau senda.Jiwa yang tertekan boleh terhibur dengan gurauan bersahaja.Gurauan melalui perbuatan,perkataan dan sebagainya dapat menggembirakan dan menggelikan hati orang lain .Perbuatan membuat orang lain berasa senang hati itu termasuk dalam amal kebajikan .
Baginda Rasulullah s.a.w turut berjenaka dan bergurau dengan ahli keluarga dan para sahabat.Bergurau senda dapat membuahkan kedamaian ,kegembiraan, belaian jiwa,keharmonian dan penuh kemesraan jika dibuat dengan cara yang betul.
 |
| ketawa pun ada batasannya |
Antara adab dalam bersilaturrahim ialah
 |
Bertegur sapa salah satu
cara mengeratkan
silaturrahim |
-Wajib bagi sesiapa sahaja untuk mengikhlaskan niat kerana Allah dalam menyambung tali silaturrahim.Janganlah bersilaturrahim kerana tujuan riyak dan sum'ah atau untuk menunjuk-nunjuk di hadapan manusia.
-Hendaklah bersilaturrahim kerana ingin mendapat pahala sebagaimana yang telah Allah janjikan tanpa menunggu balasan yang setimpal daripada manusia.
-Semakin dekat hubungan tali persaudaraan ,maka semakin wajib kita menyambungnya.Rasulullah s.a.w pernah ditanya soalan :"Siapakah orang yang paling berhak digauli dengan baik?" Nabi mengatakan : "Ibumu,ibumu,ibumu,kemudian ayahmu,kemudian yang paling dekat denganmu,yang paling dekat denganmu."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sifat amanah adalah sifat mulia yang adalah dituntut dalam Islam , oleh itu sebagai seorang mukmin perlu memastikan sifat amanah ada pada diri mereka . Sifat amanah adalah antara sifat yang dituntut oleh Islam iaitu pada setiap orang samada orang bawahan atau orang atasan . Berlawanan dengan sifat amanah adalah sifat khianat. Syariat Islam sangat memberi perhatian berkaitan sifat amanah dan jika kita tak amanah , di akhirat kelak kita akan dipertanggungjawapkan dihadapan Allah dari apa yang kita buat didunia ini . Didunia pun banyak mereka yang tak beramanah menerima hukuman. Disini saya sertakan beberapa ayat ayat Al Quran dan hadis hadis nabi berkaitan sifat amanah yang dituntut oleh agama Islam .
Di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah, terdapat 7 golongan manusia yang mendapat perlindungan hebat di padang mahsyar.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Dari Abu Dzar berkata,Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Diperlihatkan padaku seluruh amal kebaikan dan keburukan kaumku,maka aku temukan dalam kebaikan amal mereka ialah menyingkirkan gangguan di jalanan.
Apaakah perbuatan menyingkir gangguan di sepanjang perjalanan ialah kewajipan seorang muslim dan sebahagian dari akhlak seorang muslimah?
Sifat mahmudah
1. Taubat - keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa2 yg telah dilakukan
2. Takut kepada Allah (taqwa)- Seseorang muslim itu apabila dia mengenali Zat Allah melalui sifat2Nya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah SWT
3. Mahabbah (kasih sayang)- Kasih akan Allah SWT itu dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh Rasullullah saw
4. Zuhud - mengambil dunia sekadar yang perlu
"...(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." - Surah Al Baqarah 2 : 255
Pengenalan
Ilmu
Di dalam al-Quran ilmu dapat dimaksudkan dengan pelbagai makna, tetapi di sini cukuplah dengan membicarakan pengertian ilmu itu dalam Bahasa Melayu sahaja. Ilmu menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bererti ;
1. Pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain.
2. Kajian dalam sesuatu perkara.
3. Hadirnya makna dalam diri seseorang.
Dari segi pemahaman yang mudah, ilmu bermaksud suatu pengetahuan yang merangkumi pengetahuan yang diperolehi melalui belajar atau proses dan aktiviti pembelajaran seperti pemerhatian, kajian, eksperimen dan sebagainya serta boleh juga diperolehi melalui pengalaman.
Ilmu juga merangkumi pengetahuan mengenai perkara yang berasaskan kebenaran, kebatilan, keraguan (bimbang atau bingung) dan syak (was-was).
Selain dari itu, ilmu juga berbentuk umum yang meliputi pengetahuan mengenai hal-hal keduniaan dan akhirat, iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.
Fardhu Ain: Ilmu yang wajib dipelajari seperti tauhid (mengesakan Allah yang Maha Agung), syariat (solat, mempelajari al-Quran atau mempelajari perintah dan larangan) dan tasauf (ilmu akhlak atau sifat-sifat terpuji dan sifat-sifat yang dikeji seperti adab berjiran, adab bergaul, adab selisih faham, adab makan, adab mandi dan lain-lain).
Keingkaran untuk mempelajari fardhu ain ini bagi setiap individu hukumnya adalah berdosa.
Fardhu Kifayah: Ilmu yang menjadi tanggungjawab sekumpulan tertentu bagi mewakili orang Islam, atau untuk mewakili masyarakat.
Andaikata tiada seorang pun di kalangan orang Islam yang mempelajarinya, maka semua ahli masyarakat berdosa. Contohnya, ahli tafsir, usahawan, saintis, doktor dan lain-lain.
Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, "Mencari ilmu adalah fardhu bagi setiap orang Islam." - Sahih - Ibnu Majah [0184]