Loading

Adab Bersilaturrahim

| Posted in ,

Antara adab dalam bersilaturrahim ialah


silaturrahim
Bertegur sapa salah satu
cara mengeratkan
silaturrahim

  • Ikhlas
-Wajib bagi sesiapa sahaja untuk mengikhlaskan niat kerana Allah dalam menyambung tali silaturrahim.Janganlah bersilaturrahim kerana tujuan riyak dan sum'ah atau untuk menunjuk-nunjuk di hadapan manusia.

  • Mengharap Pahala
-Hendaklah bersilaturrahim kerana ingin mendapat pahala sebagaimana yang telah Allah janjikan tanpa menunggu balasan yang setimpal daripada manusia.

  • Memulai yang Terdekat
-Semakin dekat hubungan tali persaudaraan ,maka semakin wajib kita menyambungnya.Rasulullah s.a.w pernah ditanya soalan :"Siapakah orang yang paling berhak digauli dengan baik?" Nabi mengatakan : "Ibumu,ibumu,ibumu,kemudian ayahmu,kemudian yang paling dekat denganmu,yang paling dekat denganmu."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  • Dahulukan Orang yang Paling Bertaqwa
-Semakin bertakwa seseorang kepada Allah s.w.t ,maka semakin besar pula haknya,juga semakin bertambah pahala bersilaturrahim dengannya.Walau bagaimanapun,bersilaturrahim itu juga dianjurkan dengan orang kafir,khususnya apabila mengajaknya kepada Islam.

  • Mencari-cari Kerabat yang Jauh
-Nabi s.a.w bersabda yag bermaksud :"Pelajarilah nasab-nasab kalian yang dengan itu kalian dapat menyambung silaturrahim.Sebab,menyambung silaturrahim dapat mendatangkan kaih sayang dalam keluarga,mendatangkan harta dan memanjangkan umur."(Riwayat at-Tirmizi)

  • Terus Menyambung Silaturrahim dengan Orang yang Memutusnya
-Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik,maka tiba-tiba akan ada orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan,seolah-olah telah menjadi teman yang setia.(surah Fussilat 41:34)

  • Sedekah
-Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Sedekah kepada orang miskin mendapat satu pahala,sedangkan sedekah kepada saudara ada dua pahala,iaitu pahala bersedekah dan bersilaturrahim."(Riwayat al-Nasa'i)

  • Nasihat
-Memberikan nasihat dan amar makruf nahi mungkar kepada keluarga merupakan cara bersilaturrahim yang paling baik.Allah berfirman yang bermaksud:"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat."(surah al-Syu'araa 26:214)

  • Komunikasi Berterusan
-Seseorang hendaklah meneruskan dan melazimkan kunjungan ke rumah saudara dan rakan-rakan.Jika tidak mampu ,hendaklah dia menghubungkan dengan telefon.Jika tidak memiliki telefon,maka boleh menulis surat,e-mel atau sebagainya.Sebab komunikasi tersebut dapat mempererat hubungan dan menumbuhkan kasih sayang kerana saling mengingati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...