Kisah Nabi Khidir a.s
| Posted in al quran , hadis , kebesaran allah , kiamat , sirah
Saidina Umar Al-Khattab r.a sangat dibanggakan oleh seluruh umat Islam dan sangat digeruni oleh orang-orang musyrikin. Pada awalnya beliau sangat kuat menentang Rasulullah S.A.W dan merupakan seorang musuh Islam yang sangat berani menyeksa orang-orang Islam sehinggalah beliau sendiri memeluk agama Islam.
Peristiwa pengIslaman Saidina Umar Al-Khattab bermula apabila pada suatu hari orang-orang Quraisy bermesyuarat bagi melantik seseorang untuk menjalankan usaha untuk membunuh baginda Rasulullah S.A.W. Umar menawarkan diri untuk memikul tanggungjawab itu. Tawaran beliau mendapat sorakan daripada hadirin memandangkan beliau merupakan panglima perang Quraisy yang paling terkemuka dan handal. Umar lantas menggalas pedangnya di tengkuk lalu lalu terus pergi untuk menyelesaikan tanggungjawab tersebut.
Diriwayatkan Nabi Idris as. telah naik ke langit pada hari Isnin. Peristiwa naiknya Nabi Idris as. ke langit ini, telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran. Firman Allah SWT bermaksud:
“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah, Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.”
(Maryam: 56-57)
Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah ‘Akhnukh’. Sebab beliau dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT.
Sebelum saya menulis tentang peristiwa bersejarah dalam Islam yang berlaku pada bulan Rejab,terlebih dahulu saya menerangkan info yang lebih lanjut mengenai bulan Rejab ini yang dikatakan mempunyai amalan khusus dalam bulan ini .
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Nama sebenarnya Hamzah bin Abdul Muthalib bin Hasyim, seorang paman Nabi dan saudara sepersusuannya. Dia memeluk Islam pada tahun kedua kenabian, Ia Ikut Hijrah bersama Rasulullah shallallahu alaihi wassalam dan ikut dalam perang Badar, dan meninggal pada saat perang Uhud, Rasulullah menjulukinya dengan “Asadullah” (Singa Allah) dan menamainya sebagai “Sayidus Syuhada”.
Keluarga yang taat kepada Allah ialah idaman hidup semua orang.Idaman mulia tersebut harus dibina melalui teladan ketua keluarga yang taat.Keinginan memiliki keturunan yang baik itu bukan sahaja timbul dari keluarga yang taat,tetapi juga bersemayam dalam hati ketua keluarga yang kurang pengamalan agamanya.Betapa banyak ayah yang jarang solat ,sering meninggalkan puasa dan sebagainya,namun mereka mengharapkan agar anak isterinya menjadi orang baik-baik dan melakukan solat.
Nabi Adam ialah bapa manusia , bagindalah manusia pertama di dunia ini.Kita wajib menghormati Nabi Adam dan Hawa ,mendoakannya melalui ibu bapa.Nabi Adam bagaikan Nabi Yusuf juga,sebelum ia ditugas dengan tanggungjawab berat dan mulia ,terlebih dahulu diuji dan dicuba.Ketika Adam melanggar larangan Allah,iblis turut terlibat.Ketika Adam dan Hawa bertaubat dan mengaku kesalahan ,iblis bertindak sebaliknya ,menentang ,dan mengancam memusuhi Adam dan keturunannya sampai kiamat.
© 2010-2013,All Rights Reserved. Permata Ilmu Islam | Designed by NiftyXhtml.com | Converted into Blogger Templates by Theme Craft