Menyingkir Gangguan di Sepanjang Perjalanan
| Posted in akhlak terpuji , hadis , ibadah
Dari Abu Dzar berkata,Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Diperlihatkan padaku seluruh amal kebaikan dan keburukan kaumku,maka aku temukan dalam kebaikan amal mereka ialah menyingkirkan gangguan di jalanan.Apaakah perbuatan menyingkir gangguan di sepanjang perjalanan ialah kewajipan seorang muslim dan sebahagian dari akhlak seorang muslimah?
Perkara ini bukan sebuah pertanyaan tetapi sekadar sebagai perkara yang membuatkan kita semakin keliru bila mengetahui bahawa akhlak ini ialah sebahagian dari cabang keimanan berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang berikut.
Dari Abu Hurairah berkata,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Iman terdiri dari 70 cabang atau 60 cabang.Paling utama ialah ucapan: لا اله الا الله dan yang paling rendah ialah menyingkirkan gangguan di jalanan dan rasa malu ialah sebahagian dari cabang keimanan.Perkara seperti ini ibarat sebuah bangunan ynag sempurna dan kukuh,iman yang bersemayam dalam hati bukan sekadar kata yang diucapkan oleh lisan tetepi merangkumi amal yang sempurna yang dimulai dari hati yang melahirkan kehendak untuk mencapai keredaan Allah.
Bertolak dari ibadat kita yang tenang,penuh harapan,khusyuk di hadapan Khaliq dan melalui seluruh perasaan yang lembut serta diakhiri dengan akhlak yang meliputi seluruh manusia.Iman ialah hati,perkataan,amal soleh dan akhlak yang mulia.
Menyingkirkan gangguan ialah sebahagian dari iman
Dari sini kita ketahui bahawa menyingkirkan gangguan di jalanan ialah salah satu dari hiasan keimanan,salah satu bahagian dan cabang yang menyempurnakannya.Sebagaimana yang terdapat dalam hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah sebelumnya tentang(cabang keimanan lainnya ialah dari bersedekah).
Dari Abu Hurairah berkata,Rasulullah bersabda:
Dan menyingkirkan gangguan di jalan ialah sebahagian dari sedekah.Zikir yang paling utama
Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan,Aisyah r.aha berkata ,Rasulullah s.a.w bersabda:
Bahawa setiap manusia dilahirkan dari anak Adam dengan di atas 360 sendi.Barangsiapa yang mengagungkan Allah , memujiNya , bertahlil , bertasbih , beristighfar , menyingkirkan batu dari jalanan yang dilalui manusia , duri atau tulang dari jalanan mereka , lalu memerintahkan kepada yang makruf atau melarang dari kemungkaran , maka 360 tahun itu dihitung sebagai ruas sendi dan dia berjalan pada hari itu sementara dia telah menyelamatkan dirinya dari api neraka.Di sini Rasulullah s.a.w menyebutkan salah satu jenis penyingkiran gangguan yang diperolehi mengenai seseorang , misalnya menyingkirkan batu , paku , pecahan kaca , duri atau tulang di jalan yang sering dilalui manusia.
Ganjaran Pahala pada Hari Kiamat
Apabila kita melakukan perkara ini , maka kita akan memperoleh ganjaran pahala dan kebaikan pada hari Kiamat kelak . Seseorang akan mendapt pahala dengan melakukan pekerjaan yang kelihatan sederhana.
Dari Abu Dzar r.a. berkata , Rasulullah s.a.w bersabda:
Kebaikan dan keburukannya sekaligus dan aku temukan pada amal kebaikan mereka ialah menyingkirkan gangguan dari jalan.Seperti itulah gangguan yang disebabkan oleh orang selainmu dan akan tetap menjadi amal keburukan yang dicatat atas umat ini seluruhnya . Maka segeralah menyingkirkan gangguan seperti ini agar anda termasuk dalam golongan orang yang menghindari dosa dan kejahatan terhadap umat ini.
Jalan Menuju Syurga
Dari Abu Hurairah r.a. ,dari Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
Aku menyaksikan seorang lelaki di syurga yang naik turun pada sebuah pohon yang dia potong di jalan kerana menganggu laluan orang yang melaluinya.Dalam riwayat lain dari Abu Hurairah r.a. berkata , sabda Rasulullah s.a.w:
Seseorang berjalan di bawah dahan sebuah pohon yang mengganggu laluan orang yang lalu dekat pohon tersebut. Dia lalu berkata : Demi Allah , akan aku singkirkan dahan ini agar tidak mengganggu perjalanan kaum muslimin.Dan dia pun dimasukkan ke dalam syurga.
hadis kelebihan membuang gangguan di jalan |