Loading

MEMILIH JODOH

| Posted in , , ,

PANDUAN MEMILIH CALON SUAMI ATAU ISTERI


Sudah menjadi tabiat hidup manusia lelaki lawannya perempuan.Sampai waktunya seseorang lelaki akan tertarik hati dengan seorang perempuan.Lelaki yang baik tidak akan melanggar peraturanagama dan adab sopan dalam memenuhi keinginannya.Dia akan mendapat nasihat dan panduan daripada orang-orang yang lebih tahu cara-cara untuk memenuhi keinginannya terhadap seorang perempuan.Begitu juga perempuan yang baik ,dia tidak akan mengikut nafsu atau peresaan sahaja.Dia akan mendapat pandangan dan nasihat daripada keluarganya untuk mencari pasangan hidup.Pemilihan suami atau isteri yang paling utama hendaklah berdasarkan :
  • berpendidikan agama dan mengamalkan suruhan agama.
  • berakhlak mulia dan sentisa menjaga maruah
  • berfikiran terbuka dan menghormati pendapat orang lain
  • pandai dan mesra dalam perhubungan
  • tabah dan sabar
  • jujur,bertanggungjawab dan penyayang
  • setaraf atau sekufu dari segi keturunan ,kedudukan, usia dan seimbang dari segi pendidikan
  • sihat atau berpotensi melahirkan anak
  • memahami prinsip kekeluargaan dan tujuan berkeluarga
  • daripada keluarga yang baik(soleh)
Panduan ini perlulah diambil kira keseluruhannya supaya tujuan berumahtangga bahagia akan tercapai.Daripada suami dan isteri yang soleh akan lahir bapa yang soleh,ibu yang solehah dan anak-anak yang solihin dan solehat.Mereka semua akan membentuk keluarga yang soleh dan melakukan amal soleh.Maka lahirlah rumahtangga bahagia.

Pemilihan suami isteri

1.Iman menjadi dasar pilihan seperti dalam surah al baqarah ayat 221 yang bermaksud
"Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman(memeluk Islam)"
2.Teguh pegangan agama seperti dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
"Seseorang perempuan itu dikahwini disebabkan empat perkara:kerana hartanya,keturunannya,kecantikkannya,dan agamanya.Maka dapatkanlah yang beragama,nescaya berkatlah tanganmu(hidupmu)
3.Lelaki yang soleh dan perempuan solehah seperti dalam hadis riwayat Ibnu Hibban:
"Empat perkara asas kebahagiaan iaitu perempuan yang solehah,rumah yang luas,jiran yang soleh dan kenderaan yang selesa.
4.Setaraf atau sekufu seperti dalam hadis riwayat Bukhari dan Ibn Majah yang bermaksud:|
"Pilihlah untuk keturunan kamu dan kahwinilah orang yang kufu.
5.Berakhlak mulia dan bermaruah seperti dalam surah an-Nuur ayat 3 yang bermaksud:
"Lelaki yang berzina tidak ingin berkahwin(lazimnya)  melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrikah;dan perempuan yang berzina pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan orang lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.dan perkahwinannya yang demekian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
6.Keeturunan yang soleh seperti dalam hadis:
"Pilihlah untuk keturunan kamu daripada keturunan yang terdidik di kalangan keluarga yang soleh kerana sesunggunhnya akhlak ibu bapa itu mengalir kepada anak cucunya.
7.Penyayang,sihat dan berpotensi melahirkan anak seperti dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Nasa'ie yang bermaksud:
"Berkahwinlah dengan perempuan yang kerap beranak dan pengasih.

Panduan cara membuat pilihan

Pihak yang terlibat membuat pilihan;
  • Lelaki
  • Perempuan
  • Keluarga lelaki
  • Keluarga perempuan\
Semua yang terlibat mestilah :
  1. Memahami dasar-dasar pemilihan dan menjadikannya sebagai asas untuk membuat pemilihan.
  2. Berpegang pada dalil Al Quran dan Hadis Rasulullah.
  3. Menghormati hak,kebebasan pendirian dan pendapat semua pihak.
  4. Bermesyuarat atau berbincang dengan semangat kekeluargaan dan bersikap terbuka.
  5. Tidak terburu-buru membuat keputusan.
  6. Melakukan solat Istikharah.
  7. Menerima keputusan yang terbaik dan bertaqwa kepada Allah Taala.

