Loading

Hari Valentine

| Posted in ,

Sudah tentu lebih banyak remaja pasti mengingati hari ini berbanding tarikh-tarikh kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidur Rasul terutamanya bagi remaja yang sudah mempunyai pasaangan atau 'couple'.Meraka tidak tahu sebenarnya Hari Valentine ini haram  sebagaimana entri yang lepas apabila JAKIM membuat fatwa tentang Hari Valentine ini .Anda boleh rujuk link ini linkWalaubagaimanapun, mereka buat-buat tidak tahu kerana mengikut hawa nafsu mereka sahaja.Selain itu,Hari Valentine juga banyak menyimpan peristiwa hitam.Saya akan menceritakan tentang asal-usul Hari Valentine serba sedikit.

Valentine Day ialah satu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno setelah mereka masuk agama Kristian,maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St.ValentineMengikut beberapa sumber,Valentine ialah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II.Pada masa pemerintahannya ,Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian yang mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya.Oleh sebab Valentine sorang penyebar agam Kristian ,beliau juga telah ditangkap ,diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Orang-orang kristian menganggap bahawa valentine ialah seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya.Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan kaumnya.valentine juga ialah lambang kasih sayang sejati antara seorang hamba dengan tuhannya dan sesama manusia.Dikatakan juga dalam penjara,beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh,beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis From your Valentine.

Pendapat lain megatakan Valentine ini dirayakan sempena kejatuhan Islam Sepanyol .St.Valentino merupakan individu yang memainkan peranan yang penting dalam menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.Disebabkan itu,St.Valentino dianggap kekasih rakyat.14 Februari 1492 merupakan tarikh kerajutan Islam di Sepanyol dan dianggap hari itu hari berkasih sayang  kerana menganggap agama Islam agama yang zalim.

Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ianya hari kejatuhan kerajaan Islam kita di Sepanyol.

Selain itu,terdapat juga pendapat lain yang mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan Agama Kristian yang dinamakan 'Lupercalia'.Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung pada dari 13 Februari hingga 18 Februari.Dua hari pertama,mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rum kuno yang bernama Juno Februata.Pada hari ini,para pemuda Rom memilih nama-nama gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam kotak.Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut  dari dalam kotak secara rawak.Nama gadis yang tertera pada kertas tersebut akan menjadi pasangan yanag akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.Pada 15 Febrauari,mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia daripada gangguan serigala.Pada hari ini,mereka akan menyembelih seekor  anjing dan kambing.Kemudian mereka  akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling ggah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.Setelah itu diadakan pula perarakan besar-besaran yang diketuai oleh pemuda tersebut dan mereka memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang tersebut dan para wanita berebut-rebut menerima pukulan tersebut kerana menganggap akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat lain pula menyatakan hari Valentine ini bersempena sifat burung yang musim mengawan burung jatuh pada 14 Februari.Ini merupakan pendapat tradisi orang English.

Ken Swiger dalam artikelnya Should Biblical Christians Observe it? pula menjelaskan ,kata Valentine berasal daripada perkataan latin yang bermaksud "Yang Maha Perkasa,Yang Maha Kuat dan Maha Kuasa.Kata ini ditujukan kepada Nimroe dan Lupercus ,tuhan orang Romawi.Tanpa disedari,ketika kita meminta orang menjadi "to be my valentine" bermaksud kita meminta orang menjadi "Sang Maha Kuasa".Perbuatan ini jelas membawa kepada perbuatan syirik kepada Allah.Selain itu,ikon si Cupid (bayi bersayap dengan panah) yang sering digunakan semasa Hari Valentine ialah putera Nimrod "the hunter" iaitu dewa matahari.

Semangat Valentine ini jelas beretentangan dengan simbol-simbol syirik yang hanya membawa kepada rosaknya akhlak remaja.Perbuatan meraikan Hari Valentine ini sememangnya bercanggah dengan syariat Islam kerana hanya mempunyai unsur kepercayaan agama Kristian yang boleh merosakkan akhlak."Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia termasuk dalam golongan mereka"-riwayat Abu Dawud.
Peniruan budaya barat ini jelas terpesong dengan akidah umat Islam.Hal ini dijelaskan dalam Firman Allah s.w.t dalam surah al Kafirun:



Menyedihkan ada segelintur pihak yang menganjurkan majlis Hari Valentine dan menjual barang-barang cenderahati bagi mempengaruhi remaja bagi memperingati hari tersebut selain meraih keuntungan sehingga mengheret ke lembah maksiat.Ironinya ,remaja menganggap sambutan ini sebagi simbol kecintaan mereka yang tidak berbelah bagi sehingga sanggup meyerahkan maruah diri dengan melakukan zina dengan pasangan yang mereka cintai.Sesungguhnya perbuatan ini bercanggah dengan syarak kerana boleh menyumbang ke lembah kezinaan dalam surah al Isra ayat 32:

Sikap orang Islam terutamanya orang Melayu yang majoritinya beragama Islam khusus kepada generasi remaja yang menyambut Hari Valentine hanya bertujuan untuk meniru budaya Barat.Bagi mereka budaya Barat yang diamalkan mencerminkan corak hidup yang sesuai pada zaman serba moden ini.Maka kita melihat generasi muda Melayu berebut-rebut mengamalkan budaya Barat seperti mentatu tubuh,mewarnakan rambut,,memakai pakaian yang menjolok mata,mengamalkan pergaulan bebas,menguunungi kelab-kelab malam seperti disko yang menghidangkan miniman-minuman keras dan lain-lain lagi.

Sebagai orang Islam kita mestilah berfikir bahawa hari Valentine jelas bercirikan Islam.
Mari kita renungkan Firman Allah s.w.t dalam surah al Isra ayat 36


Islam amat menentang kepercayaan yang mengikut suatu kepercayaan yang lain yang disebut sebagai Taqlid.
Firman Allah s.w.t dalam surah ali Imran yang bermaksud:
"Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam ,maka sesekali tidaklah diterima (agama itu)daripadanya dan di akhirat termasuk orang-orang yang rugi."
Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Barangsiapa yang meniru perbuatan agama lain maka dia termasuk dalam agama tersebut.

HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-
Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam  masalah 'Valentine Day'.
 
1. PRINSIP / DASAR
   Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama  Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengankematian St. Valentine.
 
2. SUMBER ASASI
   Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.
Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan  mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.
 
3. TUJUAN
   Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan      yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w.bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.
 
4. OPERASIONAL
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.
Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan    syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)
Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan    semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat    mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati    mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
 
Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.
 
Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengelu-elukan(memuja-muja) Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini(saat ini), agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim.  Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.
 
Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Karena sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.
 
MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)
Perhatikanlah Firman Allah :
…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.
 
Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.
Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t.:
Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.
 
Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

                           















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...