undefined
Jin Tidak Dapat Kuasai Orang Soleh
| Posted in al quran
Mungkin ada dalam kalangan kita pernah diganggu semasa berada di rumah seperti mendengar suara-suara pelik ,mendengar bunyi di atas rumah seperti orang menumbuk dengan lesung atau mengalih barang -barang sedangkan waktu itu sekitar jam 2.00 atau 3 pagi.Bunyi dan perbuatan itu berkemungkinan datang daripada jin.
"Ifrit daripada golongan jin berkata :"Aku akan membawanya kepadamu sebaelum engkau bangun dari tempat dudukmu."(Surah al-Naml 27:39)
"Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas),tiadalah engkau (wahai Iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkanya ).Cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad)menjadi pelindung (bagi mereka)."Surah al-Isra' 17:65)Dalam ayat yang lain ,Allah s.w.t menerangkan tentang pengakuan Iblis yang bermaksud :
Iblis berkata :"Wahai Tuhanku,kerana Engkau telah menjadikan aku sesat,oleh itu aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semua kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas."(Surah al-Hijr 15 :39-40)
Jin memiliki kuasa ke atas manusia yang mempunyai fikiran yang sama dengannya dan sentiasa mengikutnya dengan sukarela sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah s.w.t yang bermaksud :
"Sesungguhnya bagi hamba-hambaKu ,kamu tidak ada kuasa menyesatkan mereka kecuali sesiapa yang mengikutmu daripada orang yang sesat."(Surah al-Hijr 15:42)(sumber daripada majalah Solusi isu 32)
![]() |
jin 1 |
![]() |
jin 2 |