Beberapa Peringatan daripada Maksud hadis Rasulullah s.a.w

Terhadap pihak lelaki
  1. Berhati-hati daripada terpengaruh kepada hadhra ad diman(حضراء الدمن) iaitu perempuan yang cantik dalam kumpulan yang jahat (berakhlak hina).Kamu tidak akan bahagia.
  2. Jangan terpesona dengan kecantikkan perempuan kerana kecantikkannya boleh merosakkan akhlaknya.Kamu akan terhina.
  3. Jangan terpesona dengan hartanya kerana boleh merosakkan kehidupannya.Kamu akan menderita.
  4. Sesiapa yang berkahwin dengan perempuan kerana keturunannya .Allah akan merendahkan martabatnya.Kamu akan terhina.
  5. Keuntungan yang terbaik sesudah bertaqwa ialah isteri yang solehah,taat keoada suami,menyenangkan hati,memberi layanan  terbaik,menjaga maruah dan harta suami ketika suami tiada bersama-sama.
Terhadap pihak perempuan:
  1. Sekiranya yang datang itu orang yang kamun tahu baik agama dan akhlaknya maka terimalah dia dan kahwinilah dia supaya tidak timbul fitnah dan keburukkan.
  2. Pilihan anak perempuan terhadap lelaki yang memenuhi ciri-ciri bakal suami yang soleh hendaklah dihormati dan jika tidak memenuhi ciri-ciri itu,bapa atau wali berhak menghalangnya.
  3. Jangan paksa anak perempuan berkahwin dengan lelaki yang tidak disukainya.
  4. memastikan anak perempuan dikahwinkan dengan lelaki yang kufu.
  5. Janda-janda lebih berhak membuat keputusan untuk diri sendiri dan gadis-gadis diminta keizinannya itu cukup dengan dia berdiam diri.
  6. Pemilihan itu tidak semestinya bermula dari pihak lelaki ,malahan boleh sahaja daripada pihak perempuan.Cuma yang menjadi asas ialah adab dan tatasusila pemilihan itu dipatuhi dan dihormati.
Panduan daripada Sirah Rasulullah s.a.w

Diriwayatkan oleh Saidina Umar bin al Khattab r.a. bahawa beliau menemui Saidina Usman bin Affan r.a. dan mempelawa Saidina Usman supaya mengahwini anak perempuannya,Hafsah.Saidina Usman serba salah dan tidak menjawab.Ini menjadi petanda bahawa Saidina Usman tidak bersedia untuk menerima pelawaan itu.Maka Saidina Umar menemui Rasulullah s.a.w menyatakan perihal yang terjadi antara beliau dengan Saidina Usman,Rasulullah bersabda:Biarlah anak perempuan dikahwini oleh orang yang lebih layak baginya daripada Usman,dan Usman berkahwin dengan orang yang lebih layak baginya daripada anak perempuanmu .Dengan itu Nabi s.a.w melamar Hafsah untuk dirinya dan melamar Usman untuk puterinya.
Berdasarkan peristiwa ini,Saidina Umar bin al Khattab berpendapat bahawa keturunan yang baik hendaklah menjadi salah satu panduan utama membuat pilihan.Beliau pernah berkata:Akan aku halang orang-orang yang mempunyai keturunan yang baik melainkan dijodohkan dengan orang yang setara dengannya,dan pada masa yang lain beliau berkata:Jangan kamu paksa anak gadis kamu berkahwin dengan orang lelaki yang hodoh,sesungguhnya mereka suka akan apa yang kamu suka.

Langkah membuat pilihan

  1. Lahir keinginan yang kuat untuk berumah tangga.
  2. Sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab rumah tangga.
  3. Meninjau-ninjau bakal calon mengikut cara-cara yang beradab dan mengikut tatasusila.
  4. Mengenal pasti calon daripada pilihan sendiri atau dipilih ibu bapa.
  5. Mendapatkan pandangan dan nasihat ibu bapa,
  6. Mendapatkan maklumat peribadi calon iaitu tentang agama,akhlaknya dan keadaan hidup.
  7. Puas hati bahawa calon itu sesuai untuk dijadikan teman hidup.
  8. Berunding dengan ibu bapa atau ahli keluarga.
  9. Maklumat risikan dijadiakan asas untuk membuat keputusan dan langkah selanjutnya.
  10. Membuat risikan melalui adat merisik.
  11. Berusaha melengkapkan diri bagi menyesuaikan diri dengan calon yang akan dipilih terutamanya dari segi pendidikan dan pengalaman.
  12. Memohon petunjuk Allah Taala bagi membuat keputusan yang sebaik-baiknya melalui solat istikharah  dan bertawakal kepada Allah Taala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...