BIODATA RASULULLAH S.A.W
| Posted in rasul junjungan , sirah
Lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut Maulidur Rasul 1433H..Kali ini saya berkesempatan untuk menyampaikan ilmu tentang serba sedikit biodata Rasulullah..Kata orang "Kalau tidak kenal ,maka tidak cinta",begitu juga dengan Rasul junjungan kita ini,kalau kita tidak kenal dengan lebih mendalam pada Rasulullah maka kita tidak akan cinta kepada Rasulullah dengan lebih mendalam lagi sebagaimana kita cintakan pasangan kita dengan sebaik-baiknya.
Nama:Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Adu Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik
Tarikh Lahir:Subuh hari Isnin,12 Rabiul Awal berasamaan 20 April 571 M pada tahun Gajah ( ketika tentera bergajah Abrahah hendak meruntuhkan Kaabah tetapi dihalang oleh Allah s.w.t dengan menghantar burung Ababil sebagaimana dalam Surah al-Fiil.)
Tempat Lahir:Rumah Abdul Mutalib,Makkah al -Mukarramah
Nama Bapa:Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim
Nama Ibu:Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah.
Asal Keturunan:Nabi Ismail a.s bin Nabi Ibrahim a.s
Asal Keturunan:Nabi Ismail a.s bin Nabi Ibrahim a.s
Pengasuh Pertama:Barakah al-Habsyiyyah(digelar Ummu Aiman,Hamba perempuan bapa Rasullullah.)
Ibu Susu Pertama:Thuwaibah(hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu Susu Kedua:Halimah binti Abu Zuaib as-Saadiah(lebih dikenali dengan Halimatus Saadiah.Suaminya bernama Abu Kabsyah.
Usia 5 tahun:Peristiwa pembelahan dada oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bintik hitam yang wujud di dalam hatinya.
Usia 6 tahun:Ibunya Aminah binti Wahab meninggal dunia di Abwa' dan baginda dipelihara oleh Ummu Aiman dan dibiayai oleh datuknya.
Usia 8 tahun:Datuknya ,Abdul Mutalib pula meninggal dunia dan terus dipelihara oleh bapa saudaranya,Abu Talib.
Usia 9 tahun(setengah riwayat 12 tahun):Bersama bapa saudaranya ,Abu Mutalib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan dan di kota Busra,Syam,seorang pendeta bernama Buhaira telah bertemu dengan Bapa saudara Abu Talib bahawa akan muncul nabi dalam kalangan orang Arab apabila menjumpai tanda-tanda kenabian Nabi lantas menyuruh Abu Mutalib untuk segera membawa anak saudaranya sebelum diketahui oleh orang Yahudi.
Usia 20 tahun;Terlibat dalam peperangan Fijar(Ibnu Hisham dalam kitabnya 'Sirah',jilid 1,halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu nabi berumur 14 atau 15 tahun).Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah saja serta menyaksikan 'Perjanjian al-Fudhul' perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang dizalimi di Mekah
Usia 25 tahun:Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid.Perjalannya ditemani oleh Maisarah lelaki suruhan Khadijah.Baginda bersama-sama Abu Talib dan dan beberapa orang bapa saudaranya menemui Amru bin Asad(bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berumur 40 tahun dengan mas kahwinnya 500 dirham.
Usia 35 tahun:Banjir besar telah melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh para pembesar dan penduduk Makkah.Rasulullah telah diberi kemuliaan untuk meletakkan Hajarul Aswad ke tempat asal dan sekaligus meredakan perbalahan antara pembesar arab.
Usia 40 tahun:Baginda s.a.w menerima wahyu yang pertama di Gua Hira' pada 17 Ramadhan lantas menerima perlantikkan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman melalui surah 1 hingga 5 surah al-A'laq.
Usia 53 tahun:Berhijrah ke Yastrib(Madinah) dengan ditemani oleh Abu Bakar as-Siddiq dan telah membina masjid pertama dalam sejarah Islam di Quba' lantas menunaikan solat Jumaat yang pertama di Masjid Quba' dan sampai di Yastrib(Madinah) pada tanggal 12 Rabiul Awal/24 September 622 M.
Usia 63 tahun:Kewafatan Baginda s.a.w di rumah isterinya Aisyah pada hari Isnin,12 Rabil Awal tahun 11 Hijrah/8 Jun 632 M.
Isteri-Isteri Nabi Muhammad s.a.w:

- Khadijah binti Khuwailid
- Sau'dah binti Zam'ah
- Aisyah binti Abu Bakar(anak Abu Bakar as-Shiddiq)
- Hafsar binti Umar(anak Umar al -Khattab)
- Ummu Habibah binti Abu Sufyan
- Hindun binti Umaiyah(digelar Ummu Salamah)
- Zainab binti Jahsy
- Maimunah binti Harith
- Safiyah binti Huyai bin Akhtab
- Zainab binti Khuzaimah(digelar Ummu al -Masakin "ibu orang miskin)
Anak-anak Rasulullah
- Qasim
- Abdullah
- Ibrahim
- Zainab
- Ruqaiyah
- Ummi Kathum
- Fatimah az-Zahrah
Anak tiri Rasulullah
- Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarahal Tamimi(anak kepada Khadijah bersama Hind bin Habbasy.Ketika berkahwin dengan Rasulullah,Khadijah ialah janda.)
Ibu susuan/Saudara susuan
Thuwaibah,Hamzah,Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
Saudara susuan
Halimah ,Abu Suffyan bin Harith bin Abdul Muttalib
Abdullah bin Harith bin Abdul U'zza
Syaima' binti Harith bin Abdul U'zza
Aisyah binti Harith bin Abdul Uzza
Bapa dan Ibu Saudara Rasulullah(anak Abdul Muttalib)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.