Loading

Al Quran dan Kimia

| Posted in , ,

Sesunggunya hubungan al quran dengan sains memang tidak boleh dipisahkan lagi.Bukan kerana Al Quran itu ialah buku sains,tetapi Al Quran ialah mukjizat Allah s.w.t yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk kegunaan manusia sejagat.Malah Al Quran juga mempunyai kaitan yang rapat dengan salah satu cabang dari ilmu sains iaitu kimia.Hubungan Al Quran dengan kimia dapat dilihat dengan penemuan besi di dalam Al Quran iaitu pada surah Al Hadid (Besi) .Malah maksud surah tersebut sudah jelas bermaksud besi.Surah al Hadid ialah surah yang ke 57 yang berada di pertengahan Al Quran.
Menurut para ahli besi,besi ialah unsur yang tidak boleh diciptakan melalui proses semulajadi di bumi ini.Mungkin inilah mengapa besi mempunyai erti khusus sampai dijadikan nama surah.

"Dan kami telah menurunkan besi ,padanya ada kekuatan yang hebat serta berfungsi berbagai manfaat untuk manusia."
( surah al Hadid ayat 25)

Ada satu surah dalam al Quran dalam Al Quran yang memakai nama logam,iaitu Surah al Hadid yang bermaksud besi.dalam nama Latin,besi dikenal sebagai Ferum,Fe.

Dalam surah al Hadid ayat 25,Allah berfirman "wa anzalnaal hadiid..Meskipun kata anzal sangat jelas ertinya iaitu menurunkan ,banyak pentafsir al Quran yang ragu-ragu menterjemahkan perkataan "anzal" ini.Sebab yang banyak dijelaskan oleh Allah memakai kata anzal biasanya untuk air atau kitab dan sekarang besi.Kalau diterjemahkan "Dan Kami turunkan besi ", tentu harus dijelaskan bagaimana peristiwa "turunya" besi itu,Bukankah besi itu hasil pengolahan bijih besi dalam tanah,bukannya jatuh dari atas?

Zaman telah berlalu dan kini pada abad yang ke-20 baru dapat difahami oleh para ilmuwan sedangkan al Quran diwahyukan pada abad ke-7.Baru sekarang para Ilmuwan mengetahui bahawa besi di bumi ternyata turun dari langit,sebab besi tercipta daripada bintang-bintang melalui proses nukleosintesis.Ketika bintang-bintang itu mati (padam)lantaran kehabisan bahan bakar hidrogen(H) ,besi itu (bersama-sama unsur lain)dihamburkan ke ruang angkasa.

Unsur berat dalam alam semesta ialah dihasilkan oleh nuklid bintang besar .Sisitem solar kita  bagaimanapun tidak mempunyai struktur sesuai untuk menghasilkan besi baginya.Besi hanya dapat dihasilkan oleh bintang yang lebih besar daripada matahari  iaitu suhunya mencecah beratus juta celcius.Apabila besi mencapai amaun melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang,bintang ini tidak lagi dapat menampungnya dan akhirnya meletup dalam satu letupan yang dipanggil nova atau supernova.Hasil daripada letupan ini,meteor yang mengandungi besi berserakan ke seluruh alam semesta dan mereka bergerak melali ruang di angkasa sehingga ditarik oleh daya graviti sesuau jasad di cakarewala.

Selain itu,,elemen utama pada pusat bumi iaitu teras bumi yang berjejarikan 3470 km ialah besi (Fe) dengan kandungannya 90% dan nikel(Ni) dan belerang(S).Fungsi utama besi di pusat bumi Allah telah jelaskan dalam ayat yang berbunyi fiihi ba'sun syadiid (padanya ada kekuatan hebat).Besi di pusat bumi itu menimbulkan kekuatan yang hebat yang berupa magnet dan tarikan graviti.

