Kelebihan Membaca Surah Yaasin..
| Posted in al quran , hadis
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita,kita pasti akan membaca surah yaasin pada tiap-tiap malam terutamnya di masjid-masjid dan surau-surau.Amalan membaca yaasin pada setiap malam jumaat merupakan satu bidaah yang dinamakan bid''ah hasanah.(بدعة حسنة).Amalan membaca yaasin tidak semestinya dikhususkan pada malam jumaat sahaja,tetapi boleh dilakukan pada tiap-tiap hari tanpa mengira masa.Selain itu,amalan membaca yaasin pada malam Jumaat masih boleh diteruskan kerana tidak salah disisi agama.Bid'ah bermaksud perkara-perkara yang baru yang wujud dalam agama Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.Bid'ah terbahagi kepada dua iaitu Bid'ah hasanah(بدعة حسنة) dan bid'ah dholalah(بدعة ضلالة).Bid'ah hasanah bermaksud perkara-perkara baru yang baik yang diamalkan dalam ajaran Islam seperti menyambut Maulidur Rasul,bid'ah dholalah pula seperti mengadakan konsert Hari Raya yang penuh dengan hiburan dan maksiat.
FADHILAT DAN KHASIAT SURAH YASIN
Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yassin yang disebutkan di
dalam banyak hadis. Antaranya:
Rasulullah SAW bersabda;
1. “Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan
hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi“.
2. “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati
Al-Quran itu ialah Surah Yassin.”
3. “ Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah
menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”
4. “Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata
kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu
jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.”
5. “Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada
setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati
syahid.”
6. “Sesiapa membaca Surah Yassin, ia akan diampunkan,
siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu,
siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula,
siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan
bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu
akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan
maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membaca ke atas
perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga
baginya.”
7. Maqri rahmatullah ‘alaih berkata, “Jikalau Surah
Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.”
8. “Jikalau seseorang itu membaca Surah Yassin dan Surah
Was-Saffat pada hariJumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya
akan diterima.”
9. “Sesiapa bersolat sunat dua rakaat pada malam Jumaat,
dibaca pada rakaat pertama Surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah
jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan
menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.”
menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.”
10. “Apabila datang ajal orang yang suka membaca Surah Yassin
pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama
Malaikat Maut. Mereka berdoa danmeminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan
ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.
11. “Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang
yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga
membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat
perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak
merasa sakit ketika nyawanya diambil.”
12. “Sesiapa yang membaca Surah Yassin kerana
Allah Azza wa Jalla, Allah akan mengampuni dosanya dan memberinya pahala
seperti membaca Al-Qur’an 12 kali.Jika Surah Yassin dibacakan
di dekat orang yang sedang sakit, Allah menurunkan untuknya setiap
satu huruf 10 malaikat. Para malaikat itu berdiri dan berbaris di depannya,
memohonkan ampunan untuknya, menyaksikan saat ruhnya dicabut,mengantarkan jenazahnya, bershalawat untuknya, menyaksikan saat
penguburannya. Jika surat ini dibacakan saat sakaratul maut atau
menjelang sakaratul maut, maka datanglah padanya malaikat Ridhwan penjaga
surga dengan membawaminuman dari surga, kemudian memberinya minum ketika
ia masih berada di katilnya, setelah minum ia mati dalam keadaan tidak
haus, sehingga ia tidak memerlukan telaga para nabi sampai masuk ke surga dalam
keadaan tidak haus.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).
13. Anas bin Malik berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang
mengunjungi perkuburan lalu membaca Surah Yassin, maka pada hari itu Allah meringankan
seksaan mereka dan bagi yang membacanya mendapat kebaikan sebanyak
penghuni kubur di perkuburan itu.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).
14. Imam Ja’far Ash-Shadiq: “Sesungguhnya setiap sesuatu
mempunyai hati, dan hati Al-Qur’an adalah Surah Yassin. Sesiapa yang
membacanya sebelum tidur atau di siang harisebelum keluar rumah, maka hari
itu sampai ke petang, ia tergolong pada orang-orang yang terjaga dan
dikurniakan rezeki. Sesiapa yang membaca di malam harisebelum tidur, Allah
mengutus 1,000 malaikat untuk menjaganya dari keburukan
semua syaitan yang terkutuk dan dari setiap penyakit; jika ia meninggal pada
hari itu, Allah akan memasukkannya ke syurga, 3,000 malaikat hadir untuk
memandikannya, memohonkan ampunan untuknya, mengantarkan ke kuburnya sambil
memohonkanampunan untuknya; ketika ia dimasukkan ke liang lahatnya para
malaikat ituberibadah kepada Allah di dalam liang lahatnya dan pahalanya
dihadiahkan kepadanya, kuburnya diluaskan sejauh mata memandang, diselamatkan dari
siksa kubur, dan dipancarkan ke dalam kuburnya cahaya dari langit
sehingga Allah membangkitkannya dari kuburnya kelak.” (Kitab Tsawabul
A’mal).
.
Surah Yassin ini hendaklah dibacakan selalu ketika orang sakit,
tengah nazak, sedang koma atau sudah meninggal dunia. Baca di sisi mereka
(terutama ayat 12), supaya orang tersebut berada dalam kesenangan dan orang
yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita pula akan menyusul.
.
Begitu banyak kelebihan dan kebaikan yang bakal kita
perolehi melalui amalan pembacaan Surah Yassin seperti yang telah disebut di
atas. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang
melalui hatinya seperti juga Surah Yassin hati kepada Al-Quran; Oleh kerana itu
marilah kita sama-sama mendekatkan diri kita kepada Allah SWT melalui ibadah
dan bacaan Surah Yassin yang banyak manfaatnya ini. InsyaAllah.
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah
Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:
- Apabila
orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
- Jika orang
tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
- Jika orang
belum berkahwin akan mendapat jodoh.
- Jika dalam
ketakutan boleh hilang perasaan takut.
- Jika
terpenjara akan dibebaskan.
- Jika
musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
- Jika
tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
- Jika
dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan
siksanya.
- Jika orang
yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
- Jika
dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
- Rasulullah
S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati
al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah
menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
- Sabda Rasulullah s.a.w lagi: “Apabila
datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah
beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan
meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan
dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
- Malaikat
Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin
sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam
kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
- Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada
malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua
Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari
kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan
diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa
yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Begitu banyak khasiat dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui
bacaan surah Yasin, seperti yang telah disebut seperti di atas Yasin umpama
hati kepada al-Quran. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri
kepada seseorang pastinya melalui hati, oleh itu marilah kita mendekatkan diri
kita kepada Allah S.W.T. melalui ibadah dan bacaan Yasin.
SUBHAA NALLAAH
Balas