Loading

Cara Membina Perpaduan

| Posted in , ,



  • Ungkapkan rasa cinta
-Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Apabila seseorang mencintai saudaranya,hendaklah dia mengatakan rasa cinta kepadanya."(riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi,hadis sahih)
  • Tunjukkan wajah bahagia
-Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:"Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pn,walaupun sekadar bertemu dengan saudaramu dengan wajah ceria."(riwayat Muslim)

  • Berjabat tangan
-Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:"Tidak ada dua orang Muslim yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan kedua-duanya diampunkan dosa mereka sebelum berpisah."(riwayat Abu Daud)

  • Menyebarkan salam
solat berjemaah
solat berjemaah
salah satu cara
mengeratkan
perpaduan
-Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:"Demi Zat yang diriku di tangan-Nya,kamu tidak akan masuk ke syurga sehingga kamu beriman.Dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling mencintai.Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang membuat kamu saling mencintai?Sebarkanlah salam antara kamu."(riwayat Abu Daud)

  • Saling memberi hidayah
-Sebagaimana hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:"Hendaklah kamu saling memberi hadiah,kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati."(riwayat at-Tabarani) 

  • Saling membantu
-Dalam hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:"Sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang Mukmin di dunia,nescaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat.Sesiapa yang memudahkan orang yang kesusahan,nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat.Sesiapa yang menutup (aib) seorang Muslim,nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat.Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya."(riwayat Muslim)

  • Saling berkunjung
-Nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis kudsi yang bermaksud:"Allah s.w.t berfirman:"Pasti akan mendapat cinta-Ku orang yang saling mencintai kerana Aku.Kedua-duanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku."(riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta')

  • Saling memaafkan orang lain
-Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :"Dalam pada itu (ingatlah),orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya),sesungguhnya itu adalah daripada perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)."(surah al-Syura 42:43)

  • Mendoakan orang yang bersin
-Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Jika salah seorang daripda kamu bersin,hendaklah dia mengucapkan اَلْحَمْدُ لِلَهِ (segala puji bagi Allah )dan saudaranya atau orang yang bersamanya (yang mendengar) mengatakan kepadanya يَرْحَمْكَ الله  (semoga Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu).Jika salah seorang mengucapkan يَرْحَمْكَ الله,maka orang yang bersin tersebut hendaklah menjawab يَهْدِيْكُمُ الله وَيُصْلِحُ بَالُكُمْ (semoga Allah s.w.t memberikan petunjuk dan memperbaiki keadaanmu)."(riwayat Abu Hurairah)


 



 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...