Ainul Mardhiah Untuk Jejaka Pilihan
| Posted in hadis , kisah teladan
Namanya sudah cukup untuk menjadi halwa telinga.Ainul Mardhiah,gambaran seorang wanita selembut lidah melafazkannya.Kerana itu dia cukup istimewa.Lebih-lebih lagi di kalangan para jejaka,menyebut namanya,sudah cukup untuk membakar semangat kental dalam dalam diri.Sekalipun itu bukan yang dikejar,namau itulah ganjaran yang dijanjikan buat jejaka yang sanggup mengorbankan nyawa demi agama.
Kisah tentangnya bermula dalam satu peristiwa taktala Rasulullah s.a.w pada suatu pagi di bulan Ramadhan mengumpulkan para pejuangnya untuk memberikan kata-kata semangat(targhib).Taktala Nabi s.a.w menyebut nama Ainul Mardhiah,para sahabat bertanya-tanya ,siapakah wanita istimewa yang menjadi sebutan Rasulullah s.a.w.
Ternyata nama itu bukan milik orang sembarangan .Sebaliknya ia dipunyai oleh bidadari yang diciptakan oleh Allah untuk para syuhada'.Ainul Mardhiah,bidadari syurga yang tercantik di kalangan bidadari syurga yang ada di dalam syurga dan dia dipilih untuk menjadi 'peneman' mereka yang berjuang di jalan Allah dan ditakdirkan syahid dalam perjuangan.
Terlintas di hati seorang pemuda untuk bertanya.Cantik sangatkah bidadari itu.Di dada pemuda itu membuak-buak perasaan ingin tahu ,cukup istimewakah Ainul Mardhiah yang dijanjikan?Namun perasaan malu menyekat segala-galanya.Dipendamkan hasrat untuk bertanya Rasulullah .Namun jauh disudut hatinya ,untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemilik nama Ainul Mardhiah.
Seperti biasa,amalan Rasulullah ,akan tidur sebentar sebelum masuk waktu Zohor.Hal ini turut disertai oleh para sahabat termasuklah pemuda tersebut.Dan di situlah pemuda itu menemui jawapannya...
"Di manakah tempat ini?,"kata pemuda tersebut.Tidak pernah dia melihat tempat yang begitu cantik dan tiada bandingannya di dunia.Dari jauh kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang cukup bersih pakainnya.Dia merapati lelaki itu lalu bertanya,"Di manakah aku berada?"Dengan wajah yang berseri-seri sambil tersenyum,soalan itu dijawab,"Inilah syurga."Pemuda tersebut lantas bertanya lagi,"Di manakah aku boleh bertemu dengan wanita yang bernama Ainul Mardhiah?"Lelaki itu terus menunjukkan arah ke tempat yang harus dituju oleh pemuda tersebut.
Tiba di sebatang pohon,kelihatan seorang wanita yang cukup cantik paras rupanya.Belum pernah dia melihat wanita secentik itu yang tiada bandingannya di dunia ini.salam diberi dan dengan perasaan yang berdebar-debar pemuda itu bertanya,"Andakah Ainul Mardhiah?"Wanita yang cantik itu lalu menjawab,"Tidak ,saya pembantunya.Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsananya."Pemuda itu lau berdetik di hatinya,"Kalau wanita itu dilihat tercantik di matanya,bagaimana cantiknya pula Ainul Mardhiah,"Pemuda itu menuju ke arah singgahsana yang dinyatakan oleh pembantu tersebut.
Diatur langkahnya sebaik mungkin.Ternyata di kiri kanan pemandangan di sekitar mahligai itu cukup indah.Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.Dari jauh dia dapat melihat seorang lagi wanita yang cukup cantik.Berkali-kali ganda kecantikannya daripada wanita pertama yang ditemui.Terpegun matanya melihat kecantikan yang dimiliki oleh wanita tersebut.Wanita itu sedang leka mengelap batu-batu permata perhiasan di dalam mahligai.
Salam diberi lalu dijawab oleh wanita tersebut.Solan serupa lalu ditanya."Andakah Ainul Mardhiah?' "Akulah Ainul Mardhiah yang diciptakan untuk kamu,dan kamu diciptakan untuk aku...."jawab Ainul Mardhiah.Pemuda tersebut lalu mendekati wanita tersebut tetapi dengan pantas Ainul Mardhiah berkata,"Nanti,kamu belum syahid lagi."
Tersentak pemuda itu mendengar kata-kata Ainul Mardhiah lalu membuatkannya terjaga dari tidurnya.Perstiwa yang dialami lalu diceritakan kepada seorang sahabat dan dia berpesan,jangan sesekali diceritakan kisahnya itu kepada Rasulullah melainkan sekiranya dia syahid di medan peperangan .
Petang itu,bermulanya peperangan dan semangat yang terkobar-kobar memperjuangkan agama Islam,pemuda itu turut serta bersama Rasulullah s.a.w.Takdir Allah telah menentukan,pemuda itu akhirnya syahid di medan peperangan.Taktala barisan pejuang -pejuang Rasulullah kembali ke khemah masing-masing selesai peperangan,sambil menunggu waktu berbuka puasa,sahabat kepada pemuda itu lalu teringat pesan yang ditinggalkan oleh pemuda berkenaan.
Lalu dia mengambil kesempatan bertanyakan Rasulullah berkaitan hal ini.Sambil mendengar cerita yang disampaikan,Rasulullah s.a.w berkata,"Benar...benar...benar.."Rasulullah lalu berkata lagi,"memang benar cerita sahabat kamu tadi dan kini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.."
Tajuk lagu :Ainul Mardhiah
Penyanyi:U.N.I.C
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama.
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji Pencipta Yang Esa..
Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri...
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita...
Ainul Mardhiah..
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh!Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini..
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih...
Di hati lelaki bernama kekasih(3X)