Anas bin Malik al-Anshori
| Posted in sahabat Nabi s.a.w , tokoh islam
Anas bin Malik diajar mengucap dua kalimah syahadah oleh ibunya Ghumaisho' ketika masih usia kanak-kanak .Sanubarinya dipenuhkan ibunya dengan rasa cinta terhadap Nabi Muhammad s.a.w.
Anas dilamun cinta mendengar kisah Nabi s.a.w.Bukanlah pelik ,ada kalanya hati rindu ingin mendengar berita walaupun mata masih belum melihat lagi bertentang.
Anak ini amat bercita-cita untuk menjejaki Nabi s.a.w di Mekah,atau kalau boleh Rasul s.a.w yang agung datang ke Yatsrib agar dia gembira dapat melihatnya dan girang bertemunya.
* * * *
Tidak beberapa lama,Yastsrib kota yang bertuah dan beruntung dikejutkan dengan berita gembira iaitu Nabi s.a.w dan sahabatnya Abu Bakar as-Shiddiq dalam perjalanan menuju Yatsrib.Mendengar berita tersebut ,keriangan memenuhi setiap rumah dan kegembiraan mengisi setiap perasaan...
Mata dan hati tertaut dengan jalan yang akan dilalui oleh Nabi s.a.w dan sahabatnya untuk sampai ke kota Yatsrib.
* * * *
Setiap menjelang pagi,anak-anak berarak girang."Muhammad datang.Muhammad datang....",jerit mereka.Anas dan teman -teman sebayanya berlari ke arah anak-anak yang menjerit.Namun dia tidak melihat pun kelibat Muhammad s.a.w.Lalu dia pulang kecewa dan sedih.
* * * *
Pada suatu pagi yang berembun segar dan suasana yang tenang berseri,terdengar orang berlaung: "Muhammad dan sahabatnya telah hampir sampai dengan Yatsrib."
Orang ramai segera bergegas menuju jalan yang akan dilalui oleh Nabi pembawa hidayat dan kebaikan..
Mereka berlumba-lumba untuk sampai,kelompok demi kelompok.Golongan kanak-kanak turut menyelit dan mencelah gerombolan tersebut.Jelas tampak di wajah mereka raut kegirangan yang memenuhi perasaan keanakan mereka.
Rasulullah s.a.w dan sahabatnya Abu Bakar sampai.Unta yang dinaiki berjalan dicelah-celah orang ramai yang bersesak.
Wanita dan anak-anak kecil yang berada di rumah,naik ke tingkat atas.Mereka tertinjau-tinjau dari jauh ke arah Rasulullah s.a.w .Mereka tertanya-tanya:"Yang mana satu dia..yang mana satu dia."
Itulah hari yang tidak dapat dilupakan .Hinggakan kenangan itu masih terus basah dalam ingatan Anas walaupun umurnya telah menjangkau lebih 100 tahun.
* * * *
Tidak beberapa lama Rasulullah s.a.w berada di Madinah,Ghumaisho' binti Milhan,ibu Anas datang bertemu Baginda.Beliau turut membawa bersama anaknya,Anas yang masih kecil.Anas berlari-lari di hadapannya.Rambutnya terjurai di dahinya.
Setibanya di hadapan Nabi s.a.w beliau memberi salam."Wahai Rasulullah...semua laki dan wanita Anshor telah memberi hadiah kepada tuan.Namun saya tiada apa-apa yang boleh saya hadiahkan selain anak saya ini...Ambillah dia.Dia akan berkhidmat untuk tuan mengikut apa sahaja yang tuan mahu.."kata ibu Anas kepada Nabi s.a.w..
Rasulullah s.a.w amat gembira dan menyambut anak tersebut dengan tersenyum manis.Baginda mengusap-usap kepala Anas.Nabi s.a.w meneyentuh anak rambut Anas dengan hujung jarinya,lalu baginda menjadikannya sebahagian anggota keluarganya.
Anas bin Malik atau Unais (panggilan manjanya ketika kanak-kanak) baru berumur 10 tahun ketika beliau bertuah mula berkhidmat dengan Nabi s.a.w ..Beliau hidup bersama dan di bawah jagaan Nabi sehingga Baginda s.a.w bertemu menghadap Allah Taala.
