Loading

Adab dalam Bersedekah

| Posted in ,

Antara adab bersedekah ialah:-

  • Tangan di atas (memberi) lebih baik daripada tangan di bawah (menerima).
  • Ikhlas dalam bersedekah.Wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana Allah dan demi mendapatkan keredaan-Nya.Sedekah dengan menunjuk-nunjuk dan berbangga diri menyebabkan kerugian di akhirat kelak.
  • Mendahulukan sedekah yang wajib.Sebagaimana yang disebut dalam hadis qudsi yang bermaksud:"... dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada apa-apa yang telah Aku wajibkan atasnya..."(riwayat Bukhari)
  • Tidak boleh menunda untuk membayar sedekah(zakat) yang wajib tanpa ada keuzuran.
  • Sedekah atau zakat yang dikeluarkan hendaklah dipastikan diberi kepada mereka yang benar-benar memerlukan seperti orang miskin,anak-anak yatim,janda dan sebagainya.Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"Sesungguhnya zakat hanya untuk orang fakir,miskin,pengurus-pengurus zakat,para mualaf,untuk memerdekan hamba,yang berhutang,yang berjuang di jalan Allah dan orang yang bermusafir".(surah al-Tawbah 9:60)
  • Bersedekah dengan harta yang halal antara sebab sedekah tersebut diterima olah Allah dan membuahkan pahala.
  • Tidak mengungkit-ungkit sedekahnya sebagaiman firman Allah yang bermaksud:"Wahai orang yang beriman,janganlah kamu menghilangkan(pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)....."(Surah al-Baqarah 2:264)
  • Wajib ke atas pemberi sedekah merenung nikmat Allah s.w.t ke atas dirinya kerana Allah memberikan rezeki yang lebih.
  • Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat,sebagaiman sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Sedekah kepada orang miskin(mendapat satu pahala),sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan silaturrahim".(riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  • Jangan buruk siku.Tidak harus seseorang mengambil kembali sedekah daripada orang yang menerimanya.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Perumpamaan orang yang bersedekah kemudian dia mengambil kembali sedekahnya,seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali."(riwayat Muslim)
sedekah
tangan yang di atas lebih baik
daripada
tangan di bawah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...