Loading

Terima Kasih Cikgu

| Posted in

Tajuk artikel kali ini ialah "terima kasih cikgu" kerana ada berkaitan dengan sambutan hari guru iaitu pada 16 Mei yang lepas.Saya rasa masih sempat lagi untuk mengucapkan selamat hari guru,semoga Allah memberkati usaha kalian dalam mendidik muridmu.Kadangkala kalian terpaksa bersabar atas kenakalan anak muridmu.Sesungguhnya jasamu wahai guru amat besar di sisi Allah s.w.t kerana kamu menjalankan tugas yang cukup mulia iaitu memberikan ilmu kepada umat manusia.


Tanpamu wahai guru tidak akan lahir Perdana Menteri,tidak akan lahir jurutera dan sebagainya kerana tanpamu wahai guru siapalah kami ini.Ramai anak murid ada membeli pelbagai hadiah untuk diberi kepada guru kesayangan mereka.Ada yang membeli hadiah yang berharga,tetapi itu semuanya tidak boleh membalas jasa mereka.


Di bawah ini saya ada sebuah lagu khas untuk para guru nyanyian Najwa Latiff dan Upin Ipin bertajuk "Terima Kasih Cikgu".

Lirik Lagu Terima Kasih Cikgu
by Najwa Latiff feat Upin Ipin


Tulus setiamu cikgu telah mengajar kami
Membekalkan ilmu untuk masa depan
Dari ABCDE 12 dan 3 hingga aku tahu baca dan kira

Tak terhingga pengorbananmu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

Kaulah pelita hidup bagi kami semua
Menuju jalan ke arah yang benar
Penuh ikhlas dan tulus membimbing dan mengajar
Untuk memastikan kami berjaya

Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasi pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajar ku
Terima kasih ku kepada mu cikgu

Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajar ku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

Terima kasih pada mu cikgu (terima kasih cikgu)
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku (terima kasih cikgu)
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima Kasih cikgu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...