Loading

Kisah Nabi Musa a.s dengan Iblis

| Posted in

Pada entri yang lepas saya telah menceitakan tentang kisah atau dialog nabi kita dengan syaitan,dan kini pula kisah Nabi Musa dengan Iblis.Harap anda semua faham dan mengambil isi daripada kisah kali ini untuk dijadikan pengajaran buat kita semua bagi membendung pengaruh syaitan.

Kisah Nabi Musa a.s dengan Iblis

Diriwayatkan bahawa nabi Musa a.s. bertemu dengan Iblis,lalu berkatalah Iblis kepada Nabi Musa a.s ,"Wahai Musa!,Engkaulah orang yang dipilih oleh Allah Taala dengan risalahnya dan engkaulah orang yang menerima Kalam Allah Taala,sedangkan aku hanyalah makhluk Allah Taala.Aku berdosa dan aku hendak bertaubat.Mintakanlah aku syafaat Allah Taala agar Allah menerima taubatku.Jawab Musa a.s,"Baiklah".


Nabi Musa a.s naik ke gunung untuk menerima Kalam Allah Azza Wa Jalla dan hendak turun,maka Allah Taala berfirman kepadanya (maksudnya)"Wahai Musa! Sampaikanlah amanah!"Maka Nabi Musa a.s. berdoa,"Ya Rabb!Hambamu Iblis ingin Engkau terima taubatnya."Lalu Allah Taala pun berfirman kepada Nabi Musa a.s(maksudnya),"Telah aku perkenankan hajatmu.Perintahkan ia sujud di qubur Adam sehingga diterima taubatnya".

Nabi Musa a.s. memberitahu Iblis ,"Hajatmu telah diperkenankan .Engkau diperintahkan sujud di qubur Adam,supaya engkau diampuni."Dengan rasa marah dan sombong Iblis berkata,"Semasa Adam masih hidup,aku tidak sudi sujud kepadanya,masakan pula aku harus sujud sesudah dia jadi mayat!"Kemudian dia berkata kepada Nabi Musa a.s.,"Ada kewajipan keatasku yang patut aku berikan kepadamu kerana telah memohonkan syafaat kepada Tuhanmu.Ingatlah aku dalam tiga keadaan yang dengannya aku tidak merosakkan engkau:



  1. Ingat aku ketika engkau marah,sebab pada waktu itu rohku berada di dalam hatimu dan mataku berada di matamu dan aku akan berjalan ditubuhmu sebagaimana darah mengalir.Ingatlah aku ketika marah,sebab apabila seseorang marah,akan aku tiup hidungnya sehingga dia tidak tahu lagi apa yang dibuatnya.
  2. Ingatlah aku ketika engkau berada di medan perang,sebab aku akan mendatangi oang yang sedang bertempur,lantas aku ingatkan orang itu akan isterinya,anak-anak dan keluarganya sehingga dia berpaling meninggalkan medan perang.
  3. Jauhilah duduk dengan perempuan yang bukan muhrim,sebab akulah yang menjadi suruhan perempuan itu kepadamu dan suruhanmu kepada perempuan itu.Aku sentiasa berbuat demekian sampai kamu dapat aku fitnah dengan wanita itu dan menfitnah wanita itu dengan kamu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...