Loading

Kelahiran Rasulullah s.a.w.

| Posted in ,

Sebagaimana yang kita maklum bahawa Baginda Nabi Muhammad s.a.w lahir pada hari Isnin,12 Rabiul Awal bersamaan 20 April tahun Gajah di Makkah al-Mukarramah..Sambutan kelahiran Baginda disambut saban tahun di negara kita malah seluruh dunia demi memperingati kelahiran Baginda yang membawa rahmat kepada alam semesta.Sebagaimana dalam surah al-Anbiya' ayat 108.:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ ﴿١٠٧﴾
Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad),melainkan untuk menjadi rahmat untuk sekalian alam.

Kenapa pada kelahiran Nabi s.a.w dikenali sebagai tahun gajah??Hal ini kerana berkait rapat dengan penyerangan tentera Abrahah untuk meruntuhkan Kaabah dengan menggunakan tentera bergajah.Hal ini kerana,beliau begitu marah kerana kehebatan gereja besar yang dibinanya telah diambil oleh Kaabah. lalu Abrahah terus mengumpulkan tentera bergajah untuk menyerang kota Makkah.Namun ketika tentera bergajah hendak memasuki Kota Makkah,gajah-gajah Abrahah terus bersimpuh dan langsung tidak bergerak tetapi apabila dihadapkan ke Yaman,terus gajah-gajah tersebut lantas bangun.Tentera Abrahah bingung lalu Allah mengutuskan ribuan ekor burung (Ababil) yang sedang membawa batu yang sebesar biji gandum tetapi kelihatan membara dan lantas menghancurkan tentera Abrahah seperti yang tercatat dalam al Quran surah al-Fiil.


al-quran
al-fiil 

Selain itu,terdapat juga peristiwa-peristiwa yang luar biasa atau dikenali juga dengan nama irhas.Irhas bermaksud perkara luar biasa yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi.Irhas boleh dikategorikan kepada tiga iaitu:
1.Irhas yang dinyatakan dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.
2.Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalu ilham atau sebagainya.
3.Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sebelum kelahiran 
  • Ibunya Aminah tidak pernah merasa susah semasa mengandungkan Nabi Muhammad seperti ibu-ibu hamil yang lain.
  • Sewaktu ibu Baginda tidur,Aminah bermimpi didatangi Malaikat yang mengkhabarkan kepadanya bahawa dirinya sedang mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu umat manusia.
  • Peristiwa cahaya berpindah dari wajah Abdullah(bapa baginda) ke wajah Aminah(ibu baginda).
  • Ketika Nur Muhammad masuk ke rahim Aminah,Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu Syurga Firdaus dan memberitahu semua penduduk langit.
  • Tanah-tanah di persekitaran yang asalnya kering-kontang menjadi subur,pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat,begitu juga haiwan-haiwan darat dan laut sibuk membincangkannya.
  • Aminah turut bermimpi  menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit seolah-olah kapas putih yang terapung di angkasa,malaikat itupun berdiri di hadapan Aminah lalu berkata "khabar bahagia untukmu,wahai ibu kepada seorang nabi ,puteramu itu akan menjadi penolong dan pembebas manusia .Nmakan dia Ahmad."


Semasa kelahiran
  • Sewaktu melahirkan Rasulullah ,Aminah ditemani oleh Asiah binti Muzahim(isteri Firaun) dan Maryam binti Imran(Ibu Nabi Isa).Ini menjadi petanda bahawa darjat Nabi yang lahir itu lebih tinggi daripada Nabi Musa dan Nabi Isa.
  • Ibunya menyaksikan cahaya keluar dari tubuh badan baginda.Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria,menyerupai anak panah ,bagaikan pelangi di langit,boleh dilihat dari kota-kota yang jauh .Ada juga yang menggambarkan cahaya itu menyinari seluruh dunia.
  • Aminah melihat Baginda dalam keadaan terbaring sambil kedua-dua tangannya mengangkat ke langit sambil menadah tangan seperti orang yang sedang berdoa dan dalam keadaan yang sudah berkhatan.
  • Awan turun menyelimuti tubuh Rasulullah sehingga mendengar seruan "pimpinlah dia mengelilingi Timur dan Barat ,supaya mereka tahudan dialah yang menghapuskan segala perkara yang syirik.
  • Berhala-berhala di persekitaran Kaabah secara tiba-tiba rosak dan musnah.Riwayat daripada Abdul Muttalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah ,tiba-tiba berhala-berhala jatuh dari tempatnya dan bersujud kepada Allah,lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah :telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan kepada Yang Maha Mengetahui.
  • Gegaran berlaku di istana Kisra dan menyebabkannya retak ,manakala empat belas tiang serinya runtuh.Keadaan ini merupakan antara tanda-tanda keruntuhan kerajaan tersebut.
  • Api yang disembah oleh orang-orang Majusi di Parsi ,yang telah selama seribu tahun tidak terpadam,terpadam dengan sendirinya.
  • Tasik Sava yang dianggap suci telah tenggelam ke dalam tanah.


Setelah kelahiran

  • Kerap berlaku tembakan bintang (shooting star) menjadi tanda tamatnya pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib.
  • Setelah Halimatus Saadiah(ibu angkat dan susuan Nabi)membawa Rasulullah ke ladangnya di pergunungan .ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau Binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak.
  • Nabi tidak pernah diganggu walaupun seekor lalat termasuk pakaian baginda.
  • Halimatus saadiah dan suaminya beberapa kali melihat tompokan awan kecil berada di atas kepala Rasulullah seolah-olah ingin melindungi Rasulullah daripada panas matahari.
  • Ketika Nabi berumur empat tahun, sewaktu Baginda bermain-main dengan saudara susunya ,datang Malaikat Jibril dan Mikail,lalu membelah dada dan mengeluarkan segumpal darah dari dada baginda.Gumpalan darah itu dicuci dengan salji,ada yang meriwayatkan dicuci dengan air zamzam,lalu diletakkan semula di tempatnya.

Akhir sekali saya mengucapkan "Salam Maulidur Rasul 1433 Hijri" kepada semua yang membaca blog saya ini,semoga kita dapat meningkatkan lagi cinta kita kepada Nabi Muhammad s.a.w.Marilah kita sama-sama berselawat kepadanya...Wallahu A'lam.

i luv islam
salam maulidur rasul




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...