Oleh itu jangka masa beliau bersama Baginda genap 10 tahun.Ketika itulah tegukan pertama hidayah yang berjaya membersihkan dirinya.Anas peka dengan hadis Nabi s.a.w dan memenuhi dadanya.Beliau mengetahui keadaan,kisah,rahsia dan sifat mulia Baginda yang tidak diketahui oleh orang lain.
* * * *
Anas bin Malik dilayan baik oleh Nabi s.a.w.Hinggakan anak pun tidak dapat merasai layanan sebegitu daripada bapanya.Beliau dapat mengecapi kecantikan sifat mulia dan keagungan keperibadian Baginda s.a.w yang didambakan dunia.
Ayuh kita biarkan Anas menceritakan beberapa gambaran menarik tentang layanan Nabi s.a.w yang beliau rasai,kerana beliau lebih mengetahui dan gambarannya lebih kuat.
Kata Anas bin Malik:
Rasulullah s.a.w merupakan manusia yang paling berakhlak mulia,amat berlapang dada dan terlalu penyayang.Suatu hari Baginda meminta saya pergi menyelesaikan satu urusan,lalu saya pun keluar.Sedangkan ketika itu saya pergi bermain dengan rakan sebaya saya di pasar.Maka saya tidak pergi ke tempat Rasulullah maksudkan.Sesampainya saya ke tempat rakan-rakan saya,saya rasa ada orang berdiri di belakang saya dan dia memegang baju saya...Saya pun berpaling,saya lihat Rasulullah s.a.w tersenyum seraya berkata :"Wahai Unais,adakah kamu telah pergi ke tempat saya suruh tadi?"
Saya rasa bersalah dan saya berkata :"Baiklah .Saya akan pergi sekarang juga wahai Rasulullah."
Demi Allah ! saya telah berkhidmat dengan Nabi s.a.w selama 10 tahun.Tidak pernah sekalipun Rasulullah berkata:"Mengapa kamu buat begitu.."jika saya melakukan sesuatu.Apabila saya tidak melakukan sesuatu perkara,Baginda juga tidak pernah berkata:"Mengapa kamu tidak lakukannya..."
Apabila Rasulullah s.a.w memanggil Anas ,Baginda akan memanggil panggilan manja iaitu Unais.Ada kala Baginda memanggil 'wahai anakku'.
Terlalu banyak nasihat dan peringatan Rasulullah s.a.w kepada beliau.Sehingga semua itu memenuhi dada dan menguasai mindanya.'
Lantaran itu Nabi s.a.w pernah berpesan kepada beliau:"Wahai anakku,jika kamu mampu pada waktu pagi dan petang tidak berdendam dengan sesiapa,lakukanlah.Wahai anakku itu merupakan sunnahku.Sesiapa yang menghidupkan sunnahku sesungguhnya dia mencintaiku.Sesiapa yang mencintaiku sesungguhnya dia akan bersamaku di syurga.Wahai anakku ,jika kamu pulang bertemu keluargamu,berikanlah salam kepada mereka,kerana akan membawa keberkatan kepadamu juga keluargamu."
* * * *
Selepas kewafatan Nabi s.a.w .Anas bin Malik hidup lebih 80 tahun.Sepanjang usia tersebut beliau mengisi dada-dada sahabat dan tabien dengan ilmu yang diperolehinya daripada Rasul s.a.w yang agung.Beliau memenuhkan fikiran mereka dengan fiqh nubuwwah.
Beliau menghidupkan perasaan sahabat dan tabien dengan petunjuk Nabi s.a.w.,juga dengan sabda dan keperibadian agung Rasulullah s.a.w yang disebarkannya pada orang ramai.
Sepanjang umur Anas yang lama itu,beliau menjadi rujukan masyarakat Islam.Mereka segera bertemu Anas jika mereka buntu tentang sesuatu masalah.Mereka juga berpegang dengan pandangan beliau jika mereka tidak mampu memahami sesuatu hukum.