Firman Allah selanjutnya pada Al hadiid(ayat 25) yang bermaksud serta berbagai manfaat untuk manusia.Manfaat yang perlu disebutkan paling dahulu(sebab manusia sering lupa) ialah bahawa besi merupakan salah satu unsur yang membangun haemoglobin,protein dalan darahyang berfungsi mengikat oksigen yang kita menghirupnya dari udara.Ketika oksigen masuk ke dalam paru-paru kita,oksigen itu segera ditangkap oleh besi dalam haemoglobin,kemudian dihantar oleh darah ke seluruh tubuh kita untuk proses metabolisme.Jelas sekali Allah memelihara kelangsungan hidup kita melalui besi.

Jika dalam tubuh kita ,ion besi (Fe2+)cuma sedikit ,tentu sedikit pula kandungan haemoglobin dalam darah dan hal ini akan mengganggu transportasi oksigen dalam tubuh.Inilah yang disebut iron-deficiency anaemia atau kurang darah..

Ada hal lain yang menarik mengenai Surah al Hadid ini.Ketika surah-surah di dalam al Quran disusun oleh Nabi Muhammad s.a.w ,Malaikat Jibril menyuruhnya supaya menempatkan Surah al Hadid ditengah-tengah iaitu surah yang ke 57dari 114 surah.Baru pada abad ke-20 para ilmuwan mengetahui bahawa besi ternyata unsur tengah-tengah..Sebagaimana sebelum ini,bahagian tengah bumi kita tersusun oleh besi .

Memang sedikit aneh jika Allah s.w.t dalam memberi nama salah satu surah dalam al Quran dengan memakai salah satu atom atau logam dalam Sistem Periodik Unsur(Periodic Table).Ternyata ada beberapa hal menarik yang akan sedikit kita bahas.Ada dua hal yang perlu diketahui sebelum membahas lebih jauh iaitu lambang atom dan isotop.

Lambang atom
Atom disusun olehtiga partikel iaitu proton(+),neutron(0) dan elektron(-)
Isotop
Isotop ialah atom-atom yang sama elemen dengan berbeza nombor neutron(atau sama nombor proton tetapi  tetapi berbeza nombor nukleon).Umpamakan sahaja isotop itu dengan kembar.Satu jenis atom yang sama seperti helium ternyata memiliki berat yang berbeza-beza.Hal ini kerana kandungan neutronnya berbeza.Yang satu memiliki satu neutron dan satu lagi dua neutron.Sifat-sifat semua isotop ialah sama namun perbezaan jumlah neutron menyebabkan sifat kestabilan berbeza kerana berat jisimnya berbeza.Isotop suatu atom ada yang stabil dan yang tidak stabil.Atom yang tidak stabil memiliki potensi untuk mengalami tindak balas nuklear .

Besi memiliki 8 isotop .Al Hadid adalah surah ke 57 dalam al Quran.Fe57 ialah satu daripada 4 isotop besi yang stabil.Antara isotop bagi besi ialah 52Fe, 54Fe, 55Fe, 56Fe ,57Fe,Fe5859Fe, 60Fe. Jika seluruh beratnya dijumlahkan maka 52+54+55+56+57+58+59+60=451.Kata 'besi' ada pada surah ke- 57dan ayat ke- 25.Jumlah kata dalam surah al Hadid dari ayat 1 hingga ayat 25 ialah 451.Jumlah seluruh kata dalam surah al Hadid ialah 574.57 ialah nombor surah al Hadid dan 4 ialah jumlah isotop besi yang stabil.Kemudian,jika kita menghitung kalimah 'Allah' dari awal surah al Hadid sampai ayat 25(yang mengandungi kalimah al hadid )ternyata kalimah Allah muncul 26 kali sesuai dengan kedudukan besi dalam Sistem Periodik Unsur(Periodic Table).Subhanallah!
chemistry
Electron arrangement of iron.

periodic table
kedudukan besi dalam Periodic Table

chemistry
Periodic Table



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...