wanita muslimah |
~~Renung-renungkan lah..dan marilah sama2 kita beramal ye...~~
Wanita Dunia dengan Bidadari Syurga. Mana yang lebih Istimewa?
Wanita dunia dengan bidadari yang Allah sediakan di syurga, mana yang lebih istimewa?
Ramai yang begitu seronok apabila membaca keindahan-keindahan ciptaan bidadari dalam syurga terutama lelaki.
Tetapi, sebenarnya, seindah manapun bidadari di syurga sana, namun sebenarnya, wanita-wanita dunia itu lebih indah lagi….
Tetapi, keindahan wanita dunia itu, apa karakternya dan bagaimana pula sifatnya?
mari kita teliti maksud hadith yang panjang ini!
Semoga dengan hadith ini, kalian wahai wanita, MENINGGIKAN lagi USAHA untuk menjadi wanita yang bakal DI CEMBURUI oleh bidadari !
At-Thabrani meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a., dia berkata, saya pernah bertanya :
“Ya Rasulullah, beritahu saya tentang mereka yang diceritakan Allah s.w.t. dalam firman-Nya:
22. dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang matanya bercahaya,
[Al-Waqiah :22]
Baginda bersabda : “(Mereka adalah) bidadari-bidadari, yang matanya bercahaya. Pelupuk mata bidadari-bidadari itu (selalu berkedip-kedip) bagaikan sayap burung nasar.”
Saya berkata : “Beritahu saya tentang firman-Nya:
23. seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
Baginda bersabda : (Mereka berkulit) jernih sejernih mutiara yang tersimpan dalam kerangnya, yang belum disentuh tangan-tangan (manusia).”
Saya berkata : “Ya Rasulullah, beritahu saya tentang firman-Nya:
70. Dalam kedua-dua syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
[Ar-Rahman : 70]
Baginda bersabda : “(Mereka) baik akhlaknya, cantik jelita wajahnya.”
Saya berkata : “Ya Rasulullah, beritahu saya tentang firman-Nya :
49. (Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (burung kasuari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
[As-Saffat : 49]
Baginda bersada : “Kelembutan mereka selembut selaput dalam telur, yang ada di sebalik cengkerangnya, iaitu kulit ari yang lekat pada putih telur.”
Saya berkata : “Ya Rasulullah, beritahu saya tentang firman-Nya:
37. Penuh cinta lagi sebaya umurnya.
[Al-Waqiah : 37]
Baginda bersabda : “(Mereka adalah) wanita-wanita yang di dunia sudah menjadi nenek-nenek yang buruk dan beruban, di syurga mereka menjadi wanita-wanita kesayangan yang penuh cinta, umur mereka sebaya seolah-olah lahir pada hari yang sama.”
Saya berkata : “Ya Rasulullah, beritahu saya mana yang lebih utama, wanita dunia atau bidadari?”
Baginda bersabda : “Bahkan wanita dunia lebih utama daripada bidadari, seperti lebih utamanya zahir atas batin.”
Saya bertanya : “Ya Rasulullah, kerana apa?”
Baginda menjawab : “Kerana SOLAT,PUASA,IBADAH mereka kepada Allah. Allah s.w.t. memberi cahaya pada wajah mereka, dan memakai sutera pada tubuh mereka. Warna kulit mereka putih, pakaian mereka hijau, perhiasan mereka kuning, tempat menyimpan mereka mutiara, dan sisir mereka emas. Mereka berkata, ‘Kami adalah wanita-wanita abadi, tidak akan mati.Kami adalah wanita-wanita bahagia, tidak akan miskin selama-lamanya. Kami adalah wanita penduduk tetap, tidak akan pindah selama-lamanya. Ketahuilah, kami adalah wanita-wanita yang telah redha, tidak akan marah selama-lamanya. Berbahagialah orang yang menjadi milik kami dan kami menjadi miliknya.”
Saya bertanya : “Ya Rasulullah, di antara kami ada seorang wanita yang bersuamikan dua, tiga atau empat orang lalu meninggal. Kemudian wanita itu masuk syurga dan (bekas-bekas) suaminya pun semua masuk syurga. Siapakah yang akan menjadi jodohnya?”
Baginda menjawab : “Wahai Ummu Salamah, wanita itu akan disuruh memilih, maka dia memilih suami yang paling luhur akhlaknya. Wanita itu berkata, ‘Ya Tuhanku, sesungguhnya lelaki ini adalah yang terbaik akhlaknya terhadapku semasa di dunia, maka jodohkanlah aku dengannya.’ Wahai Ummu Salamah, akhlak yang baik membawa kebaikan dunia dan akhirat.”
Rujukan | Kitab An-Nihayah : Fitanun Wa Ahwalun Akhir Az-Zaman karya Ibn Kathir