Ada sesetengah orang yang suka berdebat tentang perkara agama,mereka membincangkan tentang adakah kolam Nabi s.a.w pada hari kiamat benar-benar wujud.Lalu mereka pergi bertanya kepada Anas bin Malik.Jawabnya:"Saya tidak menyangka saya hidup sehingga saya hidup sehingga saya bertemu orang seperti kamu semua yang berdebat tentang kolam tersebut.Saya telah tinggalkan di belakang saya,wanita-wanita yang lanjut usia.Siapa saja di kalangan mereka bersembahyang ,dia pasti akan memohon agar dikurniakan untuk meneguk air kolam Nabi s.a.w.
* * * *
Anas bin Malik sentiasa hidup dengan memori bersama Rasulullah s.a.w sepanjang hayatnya.Beliau amat gembira ketika kali pertama bertemu Nabi s.a.w..Manakala air mata kesedihannya bercucuran ketika hari kewafatan Baginda s.a.w.. Belia sering mengulang dan menyebut kata-kata Baginda s.a.w .
Anas bin Malik juga bersungguh untuk mengikuti perbuatan dan kata-kata Rasulullah s.a.w..Cinta apa yang dicintainya.Benci apa yang dibencinya.
Kenangan yang paling sering diingatinya ialah hari pertama beliau bertemu Rasulullah s.a.w dan hari kewafatan Baginda s.a.w..
Apabila beliau mengingati hari pertama,beliau merasa amat bahagia.Namun apabila teringat hari kedua,beliau menangis dan orang sekelilingnya juga turut menangis.
Beliau sering mengulang kata-kata :"Sesungguhnya saya telah melihat wajah Nabi s.a.w ketika hari Baginda masuk ke Madinah.Saya juga melihat Baginda ketika hari Baginda diambil daripada kami.Pada saya tiada hari yang setanding dengan dua hari tersebut.Pada hari Baginda masuk ke Madinah,seluruh Madinah bersinar,taktala pada hari Baginda pergi menghadap Illahi,gelap seluruh Madinah."
Kali terakhir saya melihat Baginda ialah pada hari Isnin ketika tirai bilik Baginda dibuka.Saya lihat wajah Baginda seperti helaian kertas mushaf.Ketika itu orang ramai berdiri di belakang Abu Bakar sambil mereka melihat Baginda s.a.w..Mereka hampir-hampir tidak tentu arah melihat keadaan Rasulullah.Namun Abu Bakar mengisyaratkan
agar mereka bertenang.Pada hari lewat tersebut Rasulullah s.a.w wafat .Kami tidak pernah melihat pemandangan yang lebih pelik pada kami berbanding wajah Baginda s.a.w ketika kami menimbuskan pasir di atasnya.
* * * *
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w beberapa kali mendoakan Anas bin Malik .Antara doa Baginda s.a.w:"Ya Allah kurniakanlah kepadanya harta dan anak.Berkatikah dia."
Allah Taala memakbulkan doa NabiNya.Anas merupaka orang Ansar yang paling kaya dan paling ramai zuriat.Bilangan anak dan cucunya melebihi 100 orang.Allah Taala juga memberkati umurnya sehingga beliau hidup selama 103 tahun.
Anas bin Malik r.a.amat berharap memperoleh syafaat Nabi s.a.w pada hari Kiamat kelak.Beliau sering berkata:"Sesungguhnya saya berharap dapat bertemu Rasulullah s.a.w pada hari Kiamat.Saya akan katakan kepada Baginda:"Wahai Rasulullah ini khadam kecilmu Unais."
Taktala Anas bin Malik jatuh sakit dan hampir meninggal dunia,beliau berkata kepada kaum keluarganya:"Ajarkan saya لا اله الا الله محمد رسول الله"
Beliau terus melafazkannya sehingga meninggal dunia.Belia mewasiatkan agar tongkat pendek kepunyaan Rasulullah s.a.w dikebumikan bersama-sama jenazahnya,maka tongkat tersebut diletakkan di dalam bajunya.
* * * *
Beliau hidup di bawah jagaan Rasulullah genap 10 tahun.Beliau merupakan perawi ketiga terbanyak meriwayatkan hadis Baginda selepas Abu Hurairah dan Abdullah bin Umar..